Sotong Goreng Tepung ni memang sedap. Kalau makan cicah sos, pergh…terasa bagai makan di tepi pantai Terengganu. Bagi anda yang nak masak menu ni untuk keluarga, saudari Zaimah Zakaria ada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Berikut adalah bahan dan cara membuatnya.
CARA MASAK SOTONG GORENG TEPUNG YANG SEDAP & MUDAH
Menu malam selalunya hidangan tidak terlalu berat tetapi lain dengan menu mudah ni, jika dihidangkan tentu menjadi rebutan silap gaya tinggal pinggan kosong jer. Apa kata jika sotong masih berbaki dalam simpanan buatkan sahaja resipi ini untuk anak-anak gerenti laku keras!
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Kentang potong panjang-panjang. Kemudian sumbat padat-padat dalam sotong.
2. Tepung Bistari campur dengan tepung beras dan telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair.
3. Celup-celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil. Dah siap goreng, makan dan confirm sedap!
Kongsi resipi: Khairil Bariah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Masak Lemak Cili Api Siput Belitong campur Daun Kaduk ni. Siput Belitong ini juga dikenali dengan nama siput sedut. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk memproses siput ini dari awal. Menerusi perkongsian saudari Yatie Yuyue, beliau kongsikan cara-cara menyiang Siput Belitong hinggalah ke proses memasaknya. Selamat mencuba!
CARA SIANG SIPUT SEDUT & MASAK LEMAK CILI API
BAHAN CUCI SIPUT: Siput sedut / siput belitong Kelapa parut Garam kasar – beli online disini Daun limau purut
BAHAN-BAHAN MASAK: Daun kaduk – lagi banyak lagi sedap 1 biji bawang holland – beli online disini 8 biji bawang merah kecil – beli online disini Segenggam cili api 3 batang serai – diketuk Asam keping – beli online disini 1 ketul kunyit hidup 1 kotak santan – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan lumpur pada siput. Kemudian letak dalam bekas berisi kelapa parut.
2. Biarkan siput memakan kelapa parut yang tidak dicampur denga napa-apa bahan lain selama semalaman. Ia akan menjadikan siput lebih berisi, berlemak dan berjus.
3. Selepas semalaman, bila siput sudah makan kelapa parut, ia kana mengeluarkan kotoran selut, pasir, dan sebagainya. Barulah lebih bersih dan rasa enak bila dimasak.
4. Bersihkan siput dari kelapa parut tadi. Letak dalam bekas, isi air, garam kasar dan daun limau purut untuk mengeluarkan lendir.
5. Biarkan selama 10 minit kemudian ramas-ramas siput bersama daun limau purut. Tapis.
6. Untuk menyiang siput, lakukan sebegini. (kredit pada empunya gambar kerana empunya resipi lupa untuk ambil gambar sendiri)
7. Siput sedut yang siap dipotong hujung ekornya.
8. Untuk memasak, kisar bahan-bahan rencah. Masukkan ke dalam periuk bersama serai dan masak hingga mendidih.
9. Masukkan asam keping kemudian masukkan santan kotak. 10. Seterusnya masukkan siput yang telah dibersihkan, garam dan juga gula dengan secukup rasa.
11. Bila mendidih dalam 5 minit, masukkan daun kaduk. Masak lagi seketika.
12. Bila daun kaduk mula layu, padamkan api dan siap untuk dihidang.
Apakata tengahari ni kita makan sajian barat. Sajian berasaskan daging, ayam dan udang memang sungguh wow sedapnya. Boleh dimakan dengan roti dan crepe atau makan dimakan begitu sahaja pun enak.
Ni min kongsikan 5 variasi sajian barat untuk makan tengahari dan malam. Resipi dari Azian , Hassan, penulis buku masakan. Min dah try memang lazat.
1. DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih. 2. Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan. 3. Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan. 4. Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan. 5. Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih. 6. Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim 7. Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 25 hingga 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. AYAM PANGGANG DENGAN NENAS
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ayam dan tos ayam dengan menggunakan tisu dapur 2. Lumurkan ayam dengan garam,serbuk lada hitam dan lada sulah 3. Sementara itu panaskan mentega didalam kuali 4. Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan madu. 5. Masukkan apple cider, jus oren nenas dan cili merah. 6. Bancuhkan tepung jagung bersama air dan masukkan kedalam kuali. 7. Masak sehingga kuah pekat 8. Letakkan ayam keatas dulang pembakar 9. Tuangkan kuah tadi keatas ayam . 10. Panaskan ketuhar, dan bakar ayam di dalamnya dengan suhu 250 C selama 40-45 minit.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis masakan : Sajian barat fusion Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas menjadikan ayam panggang lebih lazat Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF: Sajian barat dengan sentuhan rasa tempatan. Lazat dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.
3. CREPE BERINTI BAYAM DAN AYAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan crepe :
Bahan inti :
CARA MEMASAK:
Cara membuat Crepe: 1.Ayak tepung bersama garam. Ketepikan 2.Pukul telur sehingga kembang dan masukkan telur ke dalam adunan. 3.Kacau adunan hingga sebati. 4. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan terus mengacau adunan. 5. Pastikan adunan tidak berketul. 6. Biarkan adunan seketika untuk 1 jam 7. Selepas itu bolehlah di panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega 8. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan seperti membuat pan cake atau lempeng.
Cara membuat inti : 1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu. 2. Masukkan isi ayam, bawang putih, halia ,serbuk cili, garam masala dan garam. 3. Selepas itu masukkan tomato dan bayam 4. Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 20 – 30 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sajian barat fusion Keistimewaan : Sajian crepe berkhasiat dengan gabungan inti ayam dan bayam Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Usah membuat crepe yang terlalu tebal kerana ia menenggelamkan keenakan rasa inti ayam bayam.
4. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega 2. Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu. 3. Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan. 4. Tuangkan air sedikit demi sedikit 5. Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian. 6. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian barat Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman. Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
5. SPAGHETTI UDANG
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAKNYA : 1. Rebuskan dan toskan spaghetti, ketepikan 2. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan bawang putih dan masak sehingga wangi. 3. Masukkan serbuk paprika, serbuk lada hitam,tomato dan stok ayam 4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan udang dan sotong 5. Masak selama 2-3 minit dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Akhir sekali masukkan spaghetti tadi dan gaul. 6. Taburkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Pasta Keistimewaan : Spaghetti Makanan Laut memang lazat dengan ramuan udang segar Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF: Selain udang dan sotong, anda boleh sahaja memasukkan makanan laut yang lain seperti kekapis, kerang, kepah dan sebagainya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!