Teringin nak makan Popia Carbonara yang sangat mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Paling penting ia sedap dan buka selera. Jom lihat resipinya.
CARA POPIA CARBONARA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 keping isi ayam – potong dadu
1 paket sosej – hiris
1 biji bawang besar – potong dadu
1 batang lobak merah – dadu halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan mentega atau marjerin
Keju cheddar parut secukupnya
1 cawan susu penuh krim atau susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang besar hingga wangi. 2. Masukkan isi ayam, sosej, lobak merah dan lada hitam. Gaul lagi hingga isi ayam masak. 3. Tambahkan air, susu dan keju. Kacau sebati. Tambahkan juga bancuhan tepung gandum. 4. Akhir sekali, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.Padam api dan biarkan inti sejuk.
5. Untuk menggulung popia, ambil 2 keping kulit popia dan sudukan inti dengan secukupnya.
Ads
6. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
Ads
7. Popia ini juga boleh disejukbekukan. Simpan dalam bekas bertutup dan boleh digoreng pada bila-bila masa.
Pucuk ubi memang enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Kalau dicelur, selalunya ia dijadikan sajian pecal, gado-gado ataupun dinikmati bersama sambal belacan dan budu. Tapi pernah tak jadi bila anda celur, daun pucuk ubi akan bertukar warna coklat dan pucat? Nampak tak menarik!
Menerusi saudari Erra Fazira Mahdi, beliau berkongsi petua dari ibu tercinta; Puan Jamaiah Binti Aini untuk hasilkan pucuk ubi rebus yang kekal hijau dan nampak menyelerakan. Jom cuba!
CARA REBUS PUCUK UBI AGAR KEKAL HIJAU & NAMPAK SEGAR
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi – dibersihkan
1 sudu teh soda bikarbonat
Air secukupnya
CARA-CARA:
Sediakan air rebusan dan masukkan daun ubi.
Kemudian masukkan soda bikarbonat. Tunggu hingga daun lembut.
Angkat dan toskan. Selain pucuk ubi, cara ini juga boleh digunakan untuk mencelur sayur-sayuran yang lain juga.
Kacang Dhal antara kekacang mudah diperolehi, murah dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh kerana ia tinggi kandungan protein dan kalsium. Malah kandungan kalsium dalam kacang Dhal setanding dengan kalsium di dalam yogurt.
Anda yang sedang berdiet, terutamanya diet tinggi protein, kacang Dhal adalah pilihan terbaik kerana ia tinggi protein dan kalsium yang boleh diamalkan terutamanya. Di samping itu menu kacang Dhal juga membantu anda yang sedang berdiet berasa kenyang lebih lama.
Dengan sebegini banyaknya khasiat kacang dhal, apa tunggu lagi, anda boleh pelbagaikan cara dan olah kacang dhal untuk menjadi hidanan yang sedap untuk diselitkan dalam menu harian keluarga anda. Untuk permulaan, ini RASA kongsikan empat menu berasaskan kacang dhal.
PUFF INTI KARI DHAL AYAM
BAHAN-BAHAN:
10 keping pastri puff segera
1/2 cawan kacang dhal | rebus dan tos air
200gm isi ayam | dadu kecil
1 biji bawang holand | potong dadu
3 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 biji kuning telur | kacau
Garam gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Keluarkan pastri puff, biarkan pada suhu bilik.
Sementara itu, panaskan minyak, tumis bawang holland hingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan daun kari.
Kacau rata, masukkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga garing, baru masukkan ayam, kacau rata.
Bila ayam kecut masukkan kacang dhal dan kentang yang telah direbus tadi.
Kacau rata atas api sederhana hingga inti kering. Tutup api.
Setelah inti sejuk, letakkan di atas pastri dan lipat bentuk tiga segi.
Kemaskan tepi pastri dengan garpu. Kemudian sapukan dengan kuning telur di atasanya.
Cucuk dengan garpu atas pastri sebelum dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Bakar lebih kurang 25 minit dengan suhu 180C, atau saiz ketuhar anda.
Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
KUIH VADAI BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
1/2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar | dadu halus
2 biji cili hijau | dadu halu
4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan rempah kari
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
Gaul rata dan sebati,
Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
Setelah perang keemasan, angkat dan toskan.
Kuih Vadai sedia dihidangkan.
.PARPU TELUR BAHAN-BAHAN:4 biji telur
2 cawan kacang dhal | cuci bersih dan rebus
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
REMPAH PENUMIS:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 tangkai daun kari
6 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Masukkan kacang dhal yang telah direbus dalam periuk bersama bahan hirisan.
Kacau rata, tambah serbuk kunyut, kentang dan lobak merah, sedikit air dan renehkan atas api sederhana.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Perlahan-lahan pecahkan telur di dalamnya,
Setelah telur membeku, tutup api.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak tumis bahan rempah tumis, goreng seketika dan tuangkan dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
Biarkan seketika, kemudian Parpu Telur sedia dihidangkan.
BEBOLA DAGING SOS DHAL BAHAN-BAHAN:
8-10 biji bebola daging | gaul dengan sedikit cajun
1/2 cawan kacang dhal yang telah direbus
1/2 cawan yogurt
1 sudu makan mustard
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper hingga keperangan. Kemudian ketepikan.
2. Masukkan kacang dhal dalam mesin pengisar bersama yogurt, mustard dan susu segar.
3. Kisar hingga sebati.
4. Di dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan bahan kisar, biarkan mereneh atas api sederhana.
6. Sesuaikan dengan serbuk jintan, garam dan gula secukupnya
7. Masukkan bebola daging, gaul rata.
8. Apabila kuah pekat, tutup api.
9. Bebola Daging Sos Dhal sedia dihidangkan.
Suka makan ikan bakar? Kalau setiap kali nak masak baru nak buat perencah, memang melambatkan kerja. Jadi puan-puan boleh buat stok perencah ikan bakar homemade ni. Bila nak guna, ambil dan terus masak sahaja. Kalau makan dengan air asam, lagi bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Che Rohana Chek Akob ni. Puan-puan pasti sukakan hasilnya.
RESIPI PERENCAH IKAN BAKAR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
15 tangkai cili kering (*)
2 biji bawang besar (*)
5 batang serai (*)
1 inci halia (*)
1 inci kunyit hidup (*)
1 cawan santan pekat
Air asam jawa/ asam keping
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan bertanda (*) hingga halus. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa secukupnya. Boleh juga guna 1-2 keping asam gelugur. 4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 5. Masukkan santan pekat. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih seketika. Padamkan api. 6. Pastikan pes tidak terlalu pekat bagi mengelakkan pes tidak sekata bila disapu pada ikan. 7. Untuk menyediakan ikan bakar, sapu atau percikkan perencah di atas ikan menggunakan serai yang telah dititik. Bakar hingga kekuningan atau hingga ikan masak. 8. Angkat dan nikmati segera. Enak dimakan panas-panas.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...