Kekurangan masa untuk memasak, tapi masih mahu memberikan hidangan yang berkhasiat buat keluarga?
Masih boleh ye puan-puan. Kali ini kita kongsikan resipi sup telur yang mudah lagi sedap menyelerakan.
Resipi yang dikongsikan Suzana Othman ini, menu mudah menggunakan bahan asas yang ada di rumah. Jom belajar teknik masak sup telur cantik dan tak pecah.
SUP TELUR
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar saiz sederhana | hiris, goreng hingga layu & ketepikan – beli online di sini 3 ulas bawang putih – hiris, goreng hingga layu & ketepikan – beli online di sini Ikan bilis | goreng & ketepikan – beli online di sini 1 biji ubi kentang | potong ikut saiz yang diingini – beli online di sini ½ biji lobak merah | hiris – beli online di sini 4 biji telur Fucuk & suhun | rendam & potong pendek Daun bawang & bawang goreng (untuk hiasan) Garam Serbuk lada putih ajishio Air Minyak masak
Dapatkan Promax 4 in 1 Portable Jump Starter dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1. Didihkan air dalam periuk. Rebus kentang hingga separuh empuk.
2. Masukkan lobak merah. Boleh gantikan dengan sayur yang anda gemari.
5. Perasakan dengan garam dan ajishio. Pastikan dah secukup rasa sebab kita tak nak kacau masa dah masukkan telur nanti.
6. Perlahankan api, pecahkan telur dalam bekas, masukkan telur satu persatu. 7. Kita tak pecahkan telur terus masuk ke periuk sebab takut telur tu tak elok, kempunan nak makan sup telur nanti. Masa pecahkan telur tu jangan sampai terpecah kuningnya.
8. Bila dah masukkan semua telur, tutup periuk biar telur hingga masak. Jangan kacau tau, biarkan saja telur bersauna dlm periuk dengan aman. 9. Sup telur dah pun siap, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang. 10. Kalau tak mau makan nasi, ratah gitu je pun sedap. Cukup karbohidrat, protein dan vitamin dalam tu. Acah-acah diet katanya.
Buat anda yang tak dapat dapat balik beraya di kampung, apa kata korang cuba beberapa juadah ringkas daging masak ala kampung yang boleh dicampurkan dengan sayur dalam menu ringkas tapi sedap untuk bangkitkan nostalgia raya di kampung.
.
ACAR TUMIS DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis
1/2 batang timun | potong memanjang
1/2 lobak merah | potong memanjang
10 ulas bawang merah | belah dua
6 ulas bawang putih | belah dua
3 cm halia muda | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili hijau | hiris memanjang
6 biji cili padi | buang tangkai
1 batang serai | titik
1/2 sudu makan biji sawi
1 sudu teh bijan
1 sudu makan pes cili kering
1/2 sudu makanan sos tomato
2 sudu makan cuka putih
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai titik, kacau rata, masukkan biji sawi.
Seketika kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi hingga garing.
Masukkan hirisan halia muda, bawang merah dan bawang putih.
Seterusnya masukkan daging, kacau hingga kecut, baru masukkan hiris timun, lobak merah, hirisan cili hijau dan merah serta cili padi.
Kacau lagi dan perasakan dengan sos tomato, cuka, garam dan gula secukup rasa.
Apabila sayur layu dan daging pun masak tutup api.
Acar daging sedia dihidangkan.
.
TUMIS DAGING RAMPAI PERIA BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis
1 biji peria katak | belah dua hiris sederhana
2ml santan pekat
2 batang serai | titik
1 biji bawang besar | hiris
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
1 batang serai
5 biji buah keras
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama serai titik hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga tumisan garing dan timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
Masukkan peria dan asam gelugor, kacau rata. Masukkan pula santan.
Biarkan terus mereneh hingga daging empuk dan kuah pekat.
Peraakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api.
HIdangkan Daging Tumis Darat Bersantan ini dengan nasi panas.
.
ASAM PEDAS BEREMPAH DAGING BERSAMA TERUNG: BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris lebar dan nipis
6 biji terung Siam
1 cawan air asam jawa
6 helai daun limau purut
6 biji tomato ceri | belah dua
2 kuntum bunga kantan | belah dua
2 batang serai | titik
6 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
5 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
3 batang serai | titik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
2cm belacan | bakar
3cm kunyit hidup
4 hirisan lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, bahan rempah penumis dan bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili kering kisar, kacau rata tumis hingga cili garing dan timbul minyak.
