Ramai yang beli biskut roti gula ni walhal nak buat punyalah senang. Kalau ada roti putih yang tak habis nak makan atau hampir tamat tempoh boleh gunakan untuk buat biskut roti gula ini. Caranya cuma empat langkah saja.
Cara buat roti gula rangup
1. Potong roti keping putih (boleh guna apa-apa jenama) kepada empat bahagian.
2. Sapu mentega, nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa.
Ads
3. Tabur sedikit gula pasir atas roti yang disapu mentega tadi.
Ads
4. Kemudian boleh bakar. Yang ini bakar guna air fryer, set time 5 minit dulu, suhu 180 darjah. Kalau belum garing tambah lagi masa. Kena agak-agak, tengok pada warna roti ini nanti. Nak bakar guna oven pun boleh.
Siap! Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Roti gula ni dah sejuk pun tetap rangup.
Bila tiba bulan Ramadan kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
RESIPI BISKUT SEMPERIT SUSU 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.
5. Biarkan doh biskut selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit.
6. Bakar biskut pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas. Elakkan letak tepung dalam jumlah banyak sekaligus bagi mengelakkan doh menjadi keras.
Kek Butter atau kek mentega merupakan sejenis kek yang paling mudah dan cepat untuk dibuat. Tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan cara buatnya juga mudah. Inilah sebab ia menjadi. Makan panas-panas memang layan sambil minum kopi ‘O’ panas. Mari kita cuba resipi Kek Butter Unicorn seperti yang dikongsikan oleh Zaini Talib
BAHAN-BAHAN:
1 ketul mentega (pure butter) – beli online 1 1/4 cawan gula kastor (nak manis boleh tambah gula) Sukatan ini tidak manis – beli online 1/4 cawan susu segar 5 biji telur saiz B Sedikit esen vanilla – beli online 2 cawan tepung naik sendiri – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega dan gula. Kalau guna unsalted butter, tambah sedikit garam dalam bahan kering.
2. Masukkan telur satu demi persatu. Setiap kali masukkan telur, pastikan sebati terlebih dahulu baru masukkan yang seterusnya.
3. Seterusnya masukkan esen vanilla. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu tapi jangan terlebih pukul. Boleh guna spatula sahaja kaup balik sampai habis seli-seli.
4. Masukkan dalam loyang kalau tak nak letak warna. Kalau nak letak warna, bahagikan adunan dan masukkan dalam loyang selang-seli sehingga habis.
5. Panaskan oven. Bakar dengan suhu 160C selama 40 minit atau lebih mengikut oven masing-masing. Siap.
6. Inilah hasilnya. Hidangkan ketika masih panas. Memang sedap!
Jika selalu asyik hidang air sirap je, boleh cuba kelainan sediakan pati air fanta hijau ni. Rasanya sebiji macam rasa air fanta yang dijual cuma takde rasa gas.