Istimewa buat para penggemar sajian Thailand, menu Tomyam Sayur Thai perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba. Sangat ringkas namun rasanya sangat enak dan membuka selera. Selain dimakan bersama nasi, boleh juga dinikmati bersama mi, kuetiau atau bihun. Memang padu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK TOMYAM SAYUR THAI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Sedikit bunga kubis
Sedikit kubis
5 biji cendawan shiitake
1 biji tomato – hiris
2 batang saderi – hiris
1/4 batang lobak merah
1 tangkai ketumbar
Sedikit hirisan ayam bahagian bertulang
2 cawan air
1/2 senduk kecil sos cili
1/2 sudu teh gula – jika suka
Sedikit garam
1/2 senduk susu cair
Hirisan limau nipis secukupnya
BAHAN TUMIS:
1/2 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
3 helai daun limau purut
1 hiris halia
1 batang serai
3 biji cili padi
2 sudu makan pes tomyam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga naik bau.
2. Masukkan potongan ayam bahagian bertulang yang telah dipotong kecil. Biarkan seketika. Kemudian masukkan 2 sudu makan pes tomyam. Masak guna api perlahan sahaja.
3. Tambahkan dua cawan air. Kacau dan biar hingga mendidih.
Ads
4. Kemudian masukkan sayuran yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis. Biar hingga separa lembut.
5. Masukkan juga hirisan tomato dan akar ketumbar yang telah dibersihkan.
6. Untuk rasa yang lebih enak, masukkan sos cili dan gula untuk gabungan rasa manis dan masin. Jika tidak suka rasa tomyam sedikit manis, abaikan penggunaan gula.
7. Tambahkan juga garam secukup rasa. Perlu rasa kuah terlebih dahulu sebelum letak garam kerana pes tomyam sudah tersedia masin.
8. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan susu cair. Sebatikan dan masak guna api perlahan.
Ads
9. Masukkan hirisan saderi, cendawan dan lobak merah. Masak lagi seketika sebelum padamkan api.
10. Sendukkan Tomyam Sayur Thai ke dalam mangkuk, perah limau nipis dan daun ketumbar.
Kuih Nekbat adalah salah satu dari kuih tradisional orang Pantai Timur yang sangat popular bila tibanya bulan Ramadan. Bentuk dan rupanya seakan bahulu namun rasanya tawar dan teksturnya lebih keras. Untuk menikmatinya, ia perlu dimasak terlebih dahulu bersama air gula. Sangat sedap malah lebih enak jika dinikmati sejuk. Nak cuba? Saudari Suraya Rahman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Sangai tepung terlebih dahulu kemudian sejukkan. 2. Pukul telur menggunakan mesin pengadun hingga kembang dan gebu. 3. Kemudian masukkan sedikit pewarna kuning telur. Matikan pengadun. 4. Masuk tepung beras sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan hingga sebati. 5. Panaskan acuan kuih cara di dalam ketuhar. Kemudian keluarkan dan oles sedikit minyak. 6. Sudukan adunan ke dalam acuan kuih cara dan bakar pada suhu 150C menggunakan api atas bawah.
7. Bila Nekbat sudah kekuningan, ia menandakan kuih ini telah masak.
8. Keluarkan dan ulang langkah hingga adunan habis.
Untuk menikmatinya, ia perlu disira terlebih dahulu. Begini cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan air gula dan masak hingga sedikit pekat. 2. Kemudian masukkan nekbat. Biar nekbat menyerap air gula. 3. Angkat nekbat tadi dan masak lebihan air gula dalam periuk hingga pekat. 4. Setelah pekat, siram air gula ke atas nekbat.
5. Sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati. 6. Nekbat enak dimakan ketika dingin.
Daging Goreng Pedasperkongsian saudari Umi Watie ini tentunya harus dicuba. Bukan sahaja disebabkan rasanya yang sedap, menu ini juga mudah dimasak. Sesuai sangat disajikan ketika makan tengahari. Gaul-gaul bersama nasi putih panas, waduh… sudah cukup membuka selera sekeluarga. Jomlah cuba. Anda pasti kagum dengan rasanya.
CARA MEMASAK: 1.Gaulkan hirisan daging bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng dalam kuali sampai sedikit garing.
2. Bila daging sudah masak dan garing, angkat dan ketepikan. 3. Dengan menggunakan minyak yang sama (boleh kurangkan sedikit jumlahnya), tumis bahan kisar sampai wangi, garing dan pecah minyak.
4. Bila sambal sudah elok pecah minyak, masukkan semua sos sos dan kicap manis.
5. Gaul-gaul bagi rata. Pastikan guna api kecil sahaja. Empunya resipi tidak letak garam atau gula kerana semuanya sudah cukup rasa. Namun, boleh ubah mengikut selera. 6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang Holland dan cili api.
7. Gaulkan hingga rata dan biarkan sampai bawang sedikit layu. Matikan api. 8. Daging Goreng Pedas siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Makanan tradisional melayu kita penuh dengan masakan yang lemak berkrim dan pedas. Berlainan dengan cara Kak Es, beliau berkongsi resipi masak kari ikan tanpa menggunakan santan atau susu.. sebab tu nama resipinya kari bebas kolesterol. Sangat mudah sesuai untuk wanita berkerjaya. Nak cuba? Jom!
KARI IKAN BEBAS KOLESTEROL
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah | diracik
Bawang putih | diracik
Halia | diracik
Halba campur
Serbuk kari
Ikan pecah periuk
Daun kari
Bendi
Tomato
CARA MEMASAK:
Tumis bahan racik (bawang dan halia) dan halba campur hingga naik bau, masukkan serbuk kari yang dah bancuh dengan air(supaya tak hangit sebelum serbuk kari masak) .
Masukkan air, masukkan ikan(lumur garam kunyit dulu supaya tak pucat).
Dah masak ikan, masukkan bendi dan tomato.
Matikan api, dan perisakan dengan garam dan gula sedikit.
Masukkan daun kari. Cuba bau haruum je.
Selamat mencuba!
Nota: Nak sedap lagi, adjust ikut kesesuaian masing-masing.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.