Terasa nak berbuka dengan menu yang lain dari biasa? Boleh pakat cuba aneka lauk pauk popular dari negeri Kelantan ni. Sangat sedap dan memang membuka selera. Malah ada sesetengah darinya agak susah nak dapat dan jarang dijual di kedai. Bagi yang teringin nak rasa, ini resipi yang anda boleh cuba.

 

1. GULAI IKAN IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG

5 Resipi Lauk Pauk Kelantan Paling Popular Bila Tiba Bulan Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
  • 1000ml santan
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
  • 1 /2 batang timun | hiris bulat
  • 8 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3cm lengkuas | hiris nipis
  • 3cm kunyit hidup
  • 6 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
  2. Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
  3. Setelah mendidih,  masukkan  kacang panjang dan timun.
  4. Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain ikan kembung, boleh guna ikan tongkol. Tetapi ikan tongkol perlu direbus dahulu sebelum dibuat gulai.

 

2. KERUTUP AYAM  KAMPUNG

5 Resipi Lauk Pauk Kelantan Paling Popular Bila Tiba Bulan Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | potong empat
  • 3 sudu makan rempah kerutup
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 500ml santan pekat
  • 1keping gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

IKLAN
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
  4. Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
  5. Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian  masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato,  gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
  6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
  7. Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain ayam kampung, itik juga enak dimasak dengan resipi kerutup ini.

 

3. LAWAR IKAN TAMBAN

5 Resipi Lauk Pauk Kelantan Paling Popular Bila Tiba Bulan Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan tamban | bersihkan
  • 5 biji limau nipis | ambil jusnya 
  • 6-7 biji cili padi | hiris halus
  • Sedikit hirisan daun kesum
  • Sedikit hirisan daun selom
  • Sedikit hirisan daun ulam rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
  2. Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
  3. Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
  4. Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
  5. Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
  6. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Semasa mengaul isi ikan dengan jus limau nipis, pastikan isi ikan bertukar warna dari merah kepada putih. Warna putih adalah tanda isi ikan sudah masak dan sedia dimakan.

 

4. SINGGANG DAGING BUDU LENGKUAS

5 Resipi Lauk Pauk Kelantan Paling Popular Bila Tiba Bulan Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan budu
  • 1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
  • 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
  • 3 keping asam gelugor
  • 4 -5 hirisan lengkuas | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 10 biji cili padi | titik atau  hiris 
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
  2. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
  3. Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Rasa Daging Singgang ni pedas, manis, masin dan masam,sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas.

IKLAN

 

5. TERESEK KACANG PANJANG

5 Resipi Lauk Pauk Kelantan Paling Popular Bila Tiba Bulan Puasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 batang kacang panjang
  • 3 biji cili hijau
  • 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan  rempah kari
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar biji  | sangai dan kisar kasar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
  2. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yang telah dipotong kecil tadi.
  3. Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
  6. Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Teresek  Kacang Panjang ini adalah menu rewang di kebanyakan tempat di Kelantan.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI