Ada mak-mak di sini kesuntukan masa untuk memasak? Mana nak uruskan anak kecil, si abang atau kakak,juadah untuk makan juga perlu disiapkan. Wah, memang macam lipas kudung nak uruskan.
Jadi, ini antara teknik supaya tak perlu masak banyak lauk menerusi resipi Sambal Padang yang dikongsi oleh saudara Khabbab Jamalludin.
Ayam goreng kunyit. Tambah sambal padang, terus jadi kacak luar biasa. Makan dengan nasi panas. Tambah kicap saja
Kalau ada anak-anak kecil yang kurang makan pedas, adalah dengan mempersiapkan simpanan sambal segera. Yang kalau nak makan tinggal senduk/ panaskan sekejap sahaja.
1.Basuh bahan di atas dan toskan. Masukkan dalam alat pengisar. Tambahkan sedikit air. Kisar kasar semua bahan. 2. Kemudian, panaskan minyak. Tumis dalam minyak panas. Pastikan minyak kena betul-betul panas. Minyak banyak dalam separuh dari jumlah bahan kisar.
Ads
3. Bila dah bertukar sikit warna cili, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk ke apa, sambil kacau kejap kejap. Jangan kerap sangat; nanti dia menyampah. Jangan lama sangat; nanti dia kata kita dah tak kisah. 4. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak, masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh masukkan ajinomoto kalau suka. 5. Tutup kejap. Lepas 5 minit boleh tutup api. 6. Saya simpan dalam bekas kaca. Lebih baik dari bekas plastik. Memang berminyak sikit tapi minyak tu yang buat tahan lebih lama. Lepas tu kena simpan dalam peti sejuk (bukan beku) ya.
*Bila nak makan, saya senduk masuk dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave 1 minit.
Ads
Terung goreng minyak sikit. Tambah sikit sambal atas dia. Cantik minimalis natural look orang kata.
Warna sambal yang merah cantik memainkan peranan besar untuk membangkitkan selera. Bukan itu saja melalui warna sambal saja kita selalu sudah dapat menjangka rasanya yang sedap.
Ia boleh dilihat melalui sambal yang berwarna merah tua dan berkilat. Cumanya tak semua kalangan kita tahu tip menghasilkan sambal sebegini.
Dikongsi oleh Mazliza Ahmad boleh praktik cara yang beliau gunakan untuk menghasilkan warna sambal yang cantik malah sedap. Tip ini boleh digunakan untuk semua jenis sambal tak kira sambal udang, sotong, ikan bilis, atau telur. Yang penting, tekniknya betul.
Tip Masak Sambal Merah Cantik
Bahan asas sambal
35–40 tangkai cili kering – potong, rendam air panas atau rebus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2–3 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
Gula putih sedikit (untuk seimbangkan rasa)
Perasa jika suka
2 keping asam keping
Cara Penyediaan
1. Kisar cili kering yang telah direbus bersama bawang besar, bawang putih dan belacan hingga lumat halus.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar tadi sampai benar-benar pecah minyak. Langkah ini sangat penting kerana ia mempengaruhi warna dan ketahanan sambal.
3. Masukkan gula merah, garam, perasa dan sedikit gula putih. Tambah juga asam keping untuk rasa masam yang seimbang.
4. Akhir sekali, masukkan bahan seperti udang, sotong, ikan bilis atau telur rebus. Gaul rata dan biarkan masak hingga sambal pekat dan berkilat.
Tip Ekstra
Cili kering perlu direbus lembut agar mudah dikisar dan warnanya lebih keluar.
Guna api sederhana dan sabar menumis sampai pecah minyak, inilah rahsia sambal tahan lama dan warna jadi cantik.
Gula merah berfungsi mencantikkan warna dan menambah rasa sambal jadi lebih seimbang.
Cuti panjang hujung minggu ni apa kata kita masak nasi istimewa sikit untuk sesisi keluarga. Admin cadangkan kita masak Nasi Daging, ok tak? Sebab nasi ini sangat senang nak masak dan tak banyak bahan yang perlu disediakan… Jom tengok resipi yang admin sharekan ini.
NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi |rendam 30 minit dan tos
1liter air rebusan daging
500gm hirisan daging rebus
1cawan susu cair
2 helai daun pandan simpul
1 sudu makan rempah sup
1sudu makan rempah kurma
1 sudu pes tomato
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
5 ulas bawan merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis daun pandan bahan rempah penumis.
Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk kurma dan sup, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air rebusan daging dan susu cair bersama tomato puri dan kacau lagi.
Setelah air mendidih masukkan beras dan daging, perasakan dengan garam secukupnya.
Masak seperti nasi biasa lebih kurang 15-20 minit.
DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang
1 sudu pes asam jawa
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
4 batang sera
CARA MEMASAK:
Potong daging kepada beberapa bahagian. Cuci bersih dan toskan.
Gaulkan bahan kisar bersama daging hingga sebati.
Perapkan sekurang-kurangnya satu jam.
Kemudian bakar (semasa membakar sentiasa balik-balikkannya).
Setelah masak, hiris nipis.
Sedia dihidangkan bersama Air Asam dan Nasi Daging.
AIR ASAM:
BAHAN-BAHAN:
3cm belacan | bakar
1/2 cawan air asam jawa
1 biji limau nipis | jus sahaja
2 biji tomato | potong dadu
2-3 ulas bawang besar | hiris nipis
4-5 biji cili padi |hiris nipis
3 biji cili merah | hiris nipis
3-4 biji cili hijau | hiris nipis
Sedikit gula dan garam
CARA MEMASAK:
1.Bancuhkan belacan dengan jus limau nipis dan air asam jawa.
Nak cuba masakan Filipina? Jangan bimbang, rasanya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Kali ini RASA kongsikan tiga menu Filipina yang ada pengaruh Indonesia dan Malaysia. Soal bahan-bahan, sama saja dengan bahan-bahan orang kita masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
.
AYAM WOKU MANADO BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
2 batang serai | titik
760gm air
1 biji tomato | potong dadu
2 batang daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Daun Kemangi | secukupnya
BAHAN KISAR :
4 tangkai cili kering
3 biji cili merah
5 biji cili padi
4 sudu makan minyak masak
6 biji buang keras
3cm kunyit hidup
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
Sedia dihindangkan.
.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil
2 sudu makan pes cili dikisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 litter santan
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak
Air | jika perlu
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
.
SALMON PIDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam.
Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!