Untitled design (37)

Kek yang ada bahan keju memang lemak berkrim. Tapi jika anda tak berapa suka rasa muak boleh dicampurkan ramuan oren di dalamnya.

Resepi yang dikongsikan Azlina Ina Fans ni adalah kek kukus berperasa oren sebenar dan cordial Sunquick. Memang onz lah rasanya. Meh kita cuba

SUNNQUICK MELTING CHEESE LELEH

Sunquick Melting Cheese Leleh, Memang Meleleh Lah Air Liur.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1 biji oren | parut kulit oren, ketepikan
  • 5 biji telur
  • 1sudu besar ovalette
  • 1 cawan gula halus
  • ½ cawan minyak

1sudu besar sunquick kordial
2sudu kecil pewarna oren
1sudu kecil oren pes
* Satukan dan kacau sampai warna oren bertukar jadi oren pucat

Sementara tu ayakkan semua bahan kering :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung self rising
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1sudu kecil cream off tartar

CARA MEMASAK :
1. Pukul telur dan masukkan gula sampai kembang .
2. Kemudian masukkan tepung (bahan kering) sedikit demi sedikit.
2. Jangan lupa perlahankan kelajuan mixer dulu
3. Masukkan setengah cawan minyak
4. Bila dah sebati , matikan mixer dan masukkan parutan kulit oren dan bahan -bahan lain kacaukan.
5.Pastikan pengukus panas, kukus kek dalam bekas loyang,biarkan 10 minit api besar dan kemudian sederhana
6. Bila dah siap masak, terbalikkan dan biarkan sejuk.
pastikan pengukus panas

IKLAN
Sunquick Melting Cheese Leleh, Memang Meleleh Lah Air Liur.

Bahan topping :
500gm keju
3/4 tin susu pekat
1 cawan whipping dairy
1/2 cawan susu segar
1sudu besar cordial Sunquick

CARA MEMASAK :

  1. Kisar sampai sebati.
  2. Tuang atas kek dan cucuk-cucuk dengan garfu
  3. Ambil sedikit keju, letak cordial oren dan pewarna oren sedikit
  4. Leta katas kek dan lorekkan, hirisan limau mandarin yang kecil-kecil tu jadikan hiasan.
Sunquick Melting Cheese Leleh, Memang Meleleh Lah Air Liur.

Min suka dengan prinsip empunya resipi ni katanya jangan risau bagi resipi pada kawan-kawan sebab yang memberi rezeki itu Allah. Kalau pun orang yang menggunakan resipi pun niat nak berniaga, kita halalkan aje.

IKLAN

Sebab rezeki itu rahsia Allah,buat benda baik maka Allah datangkan yang baik-baik.

Sunquick Melting Cheese Leleh, Memang Meleleh Lah Air Liur.

Kredit : Azlina Ina Fans

FB : Sumber Resepi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI