Sup ayam dengan kuah kaw atau kuah yang sedap memang best bila makan masa panas. Menu mudah untuk dimasak dan dijadikan hidangan lauk untuk makan siang ataupun malam. Tak nak makan dengan nasi boleh ratah dan hirup kuah dan isinya macam tu sahaja.
Sesuai juga dijadikan hidangan untuk ahli keluarga yang tak sihat. Sedap dan mudah nak buat!
Sup Ayam Kuah Kaw
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis:
Ads
2 biji bawang besar dihiris
3 sudu besar penuh rempah sup adabi
1 ekor ayam saiz kecil dipotong 16
Cili padi, daun sup, batang sederi dan tomato secukupnya
1 paket cendawan enoki atau apa2 sayur kegemaran
Ads
Cara Memasak:
Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris hingga garing hampir gelap dan masuk pula bahan kisar dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak
Setelah pecah minyak masuk rempah sup kacau rata hingga terbit bau. Masukkan air mengikut banyak kuah yang diingini dan akhir sekali masukkan ayam
Ads
Reneh hingga ayam lembut atau masak masukkan semua bahan berbaki satu persatu dan kacau rata. siap.
Menu Asam Pedas Ayam Stail Nyonyani nampak sangat menyelerakan. Sangat membuka selera jika dihidangkan tatkala berbuka puasa. Ada lauk ni tak perlu dah menu utama yang lain. Cukup sekadar nasi panas, sambal belacan berserta ulam-ulaman. Memang terangkat! Saudari Umi Watieada kongsikan resipinya. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
1.Kisar halus bahan-bahan bertanda (**). Cili kering perlu direbus sekejap bagi lembut barulah dikisar. 2. Dalam kuali, tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Kacau-kacaukan tapi jangan sampai hangit.
3. Tengok dah pecah minyak dan garing elok, masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau lagi sampai ayam kecut.
4. Masukkan air asam jawa dan juga air dengan secukupnya. Biarkan mereneh sampai ayam masak.
5. Masukkan terung, kalau suka bendi pun boleh letak. Ubi kentang pun boleh. Ikut selera. Masak lagi sampai semua bahan masak elok. Perasakan dengan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
6. Asam Pedas Ayam stail nyonya siap untuk dinikmati.
Andai ke pasar malam, sajian Ayam Percik tentunya menjadi pilihan ramai. Makan panas-panas dengan kuahnya, waduh…sangat membuka selera. Anda suka makan Ayam Percik macam jual dekat pasar malam tu? Saudari SuiSan Aliezsha ada kongsikan resipi yang beliau guna untuk berniaga. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM PERCIK SEDAP
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
BAHAN KUAH:
Nota: jumlah bahan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan.
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar, ketumbar dan jintan tanpa minyak. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
3. Masukkan ayam. Masak hingga setengah masak.
4. Ambil ayam dan letak di atas dulang pembakar. Renjiskan minyak zaitun atau minyak masak.
5. Bakar guna air fryer pahu 200C selama 15 minit. Jika bakar guna ketuhar, guna suhu 180C dan bakar selama 20 minit. Masa mungkin berbeza mengikut af dan ketuhar masing-masing.
(Nota RASA: Boleh juga dibakar guna pemanggang ajaib atau arang)
6. Untuk kuahnya, panaskan kuali atau periuk. Masukkan kisaran cili dan bawang putih bersama sedikit air. Didihkan hingga cili masak.
7. Masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.
8. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Pastikan gula dan garamnya cukup.
9. Jika ada bijan, boleh tambahkan ke dalam kuah.
10. Siap dan bolehlah disiram ke atas ayam bakar tadi.
1 labu bawang besar – beli online di sini Halia sebesar ibu jari – beli online di sini 5 ulas bawang putih – beli online di sini 2 sudu besar ketumbar | sangai 3 sudu besar jintan putih | sangai 1 sudu besar jintan manis | sangai 1 sudu kecil lada putih | sangai
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan daging cincang dan kacau hingga air daging mula mengering. 2. Masukkan garam dan kiub ayam jika menggunakan. Masukkan bawang Holland dan kentang rebus. 3. Kacau rata dan masak hingga daging nampak kering dan tiada lagi rasa rempah tak masak, dalam 8 – 10 minit. 4. Masukkan cili hijau dan daun-daun serta garam masala, kacau seminit dua. Masukkan telur rebus yang telah dilenyek. Kacau rata. Matikan api dan sejukkan.
INTI MURTABAK DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging segar cincang Minyak zaitun untuk menumis 2 sudu besar serbuk kari daging 1 sudu besar garam masala Lada hijau cincang Daun ketumbar cincang Daun sup cincang Daun pudina cincang Garam dan 1 kiub stok ayam (optional)
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar Halia sebesar ibu jari 5 ulas bawang putih
BAHAN KISAR KERING:
2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan putih 1 sudu besar jintan manis 1 sudu kecil lada putih
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan daging cincang dan kacau hingga air daging mula mengering. Masukkan garam dan kiub ayam jika menggunakan.
2. Masukkan rempah-rempah kisar dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga daging nampak kering dan tiada lagi rasa rempah tak masak, dalam 8 – 10 minit. 3. Masukkan cili hijau dan daun-daun serta garam masala, kacau seminit dua. Matikan api dan sejukkan.
INTI MURTABAK AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging ayam cincang Minyak zaitun untuk menumis 1 sudu besar serbuk kari daging 1 sudu besar serbuk rempah korma 1 sudu besar garam masala Lada hijau cincang Daun ketumbar cincang Daun sup cincang Daun pudina cincang Garam dan 1 kiub stok ayam (optional)
1 labu bawang besar Halia sebesar ibu jari 5 ulas bawang putih
BAHAN KISAR KERING:
2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan putih 1 sudu besar jintan manis 1 sudu kecil lada putih
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan daging ayam cincang dan kacau hingga air daging mula mengering. Masukkan garam dan kiub ayam jika menggunakan. 2. Masukkan rempah-rempah kisar dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga daging nampak kering dan tiada lagi rasa rempah tak masak, dalam 8 – 10 minit. 3. Masukkan cili hijau dan daun-daun serta garam masala, kacau seminit dua. Matikan api dan sejukkan.
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...