Sedapnya kalau dapat makan puding yang dah disejukkan dalam peti. Resipi puding buah ni memang nampak menarik dan sedap! Resipi asal telah dikongsikan oleh Ebah Habibah di Facebook ni kalau korang buntu tak tahu nak hidang apa waktu Raya haji nanti bolehlah cuba menu ni! Pilihan buah pula bolehlah ikut selera sendiri berkenan nak letak buah apa.
PUDING BUAH
BAHAN-BAHAN:
Agar agar tali 1 paket (28gram)
Air 1.5 liter
1 tin susu pekat
½ tin susu cair
Buah buahan (Ikut pilihan sendiri)
IKLAN
Pewarna kuning untuk buat lapisan di tengah puding
CARA PENYEDIAAN:
Agar- agar tali, panaskan dengan 1.5liter air. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih tu kita tutup api. Lepas tu masukkan 1 tin susu pekat, setengah tin susu cair. Kacau sebati. Kalau rasa nak lagi manis, tambahkan lagi susu pekat tu. Saya guna loyang saiz 8 inci.
Langkah seterusnya kita susun buah, saya guna mangga dan kiwi. Kombinasi masam dgn manis. Tuang agar-agar tu slow je guna senduk. Tuangkan dalam 5 senduk je lepastu kita masuk peti sekejap bagi keras sedikit.
Ambil 3 senduk agar-agar tu, masukkan dalam mangkuk lain, letak pewarna kuning. Kacau-kacau pastu tuang atas agar-agar tadi yang dah letak isi buah tu. Tapi yang ni nak skip pun boleh. Saya sengaja buat layer kuning nak bagi cantik.
Selepas itu layer kuning tu dah keras sikit kita tuang yang baki tadi tu sampai habis. Tunggu sejuk sikit baru masuk peti. Sejukkan dalam 4 jam atau lebih. Pastikan betul-betul sejuk. Sebab kalau tak sejuk nanti nak potong buah tu tak cantik.
IKLAN
SELAMAT MENCUBA
Kredit: Ebah Habibah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Lauk pajeri memang kesukaan sepanjang zaman. Makan dengan nasi panas memang tak perasanlah dah makan berapa pinggan.
Kerisik dan rempah ratus adalah faktor penyebab hidangan ini cukup wow. Selain dari aromanya yang wangi semerbak, anda boleh memasaknya jadi pedas atau tidak. Ada yang gemar masukkan cili kering dan ada juga yang tidak , ikut selera masing-masing.
Meh cuba masak.
PAJERI TERUNG
.
BAHAN-BAHAN :
3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1/2 inci halia – dikisar
7 cili kering – dikisar
rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
3 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar udang kering – ditumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam secukup rasa
Gula serta sedikit gula Melaka secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah-tengahnya tapi jangan sampai putus. 2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan. 4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing. 5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak. 6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa. 7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak. 8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Kredit ,FB : Resepi Masakan Melayu VS Western Food
PAJERI NENAS
.
BAHAN-BAHAN :
1 biji nenas
1 biji kelapa (santan cair & santan cair)
1 tangkai kayu manis
1 biji bunga lawang
2 sudu minyak masak
½ sudu besar gula putih
½ sudu besar gula merah
1 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ peket rempah kari (daging/ayam)
sedikit garam
sedikit kerisik
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak tumis kayu manis,halia,bunga lawang dan daun kari. 2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit santan pekat,garam,bawang yang telah ditumbuk tadi. 3. Setelah rempah tadi sudah masak masukan gula putih,gula merah,santan cair & pekat,kerisik dan nenas. 4. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau biasa sotong kita masak sambal, bakar atau kari, kali ni kita buat pula kerabu sotong Thai. Mudah dan tak perlu banyak bahan. Caranya dikongsi oleh Yani Nadzirah II.
Cara buat kerabu sotong yang mudah, banyak tak banyak tapi sedap
Bahan-bahan
1/2 kg sotong
1 biji bawang besar – siap hiris
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi – campur merah & hijau
2 biji limau nipis
1 sudu nisey Thai – boleh ganti dengan gula biasa jika tiada
2 sudu sos ikan (Nampla)
1 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar – dihiris
Cara membuat:
1) Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.
2) Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan dalam satu bekas dan letak air rebusan sotong satu sudu.
3) Masukkan nisey Thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masam yang dikehendaki.
4) Perasakan ikut cita rasa kita. Kemudian masukkan sotong yang sudah ditos bersama bahan yang ditumbuk tadi. Gaul sampai mesra cili dengan sotong tadi.
5) Tabur tomato yang dah dipotong dadu dan daun ketumbar yang dah dihiris halus. Gaul sebati. Siap!