Bila bab kuih-kuih tradisional, rasa kesedapan memang tidak dapat dinafikan lagi.
Kuih kacau labu, antara kuih tradisional yang popular di Johor Bahru. Rasanya yang lemak manis, sering dihidangkan pada majlis kenduri-kendara.
Resipi yang dikongsikan Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com ini, mudah je nak buat dan menggunakan bahan-bahan yang cukup ringkas.
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN:
350gm gula pasir – beli online di sini 400ml santan – beli online di sini 500 ml air 50gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air 1.5kg labu 5 biji telur | dipukul kembang 2 helai daun pandan Garam
1. Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.
Ads
Kredit resipi: Muzzammil Mustafa Sani (dapur.maskulin.com)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tauhu cireng memang jadi kegemaran ramai, terutamanya bila dinikmati panas-panas dengan sos pencicah pedas manis atau sambal kicap. Kudapan popular dari Indonesia ini terkenal dengan tekstur luar yang rangup, tapi dalamnya lembut dan kenyal.
Resipi ini sesuai dijadikan kudapan petang atau hidangan ringan waktu santai bersama keluarga. Rahsianya terletak pada adunan tepung dan teknik menggoreng, pastikan api sederhana supaya tauhu masak sekata dan tak serap minyak berlebihan.
TAUHU CIRENG
BAHAN-BAHAN:
5 biji tauhu – potong 2
1/2 sudu kecil garam
BAHAN CAMPURAN TEPUNG:
1 cawan tepung ubi kayu
1/2 sudu stok ayam
1/2 sudu serbuk lada sulah
1/2 sudu serbuk bawang putih
BAHAN SAMBAL KICAP:
4 biji bawang merah
6 biji bawang putih
7 tangkai cili api
Kicap lemak manis
Air limau
Garam & Gula secukup rasa
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih muih melayu memang enak rasanya. Tambah pula dapat yang kena dengan citarasa. Bukan setakat satu nak rasa, boleh habis sepinggan. Nak dapat yang memenuhi citarasa memang sukar, ada saja kurangnya , mungkin rasa lemak manisnya tiada.
Kuih Kacang Hijau antara kuih yang mengembalikan nostalgia lama kita. Mungkin ada di antara kita terkenang ibu pernah membuatnya semasa kecil.
Mungkin juga ada yang membantu ibu menjual kuih ini di pasar sehari. Rindu akan kenangan dulu, tak salah kita cuba buat kuih kegemaran ramai ini.Boleh cuba buat ikut resepi yang dikongsikan ini. Resepi ini dapat hasilkan 20 biji kuih kacang hijau.
KUIH KACANG HIJAU
Bahan-bahan:
250gm kacang hijau
2 senduk kelapa parut
3 senduk gula ikut manis yang kita suka
untuk salutan celup tepung:
1 cawan tepung beras cap teratai
1 sudu tepung jagung (optional)
1 sudu air kapur.makan
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
Cara membuat:
Rendam kacang hijau 1-2 jam.Kemudian rebus.
Agak kering air, letak gula. Gaul sampai kering dengan api perlahan.
Letak kelapa dan tunggu sejuk. Saya letak dalam peti sejuk sebab buat malam. Pagi tu.keluarkan, bentukkan macam ini. Pastikan padat kalau tidak berderai masa goreng.
Salah satu hidangan yang mudah disediakan untuk menjamu seisi keluarga adalah cucur ikan bilis. Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
• 1 labu bawang besar (potong dadu) (BELI DI SINI)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
• 3 cawan air panas secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!