Kemudian masukkan daging dan lada hitam kisar, gaul rata hingga daging kecut.
Tambah air Asam Jawa, gaul rata dan tambah pula air secukupya.
Kacau dan biarkan mendidih, kemudian masukkan terung Siam, daun limau purut dan bunga kantan.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kacau perlahan dan biarkan hingga daging empuk.
Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan tutup api.
Terung John. Menu rendah karbo yang enak dan mampu menjadi salah satu hidangan bagi anda yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan. Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN: 1 biji terung panjang – potong memanjang 1 homemade beef patty/daging burger 3 biji telur Garam pink himalaya – beli online disini Serbuk lada hitam – beli online disini Sedikit daun ketumbar Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali. 2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan. 4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan. 5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan. 6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Lain orang, lain cara mereka membuat rendang kerana masakan autentik ini dipengaruhi oleh budaya dan juga etnik kaum. Namun rasanya hampir sama kerana menggunakan hampir 80 peratus bahan yang sama. Sesuai dengan musim covid dan tak boleh balik kampung dan nak masak rendang sendiri, ini ada 4 jenis rendang yang sangat sedap. Anda boleh cuba satu atau dua jenis rendang ini dengan berpandukan resipi yang dikongsikan di bawah.
RENDANG TOK BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1liter santan pekat/ santan kotak yang besar
5 sudu makan cili kering kisar
6 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | mayang halus
1 keping asam gelugor
1 keping kecil gula melaka
Garam dan gula secukup rasa BAHAN REMPAH SANGAI:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4cm halia
4cm lengkus
5 batang serai BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMBUAT:
Gaulkan daging dengan rempah yang disangai dan kisar halus tadi. Perap sekurang-kurangnya 3 jam. Paling baik perap semalaman.
Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali, tambah sedikit air dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk. Tutup api dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Masukkan cili kisar, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata.
Tambahkan santan, asam gelugor, kerisik dan gula melaka, sentiasa kacau dan masak dengan api sederhana. Bila pekat, kecilkan api terus kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit, gaul rata.
Tutup api, rendang sedia dihidangkan.
RENDANG DENDENG BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong besar
3 biji bawang besar| kisar
3 senduk cili kisar
4 batang serai | titik
4cm halia | titik
1 keping asam gelugor
1 cawan kicap manis
750ml air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMBUAT:
1. Hiris daging nipis dan lebar, kemudian tumbuk sekepin – sekeping.
2. Gaul daging yang telah ditumbuk dengan kicap dan perap sekurang-kurangnya sejam.
3. Goreng daging dengan api sederhana dan toskan minyak.
4. Keluarkan minyak goreng daging tadi, tinggal secukupnya saja untuk menumis.
5. Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak.
6. Masukkan serai, halia dan asam gelugor serta air rebusan daging. Kacau rata dan reneh hingga kuah pekat.
7. Masukkan daging yang telah digoreng, kecilkan api dan kacau hingga garing.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
RENDANG AYAM PENCEN: BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam pencen | potong sederhana besar
2 cawan pati santan
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyut | mayang halus
3 batang serai | titik
3 sudu makan kerisik
1 liter air
3 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR:
8 ulas bawang mera
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
4 batang serai | hiris halus BAHAN REMPAH PENUMIS:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan penumis, tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar bersama cili kisar, tumis hingga pecah minyak menggunakan api sederhana.
Masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air. Tutup periuk dan masak hingga ayam empuk (sekali sekala kacau).
Tuangkan santan ke dalamnya, kacau rata dan masukkan asam keping.
Apabila kuah pekat masukkan kerisik, kecilkan api.
Masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan timbul minyak, tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
RENDANG KERANG BAHAN-BAHAN: 500gm isi kerang yang telah direbus dan dikopek 1 cawan pati santan 2 seduk cili kisar 1 seduk kerisik 2 sudu makan gula melaka yang dihiris halus 2 helai daun limau purut | mayang halus 1 helai daun kunyit | mayang halus 1 keping asam gelugor Garam gula secukup rasa
4 sudu makan minyak | untuk menumis BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
2 cm halia
3 batang serai
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisara hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga pecah minyak dan bahan tumisan garing.
Masukkan santan, asam gelugor, kacau rata.
Bila kuah agak kering masukkan kerang dan kerisik.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan hirisan daun limau purut dan kunyit.