Mood kuih raya dah mari. Ini antara yang menjadi kegemaran ramai, Strawberry Swiss Tart. Mudah guna acuan samperit saja. Buat banyak boleh beri pada ibu bapa bila pulang ke kampung nanti.
Strawberry Swiss Tart
Bahan-bahan:
250gm butter(saya guna jenama twin cows)
1/2 cawan gula aising(saya blend gula pasir)
1 1/2 cawan tepung gandum
Ads
1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan corn flakes(blend hingga hancur)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan coklat rice
Filling strawberry secukupnya
Cara membuat:
1.Satukan butter,gula aising dengan esen vanila.Kacau sebati.Saya guna senduk kayu.
2.Masukkan corn flakes hancur,diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.Gaul sebati.Adun hingga jadi doh.Jika doh masih lembik,boleh tambah tepung gandum lagi sedikit.Akhir sekali, masukkan coklat rice.Gaul sebati.
3.Saya guna acuan semperit, tekan sikit di tengah biskut.Tekan guna jari,supaya ada ruang untuk letak filling tu nanti.
4.Isi filling strawberry dalam piping bag.Gunting di bawahnya dan isikan filling tadi di ruang tengah biskut.
Ads
5.Bakar selama 20 minit @ hingga masak. Guna api atas bawah. Suhu 180c.Suhu ni kena ikut oven masing-masing.
Kek buah kukus merupakan antara kek tradisional yang kekal popular hingga kini dan ia memang sedap. Tak rugi kalau kita belajar untuk membuatnya kerana tak ramai yang pandai membuat kek ini. Salah satu yang menarik perhatian ialah resipi kek buah perkongsian PuanHasniza Hassan ni.
Menurut beliau, kek buah kukus ini ada sejarahnya yang tersendiri buat keluarga dimana resipinya dipelajari oleh ibu Puan Hasniza sendiri daripada emak kawan baiknya. Hampir 50 tahun ibu beliau buat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.
Kini diusia 76 tahun, kepakaran ibu telah diwariskan kepada Puan Hasniza dan beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan semua yang ingin mencuba.
KEK BUAH KUKUS KLASIK
BAHAN A:
600gm tepung gandum
4 sudu teh Cream of Tartars
2 sudu teh Bicarbonate of Soda
300gm Mixed Fruit (gaul semua dan ketepikan)
BAHAN B:
450gm marjerin planta
225gm gula halus (biasanya mak Kak Has akan kisar halus gula kasar)
5 biji telur ayam gred B/A
3 sudu teh esen vanila (pukul semua bahan sehingga ringan)
BAHAN C:
225gm gula kasar
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula kisar halus. Pukul hingga ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan B. Gaul hingga sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan seketika.
6. Untuk bahan C, goreng gula kasar dalam kuali hingga mendidih dan berbuih. Jangan masukkan air.
7. Sentiasa kacau gula semasa menggoreng supaya semua gula larut sekata.
8. Setelah gula berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek. Gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.
9. Paling baik jika ada 2 orang membuatnya. Seorang tuang gula, seorang lagi kacau adunan. Namun perlu berhati-hati kerana gula panas.
10. Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.
11. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
12. Mak Kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.
13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.
17. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi, video & foto sepenuhnya: FB Hasniza Hassan
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Sesuai dihidang di Hari Raya, di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.
Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.
Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA
BAHAN-BAHAN :.
1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Dengan hanya menggunakan 3 bahan, anda boleh hasilkan kek milo yang super sedap. Sangat mudah dan jimat. Tak guna tepung pun kek tetap lembut dan gebu.Lihat cara-cara membuatnya yang dikongsi oleh Puan Noriza Awang Hamat. Gerenti jadi!