Lebih kurang 2 bulan je lagi, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa. Maka bermulalah pesta biskut raya. Terdapat pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun yang dihasilkan sendiri tentunya lebih bermakna. Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya, ini seleksi aneka resipi biskut raya mudah dan paling popular yang wajib ada tahun ni. Anda boleh dicuba. Nak buat niaga pun sesuai.

 

1. BISKUT SAMPRIT

BAHAN-BAHAN:

  • 185gm gula
  • 375gm mentega
  • 60gm tepung kastad | diayak
  • 60gm tepung jagung | diayak
  • 375gm tepun gandum | diayak
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
  3. Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan diatas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipaskan pada suhu 150°C selama 10 minit.
  6. Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.

 

2. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:

  • 160gm mentega
  • 100gm minyak sapi
  • 1 biji telur
  • 80gm gula halus
  • 400gm tepung naik sendiri
  • 200gm gula ising | ditabur

BAHAN INTI:

  • 150gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak & dikisar halus
  • 60gm gula halus
  • 30gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata.
  4. Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
  6. Angkat biskut dan salutkan dengan gula ising secukupnya.

 

3. BISKUT TELUR REBUS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm mentega
  • 350gm gula halus
  • 250gm tepung gandum |diayak
  • 250gm tepung jagung | diayak
  • 125gm tepung kastad | diayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Gula berwarna secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yang telah dilecek. Pukul hingga rata.
  2. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Canai doh tadi dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega.
  4. Sapukan telur di atas biskut dan susun hirisan badam dengan secukupnya.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.

Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.

 

4. ALMOND LONDON

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
  • 450gm tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 220gm gula ising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar

BAHAN SALUTAN:

  • 450gm coklat masakan
  • 1/2 sudu makan lemak sayuran
  • 3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
  • Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
  2. Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
  4. Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
  6. Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
  7. Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
  8. Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.

Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, boleh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

 

5. TAT NANAS TERATAI

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 120gm minyak sapi
  • 450gm tepung gandum
  • 1 biji telur gred B
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
  4. Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pada tat selain mempunyai tekstur yang rapuh apabila dikunyah.

 

6. BATANG BURUK

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 150gm tepung beras
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 100gm tepung kacang hijau
  • 120gm gula ising
  • 2 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
  2. Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
  3. Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
  4. Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
  5. Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
  6. Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
  7. Sedia untuk dinikmati.

 

7. BISKUT AISKRIM

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 130gm mentega
  • 60gm gula ising
  • 160gm tepung gandum
  • 30gm tepung jagung
  • 20gm tepung ubi
  • 1/4  sudu teh serbuk penaik
  • 20gm serbuk badam
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 biji kuning telur | untuk sapuan
  • Sedikit coklat masakan | dicairkan
  • Gula-gula manik | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  2. Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.
  3. Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.
  4. Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
  6. Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

 

8. MAMA CAREY

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 125gm gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 330gm tepung gandum  | diayak
  • 65gm tepung jagung | diayak
  • 65gm susu tepung | diayak

BAHAN ISING:

  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 90gm gula ising

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan.
  4. Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
  5. Keluarkan doh dan canaikan. Teraop doh menggunakan acuan pilihan anda.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk,
  7. Untuk menghasilkan isingnya, pukul putih telur sehingga kembang.
  8. Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat.
  9. Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
  10. Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.

 

9. BISKUT CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm mentega
  • 90gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 80gm kismis hitam
  • 125gm tepung naik sendiri  | diayak
  • 375gm cornflakes | diramas kasar

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga rata.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
  3. Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
  4. Dengan menggunakan sudu the, ceduk adunan menjadi ketulan kecildan salutkan dengan cornflakes yang telah diramas kasar. Letakkan diatas dulang pembakar.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan.
  6. Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

 

10. BISKUT MAZOLA

BAHAN-BAHAN:

  • 185gm tepung gandum | diayak
  • 60gm tepung gandum | diayak
  • 140gm gula halus
  • 125gm kacang tumbuk
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Minyak Mazola secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • Kacang tumbuk kasar secukupnya
  • Kuning telur untuk sapuan

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi dohyang boleh dikepal.
  3. Ambil doh yang siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat.
  4. Letakkan doh diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dengan secukupnya.
  5. Bakar biskut tadi selama 20 minit pada suhu 180°C.
  6. Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Info chef: Untuk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.

 

11.  BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)

CARA MEMASAK:

1.Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer.
3.Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
4.Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna.
7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.

Kredit resipi & foto: Reen Khan Shariff

 

12. BISKUT NESTUM

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 100gm gula halus @ kastor
  • 100gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh air sejuk dlm peti ais
  • Tepung gandum cap ros secukupnya – bergantung pada kondisi doh
  • 80gm nestum 
  • 1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (untuk sapuan)
  • Nestum untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan.
2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan.
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

NOTA: Panaskan oven dulu degan suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160C.

Kredit resipi & foto: Hizar Harmiza Hashim

 

13. TAT NANAS KEJU

BAHAN KULIT:

  • 150gm mentega tanpa garam
  • 50gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 biji kuning telur
  • 225gm tepung paling halus/superfine
  • 35gm tepung jagung
  • 25gm tepung susu
  • 50gm keju cheddar-diparut halus

BAHAN UNTUK EGG WASH:(GAUL RATA)

  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh susu cair

BAHAN UNTUK TABUR:

  • 50gm keju cheddar-disagat

BAHAN INTI NENAS:

  • 450gm nanas – parut
  • 125gm gula pasir
  • 1/8 sudu teh garam
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3cm kulit kayu manis
  • 25gm keju cheddar-diparut
  • 1 sudu teh jus lemon

CARA MEMASAK:
1. Inti: Masak nanas sampai air meresap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis.
Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata.
Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil.
2. Kulit: Pukul mentega, marjerin, gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning telur. Pukul rata.
3. Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambahkan keju parut.Gaul rata.
4. Ambil adunan kulit sebesar hujung ibu jari. Bulatkan, leperkan. Letak inti nanas.Bulatkan kembali.
5. Letakkan di atas loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas dengan baking
paper.
6. Bakar tat pada suhu 150’C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak.
7. Keluarkan tat dari oven. Biarkan suam. Oles dengan kuning telur dan tabur keju parut.
8. Bakar kembali tat pada suhu 150’C selama 20 minit sampai masak.

Kredit resipi & foto: Noraziah Yazid Nor Cookies

 

14. CORNFLAKES MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketul buttercup
  • 1 cawan gula perang
  • 500gm cornflakes
  • 10 sudu makan madu

CARA MEMASAK:
1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata.
3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norasiah Samsudin

 

15. CORNFLAKES COKLAT  

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm bijirin cornflakes
  • 150gm bubble rice
  • 1 bar coklat masakan

CARA MEMASAK:

  1. Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
  2. Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
  3. Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
  4. Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.

 

16. SEMPERIT SUSU

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • Pewarna kesukaan secukupnya
  • 2 sudu makan ( menggunung) tepung kastard
  • 4 1/4 cawan tepung jagung

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan kacau menggunakan senduk.
2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau lagi hingga rata.
3. Seterusnya masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya.
4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak, Guna api atas dan bawah.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

17. TAT NANAS GULUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 30gm gula icing
  • 3 cawan tepung gandum – diayak. Jumlah boleh tambah kalau doh lembik
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu sudu makan tepung ubi kayu
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Pewarna kuning lemon

HIASAN:

  • 2 biji kuning telur 
  • 1 sudu makan susu manis
  • Pewarna kuning lemon

CARA MEMASAK:

1.  Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur.
5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar

 

18. BISKUT BADAM SALJI  

BAHAN A:

  • 250gm mentega
  • 150gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 50gm sebuk badam

BAHAN B:

  • 350gm tepung red rose
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm tepung susu
  • 40gm tepung jagung
  • Sedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.
  2. Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.
  3. Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.
  4. Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
  5. Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.
  6. Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.

 

19. ALMOND ROCHER

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm coklat susu compound
  • 50gm pes kacang hazel
  • Badam jejari secukupnya |dipanggang

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.
  3. Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.

Info Chef: Pastikan hirisan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan rangup kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat masakan.

 

20. BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES

BAHAN A:

  • 200gm mentega
  • 50gm shortening
  • 80gm gula aising
  • Secubit garam
    (Pukul semua bahan 2-3 minit)

BAHAN B:

  • 175gm tepung naik sendiri
  • 150gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh serbuk koko

(Satukan semua bahan B)

BAHAN C:

  • 50gm cornflakes ( ramas kasar)
  • 50gm almond nibs ( goreng tanpa minyak sekejap..pastu biarkan sejuk)
  • 80gm coklat chips

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah dipukul tadi.Gaul rata guna senduk.
  2. Masukkan semua bahan C.Gaul rata. (adunan memang lembik).
  3. Dengan menggunakan sudu plastik, sudukan adunan sebesar duit syiling 20sen ke dalam tray.
  4. Hias dengan coklat chip dan almond flakes (badam hiris).
  5. Bakar selama 20-25minit (hingga masak) pada suhu 180C menggunakan api atas dan bawah.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal