Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
1 paket kulit popia( 50 keping)
1 biji sengkuang saiz sederhana
3 batang lobak merah saiz sederhana
2 sudu makan udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang. 2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat. 3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
Ads
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji): 5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.) 15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir 2 sudu makan sos cili 1 sudu teh serbuk perasa 2 sudu makan bijan 5 sudu makan minyak masak
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak. 2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air. 3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
Ads
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO: 1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili. 2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat. 3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik. 4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Buat roti bakar, itu dah biasa. Apa kata kali ini RASA kongsikan satu resipi roti bakar yang paling sedap, iaitu roti butut bakar mok ‘rare’!
Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini, memang sangat nostalgia kerana menghargai sajian tradisi yang kian dilupai.
Malah resipi ini mengagung kembali budaya makanan orang lama meskipun banyak variasi yang muncul selepasnya.
ROTI BUTUT BAKAR MOK ‘RARE’
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti butut/roti benggali Marjerin (saya guna Seri Pelangi sebab bau roti akan wangi berganda) – beli online di sini 2 biji telur Seri kaya/jem/susu pekat untuk sapuan (saya guna susu pekat sebab rasa lagi sedap) – beli online di sini
CARA MENYEDIAKAN:
1. Paling penting kena ada roti butut. Guna satu plastik tu. Nama sebelah luarnya roti benggali. Kalau guna yang segi empat tu rasanya kurang kick. Betul, saya dah cuba. Potong saiznya setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.
2. Sapu marjerin tu di kedua-dua belah roti ya. 3. Kemudian, pecahkan telur dan kacau-kacau. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.
Buat orang bujang, kadang-kadang nak juga merasa masak sendiri di rumah kan. Selain boleh berjimat, boleh juga melatih diri untuk rajin memasak di dapur.
Resipi orang bujang yang dikongsi Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz ini memang sangat mudah untuk dimasak. Rasanya pasti sedap!
KARI IKAN TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa jenis pun boleh) 3 sudu besar rempah kari 3 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini 2 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini Halba campur Air asam jawa 1 biji tomato | belah 4 4 biji bendi 2 biji lada hijau/merah – beli online di sini Daun bawang Garam 2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan halba campur dan daun kari sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap. 4. Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.
5 ulas bawang putih 4 biji bawang merah 2 sudu besar cili kisar
BAHAN SOS:
2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk dengan cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan semua bahan sos dan gaul rata. Masukkan sedikit air. 2. Masukkan udang dan kuey teow kacau sehingga rata. Ketepi sedikit kuey teow dan pecahkan telur. 3. Telur dikacau sehingga agak masak, baru digaul rata dengan kuey teow. Tabur tauge dan kucai. Kacau rata. Siap.
RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong Santan 2 sudu besar kerisik Daun limau purut Garam & gula secukupnya Minyak masak
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 batang serai 3 cm lengkuas 3 cm halia 2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak. 2. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut. Kacau sampai naik minyak. 3. Masukkan sotong. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. 4. Masakkan sekejap. Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Siap.
KUPANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
Kupang
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 5 biji cili merah Daun sup | dipotong-potong Garam
CARA MEMASAK:
1. Cuci kupang dan toskan. Tumis bahan kisar hingga harum. Masak hingga terbit minyak. 2. Masukkan kupang. Kacau sekali sekala hingga masak. 3. Tambah garam secukup rasa. Tabur hirisan daun sup. Siap.
AYAM MASAK BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
Ayam Sos Tiram Sos Kicap Lada hitam (jenis serbuk yang kasar bukan lada hitam yang serbuk halus tu atau boleh guna yang biji tapi kena tumbuk bagi hancur dulu) 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih 1 sudu bancuhan tepung jagung dicampur sedikit air Garam & gula secukupnya 1 biji bawang besar Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dgn sos tiram, sos kicap dan lada hitam. Kemudian goreng separuh masak. 2. Kalau malas, goreng je tak perlu perap dengan apa-apa. Kemudian angkat. 3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sampai naik bau. 4. Masukkan bancuhan air + sesudu kecil tepung jagung. Pastu masukkan ayam tadi dan gaul la biar jadi sekata. 5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak cair boleh tambah air, nak pekat tak perlu tambah. 6. Dah nak masak, tabur bawang besar. Tutup api dan tabur daun bawang. Siap!
IKAN BAKAR SAMBAL
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar 2 biji bawang putih ½ cm belacan 1 biji tomato
BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa ikan pun boleh) Cili kisar Daun pisang 3 biji atau lebih limau kasturi Garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan. 2. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi dan balut ikan tu dengan daun pisang elok-elok. 3. Bakar ikan hingga masak. Perahkan limau sebelum dihidangkan.
AYAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
2 ketul besar ayam, bahagian isi ½ tin susu cair 3 ulas bawang putih, hiris halus ½ biji bawang besar holland atau bawang besar biasa | potong dadu 4 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 4 biji cili padi
BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM:
2-3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk kari 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Potong dadu isi ayam, masukkan telur dan garam ke ayam dan gaulkan sebati. 2. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Gaul dan biar tepung menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih. 3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
CARA BUAT BUTTERMILK:
1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair dan masukkan bawang putih, cili dan daun kari, tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. 3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap.
BUBUR NASI AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan beras 1 ½ inci halia | diketuk 1 kiub pati ayam Sedikit garam 1 liter air Ayam goreng Lada merah Daun bawang & daun sup Sedikit minyak bijan (kalau ada)
1. Basuh beras bersih. Masukkan beras dan air dalam periuk. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. 2. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam. 3. Bubur bolehlah dihidang dengan potongan ayam goreng, bawang goreng, lada merah dan daun sup. Titiskan sikit dengan minyak bijan kalau ada. Siap.
AYAM PHAT PHET
BAHAN-BAHAN:
Ayam 1 batang serai 1 asam keping 4 helai daun limau purut Garam Gula
BAHAN KISAR:
5 biji cili padi 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 atau 2 batang serai 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air. 2. Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. 3. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.
AYAM GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam 1 biji bawang besar | dihiris 1 biji tomato | dicincang dadu 2 sudu besar gula 1 – 2 sudu kecil garam 1 asam keping/air asam jawa
BAHAN KISAR/ TUMBUK KASAR:
10 batang cili merah 5 tangkai cili padi (optional) 7 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga masak. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik minyak. 3. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa atau asam keping, gula dan garam. 4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sehingga ayam masak. 5. Taburkan hirisan bawang. Gaul seketika, Siap!
Anda penggemar sajian kuih muih tradisional? Salah satu yang mudah, sedap dan boleh cuba buat hari ini adalah Kuih Puteri Mandi ini. Ia merupakan salah satu kuih tradisional popular kegemaran ramai terutamanya penduduk Pantai Timur. Sangat mudah cara pembuatannya. Saudari Aliyaisma Ariffin ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH PUTERI MANDI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN DOH: 2 1/2 cawan tepung pulut – beli online disini 1/2 cawan tepung beras – beli online disini Air dicampur dengan pewarna hijau secukupnya (kalau nak guna air kisaran daun pandan pun boleh)
BAHAN INTI KELAPA: 1 cawan air 2 ketul gula melaka bersaiz besar – beli online disini 2 helai daun pandan 1 cawan parutan kelapa muda
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat doh, satukan semua tepung dan masukkan air dengan secukupnya. Sukatan air hanyalah hingga mendapat bentuk doh yang elok dan tidak melekat di tangan.
2. Cubit doh, bulatkan ikut saiz sebesar ibu jari dan tekan dibahagian tengahnya. 3. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan doh-doh tepung yang telah dileperkan tadi. 4. Masak hingga doh timbul di permukaan air. Angkat dan toskan.
5. Untuk hasilkan inti kelapa, masukkan air ke dalam kuali dan didihkan. 6. Masukkan gula melaka. Kacau sehingga hancur sebati. 7. Masukkan juga daun pandan untuk bau yang lebih harum. 8. Seterusnya masukkan parutan kelapa muda dan kacau sebati dalam cairan gula melaka tadi.
9. Bila inti kelihatan sempurna, masukkan adunan pulut yang telah dimasak dan di toskan tadi. Gaul sebati. 10. Kuih Puteri Mandi sedia untuk dinikmati.
Apricot Custard Tart ialah pencuci mulut istimewa dengan gabungan shortcrust rangup, kastard berkrim dan buah aprikot berkilat. Ikuti resipi lengkap serta tip untuk hasil yang lebih sedap dan cantik.