Min gerenti korang mesti gemar makan sajian Cina. Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum. Menu masakan laut, tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebahagian dari rutin pemakanan warga Malaysia.

Sempena hari kemerdekaan menjelang tiba ni, jom kita cuba reseipi dari Chef Imran Audi Mohd Yap dan Firman Fauzi dari restoran Chicken Rice Guys (CRG), di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Ini bukan resipi biasa ya,tapi diwarisi dari nenek moyang mereka yang berketurunan Cina.

STIR FRIED BLACK PEPPER BEEF

BAHAN-BAHAN :

  • 100 gm daging | dihiris nipis (bahagaian batang pinang)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan lada hitam | serbuk kasar
  • 1 biji bawang | dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih | diketuk
  • 2.5 sm halia | dihiris
  • 3 biji cili api | diketuk
  • Sedikit daun bawang | dipotong 2 sm
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan hingga naik bau wangi.’
3. Kemudian masukkan daging ke dalam kuali.
4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar.
5. Tumiskan dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukp rasa
6. Apabila daging empuk, padamkan api.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yang lazat

INFO CHEF : Untuk melembutkan daging , perapkan dengan gula, garam dan minyak masak dan biarkan untuk 2- 3 jam.

STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI

BAHAN-BAHAN :

  • 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
  • 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
  • 50 gm brokoli
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dihiris
  • 4 sm halia | dihiris
  • 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
  • 4 sudu makan sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat

CARA MEMASAK :
1.  Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak

INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.

BRAISED GINGER CHICKEN WITH MUSHROOM

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam | dipotong lapan bahagian
  • 3 biji cendawan shitake | dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 500ml air masak
  • 5ulas bawang putih | dicincang
  • 3 sm halia | dihiris nipis
  • 8 sudu makan kicap pekat
  • 4 sudu makan kicap masin
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 4 sudu makan sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
  • 2 biji bawang besar | dibelah 4

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia, biarkan hingga bau wangi.
3. Masukkan ayam ke dalam kuali
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap masin dan kicap masin.
5. Masukkan air masak.
6. Masukkan cendawan shitake yang telah dihiris.
7. Tutup kuali dengan penutup dan biar didih sehingga ayam masak
8. Perisakan dengan gula dan garam
9. Taburkan daun bawang dan bawang besar yang telah dipotong, kacau sebentar. Padamkan api.
10. Hidangkan bersama nasi putih yang panas.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Keistimewaan :Sajian asli cina yang menyatukan 4 jenis kicap

INFO CHEF : Biarkan mereneh dalam keadaan kuali bertutup supaya cepat masuk dan lebih sebati rasanya

HOKKEIN PRAWN MEE

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm mi kuning | dicelur dalam air panas
  • 10gm taugeh
  • 10gm sayur kangkung
  • 2 biji telur rebus | dibelah dua
  • 10 gm dada ayam | direbus
  • 12 ekor udang saiz sederhana | direbus
  • 5gm bawang goreng

Bahan kuah udang:

  • 1kg kulit udang
  • 1liter air
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

Bahan sambal:

  • 50gm bawang putih | dikisar halus
  • 150gm bawang besar | dikisar halus
  • 4 sm halia | dikisar halus
  • 50gm cili padi merah | dikisar halus
  • 100gm cili kering | direbus dan dikisar halus
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Cara memasak sambal:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis kan bawang putih, bawang besar, halia sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi merah dan cili kering, tumis hingga pecah minyak dan garing.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Cara memasak kuah udang:
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tuangkan kulit udang kedalam periuk
3. Tumiskan sehingga kulit udang tukar berwana merah
4. Tuangkan air kedalam periuk
5. Biarkan mendidih selama 2 jam, tudungkan
6. Letak garam dan gula secukup rasa. Padamkan api.
Cara hidangkan mi udang :
1. Celurkan mee kuning, tauge, kangkung\
2. Susun ke dalam mangkuk sekalikan dengan isi ayam, udang dan telur rebus
3. Letakkan sambal di atas mi tersebut
4. Tuangkan kuah udang yang panas

Saiz hidangan :4 orang
Waktu memasak : 2 jam
Keistimewaan :Mi udang dengan sup yang pedas dan manis

INFO CHEF : Anda boleh juga menambah pelbagai makanan laut lain seperti ketam, lala atau kepah untuk mendapatkan lebih rasa kemanisan makanan laut dalam kuah tersebut.

 AYAM STIM HAINAN

 

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam | berat 2 ke 2.2 kg
  • 5 sm halia ketuk
  • 3 liter air | atau paras ayam boleh tenggelam
  • 5 batang daun bawang | dipotong panjang

CARA MEMASAK :
1. Basuhkan ayam dengan bersih
2. Masukkan air hingga ayam boleh tenggelam
3. Masukkan halia, taburkan daun bawang
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ayam dan kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 30minit
6. Selepas ayam masak, angkat ayam dan rendam di dalam bekas yang berisi air dan ais selama 20 minit
7. Toskan. Sewaktu menghidang, tuang sedikit air rebusan ayam yang masih panas dan dimasak tadi.

Saiz hidangan : 10 orangng
Waktu memasak : 1 1/2 jam
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi ayam

INFO CHEF : Terdapat pelbagai versi ayam stim hainan selain merebus dan reneh anda boleh juga mengukus dengan memerap dahulu ayam dengan kicap cair, minyak bijan dan lada hitam.

RESEPI : CHEF IMRAN AUDI MOHD YAP
TERIMA KASIH ; FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor