Sajian Thailand memang enak dan kena dengan citarasa orang Malaysia. Masam, pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan-hidangan dari sana cukup popular. Salah satu menu yang sedap dan unik yang wajib dicuba ialah Siakap Kengsom ni. Ada kangkung lagi dalam masakan ni. Serius anda kena cuba resipi perkongsian dari Puan Nur Hidayah.

SIAKAP KENGSOM ORIGINAL THAI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan siakap – boleh gantikan dengan ikan kerapu
  • 2 biji cili merah – buang biji (*)
  • 15 biji cili api (*)
  • 1 inci kunyit hidup (*)
  • 1 biji bawang besar (*)
  • 2 biji bawang merah (*)
  • 2 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • Nanas masak secukupnya
  • Kangkung secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga hirisan nanas.
  2. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
  3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
  4. Seterusnya masukkan ikan. Biar hingga masak.
  5. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

Siakap Kengsom. Resipi Asli Dari Thailand Ni Memang Pukau Selera!

IKLAN

Kredit resipi & foto: Puan Nur Hidayah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI