Sedapnya serbuk asam ni. Kalau beli buah potong seperti jambu, mangga atau tembikai, letak serbuk asam ni memang lagi sedap. Bagi anda yang nak buat stok serbuk asam dekat rumah, resipi perkongsian saudari Deeya Rostam ni boleh dicuba.
RESIPI SERBUK ASAM JAMBU SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5-6 tangkai cili kering
1 genggam udang kering
2 inci belacan
1 paket serbuk asam (kepala rimau) @ serbuk asam putih a1
6 sudu gula kasar
1 sudu garam
CARA MEMASAK: 1. Basuh cili kering dan biarkan dalam 20-30 minit untuk tos airnya. 2. Udang kering juga dibasuh. Toskan airnya. 3. Panaskan kuali, sangat belacan, udang kering dan cili kering hingga nampak kering dan berbau semerbak. Pastikan tidak hangit. 4. Bila siap sangai, masukkan ke dalam pengisar kering (blender kering). 5. Masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam. Kisar hingga hancur. 6. Bila siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Campurkan serbuk asam dan 3-4 sudu gula supaya teksturnya nampak kasar.
IKLAN
7. Serbuk asam sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan bersama potongan mangga, jambu dan tembikai.
Enaknya kalau dapat makan Chicken Chop. Kena pula dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga. Kuah Chicken Chop ni pun sesuai juga untuk lamb grill, stik atau meatball.
CARA MEMASAK: 1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya. 2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.
3. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar keraan ayam akan hangus dan isinya tidak masak. 5. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.
CARA MEMASAK: 1. Potong dadu halus bawang holland dan bawang putih. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam. Jika buat banyak, lebihkan. 2. Masukkan sos lada hitam, ubi kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula dan sedikit air. Kisar sebati. 3. Cairkan mentega dan tumis bawang dadu tadi. Masak hingga wangi. 4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Kacau sebati. 5. Tambahkan kiub pati ayam dan kacau lagi hingga sos berkilat. Rasa sos bagi memastikan ia cukup rasa. 6. Kepekatan sos boleh diubah ikut cita rasa. Jika suka cair, tambahkan air. 7. Hidangkan bersama Chicken Chop dan coleslaw.
Asyik masak sambal sotong je apa kata cuba resipi Sotong Siram Petang ni. Ada rasa ala Thai sedikit lauk ni, yang sukakan rasa dan aroma masakan Thai boleh cuba resipi mudah ni untuk lauk tengah hari ataupun makan malam bersama keluarga.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Noor Sabrina Amran di Facebook. Bahan yang digunakan untuk resipi Sotong Siram Petang ni sangat mudah dan ringkas. Jom kita cuba!
SOTONG SIRAM PETANG
BAHAN-BAHAN:
Sotong
Cili padi (dihiris)
Serai (dihiris nipis)
Halia (dihiris nipis)
Bawang putih (dihiris nipis)
Bawang merah (dihiris nipis)
Daun limau purut
Limau nipis / lemon
Sos cili thai
Minyak masak
(Kuantiti ikut jumlah sotong)
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh sotong dan toskan. Potong ikut citarasa masing
2. Gaul sotong dengan garam dan kunyit
3. Goreng sekejap separuh masak. Angkat dan toskan
4. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau
5. Masukkan Sos Cili Thai dan kacau sebati
6. Masukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut