
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Sesuai dihidang di Hari Raya, di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.
Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.
Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA
BAHAN-BAHAN :.
- 1 kg kacang hijau
- 1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
- Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
- Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
- Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
- Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
- Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
- Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Sumber : FB :Pen Hitam Dot Com
Resipi Roti Pisang Rangup ‘Terpaling Sedap,’ Tak Sampai 15 Minit Dah Siap!

Apa sarapan anda pagi ini? Kalau anda sudah jemu dengan makanan seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng dan makanan berat yang seangkatan dengannya, apa kata anda cuba menu berasaskan roti pula.
Resipi roti pisang rangup yang dikongsikan oleh Syukz Aziz memang paling mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun ringkas dan senang nak dapat.
RESIPI ROTI PISANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telur
Gula perang ( boleh juga tabur gula putih tapi tabur sedikit sahaja)- Beli sini
Cheddar cheese (tiada pun tidak mengapa, boleh tabur gula sahaja)
CARA MEMBUAT:
1. Sapu majerin di atas roti.
2. Susun pisang ikut kreatif sendiri.
3. Sapu lagi majerin dan sapu kuning telur.
4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.
6. Bakar pakai air fryer. Yang tidak ada air fryer boleh pakai oven.- Beli sini
7. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Syukz Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Himpunan 30 Resipi Menu Sahur Terbaik Sepanjang Bulan Ramadan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Bila tiba puasa dan menjelangnya hari raya, ramai yang mula membuat biskut raya. Walaupun tahun ini Syawal tidak dapat disambut di kampung halaman seperti kebiasaan, tetapi kemeriahannya masih boleh dirasai. Beraya di kota pun tak mengapa. Asalkan keluarga tercinta ada bersama. Di musim PKP ni juga membawa seribu kebaikan. Ini kerana ramai yang mula belajar buat biskut raya sendiri. Baguslah…Inilah masanya nak tunjuk kepakaran masing-masing. Bagi anda yang nak cuba buat Biskut Tat Teratai, resipi perkongsian saudari Nor Haslina Md Nor ni boleh dicuba. Nampak sedap kan? Jom cuba.
CARA MEMBUAT BISKUT TAT TERATAI
BAHAN-BAHAN:
- 140gm mentega – apa-apa jenama
- 100gm marjerin
- 60gm gula ising
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 330gm tepung red rose
- 50gm tepung jagung
- Jem nanas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung red rose dan tepung jagung. Ketepikan.
2. Pukul mentega, marjerin dan gula ising hingga sebati.
3. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebati sekali lagi.
4. Masukkan tepung. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Kalau terlalu lembik, boleh tambah tepung red rose sedikit demi sedikit.
5. Bulatkan doh, balut dengan plastik dan rehatkan dalam chiller selama 15-20 minit.
6. Keluarkan doh, canai setebal 3mm dan terap menggunakan acuan biskut jakarta 6 kelopak atau 5 kelopak.
7. Masukkan doh yang diterap ke dalam ‘paper cup’ dan susun atas dulang pembakar. Isikan jem nanas secukupnya.
8. Jika suka, boleh hias Tat Nanas mengikut kreativiti masing-masing.
9. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar biskut pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah. ( Masa dan suhu mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing)
10. Bila sudah masak, sejukkan sebelum disimpan dalam balang kedap udara.
INFO:
1. Satu adunan ini boleh dapat dalam 80 keping biskut. Bergantung pada ketebalan doh yang dicanai.
2. Tepung red rose bukan tepung gandum cap bunga ros ya. Tepung red rose adalah tepung khas untuk buat biskut.
3. tepung red rose ada dijual di kedai alatan bakeri. Ia sama dengan tepung biskut. Hasil bila menggunakan tepung ini adalah biskut akan jadi lebih rangup, sedap dan tahan lama.
4. Untuk membentuk jem nanas yang bulat begitu, sapukan sedikit marjerin di tangan dan bulatkan jem.
Kredit resipi & foto: Nor Haslina Md Nor
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik, Bolehlah Cuba Ye.

Satu ketika dulu cup cake atau kek cawan begitu viral dan menjadi kegilaan umum kerana comel dan cantik hiasannya. Sebab tu rambang mata bila melihat kreativiti hiasan topping dan pelbagai jenis bentuk dan warna. Sungguh menggoda selera dan memang sesuai sebagai pemanis mulut atau dijadikan sebagai buah tangan bila ziarah sanak saudara mahupun handai taulan.
KEK CAWAN MENTEGA BERKRIM OREN
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji kuning telur
- 4 biji putih telur
- 250gm mentega
- 225 gram gula kastor
BAHAN DIAYAK SEKALI:
- 250gm tepung naik sendiri
- 1sudu teh serbuk penaik
- Secubit serbuk kulit kayu manis
- Secubit garam halus
BAHAN KRIM MENTEGA OREN
- 250gm shortening
- 125gm krim Well
- 125gm gula aising
- 1 sudu teh perasa oren
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 160 selama 15 minit sebelum membakar kek
- Putar mentega sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan gula. Putar lagi sehingga halus.
- Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan sebati pada setiap kali telur dimasukkan.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
- Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
- Sementara itu sediakan krim mentega oren.
- Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang
- Masukkan gula aising ke dalam adunan dan perasa oren. Pukul sehingga kembang dan putih
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi
KEK CAWAN VANILLA COKLAT GANACHE
BAHAN-BAHAN:
- 320gm tepung naik sendiri
- 17gm soda bikarbonat
- 3gm garam
- 120gm mentega
- 4biji telur putih
- 305gm susu penuh
- 11gm mentega
- 280gm gula halus
- 1sudu teh esen vanilla
- Buah ceri untuk hiasan
BAHAN KRIM MENTEGA:
- 250gm shortening
- 125gram krimwell
- 125 gm gula aising
BAHAN CHOCOLATE GANACHE
- 20gm krim segar
- 200gm coklat masak | dipotong dadu kecil
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
- Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul mentega bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau hingga adunan sebati.
- Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan.
- Sementara itu sediakan krim mentega.
- Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang. Masukkan gula aising ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan putih
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi.
- Untuk chocolate ganache, Panaskan krim segar, bila kelihatan mahu mendidih tutup api.
- Masukkan coklat dan kacau sehingga cair.
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda.
- Paip dengan cantik di atas krim atas kek cawan tadi, kemudian hias di atasnya dengan buah ceri.
- Kek cawan sedia dihidangkan.
KEK CAWAN PISANG WALNUT BERKRIM KEJU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 4 biji putih telur
- 50gm gula perang
BAHAN B:
- 4 biji kuning telur
- 250gm mentega
- 250gm gula perang
- 2 cawan krim keju
- 2 cawan tepung kek
- 1 cawan walnut | cincang halus
- 1/2 cawan susu segar
- 4 sudu besar koko
- 1 sudu teh pes coklat
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN KRIM KEJU
- 500gm krim keju
- 250gm mentega
- 1 3/4 gula aising
- 1/2 cawan krim putar | dipukul berasingan
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
- Putar mentega dengan gula dan esen vanilla hingga kembang dan gebu.
- Sambil terus memutar, Masukkan telur satu per satu diikuti dengan susu segar.
- Kemudian masukkan koko, pes coklat dan keju. Putar sehingga sebati.
- Sambil memutar dengan kelajuan rendah, Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Kemudian putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan sebati.
- Masukkan bahan A dan gaul sebati.
- Masukkan walnut dan gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
- Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
- Sementara itu sediakan krim keju. Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
- Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
- Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
- Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.
- Paipkan di sekeliling permukaan kek cawan dan paipkan karemel di tengah-tengahnya.
- Kek cawan sedia dihidangkan.
KEK CAWAN COKLAT MOIST
BAHAN BAHAN:
- 375gm tepung naik sendiri
- 150gm serbuk koko
- 10gmm soda
- 462ml minyak
- 350ml air panas
- 1 tin susu cair
- 3gm garam
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN COKLAT GANACHE
- 200gm krim segar
- 200gm coklat masak | potong kecil
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
- Dengan menggunakan mixer atau whisk, adunkan tepung, koko gula berserta soda yang telah diayak bersama tadi.
- Masukkan minyak ke dalam adunan dan diikuti dengan air panas dan garam.
- Masukkan susu cair dan telur satu persatu.
- Masukkan esen vanilla.
- Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
- Bakar di dalam kretuhar pada suhu 160C selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan.
- Sementara itu, sediakan coklat
- Panaskan krim segar, apabila nampak hampir mendidih tutup api.
- Masukkan coklat dan kacau sehingga cair.
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
- Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan taburkan atasnya butiran manik.
KEK CAWAN COKLAT BELGIUM BERKRIM KEJU KAREMEL
BAHAN-BAHAN:
- 120gm mentega
- 200gm gula
- 150gm gula perang
- 2 biji telur
- 250gm tepung naik sendiri
- 60gm serbuk koko
- 6gm soda bikarbonat
- 200gm air panas
- 110gm susu segar
BAHAN KRIM KEJU
- 500gm krim keju
- 250gm mentega
- 1 3/4 gula aising
- 1/2cawan krim putar | dipukul berasingan
BAHAN SALTED CARAMEL
- 1 cawan gula
- 90gm mentega
- 1/2 cawan krim
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.
- Ayak dua kali campuran tepung , serbuk koko dan soda bikarbonat.
- Putarkan mentega gula dan gula perang sehingga gebu.
- Masukkan telur satu persatu.
- Masukkan tepung, dan putar lagi.
- Apabila sebati, masukkan air panas dan susu segar.
- Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan
- Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
- Sementara itu sediakan krim keju. Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
- Masukkan gula aising dan adun lagi hingga sebati.
- Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
- Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.
- Seterusnya sediakan salted caramel.
- Panaskan gula sehingga bertukar menjadi warna keperang perangan.
- Tambahkan krim dan garam.
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzel.
- Paipkan krim keju di atas kek cawan, kemudian hias dengan biji coklat di atasnya.
- Akhir sekali paipkan di atasnya dengan salted caramel.
- Sedia dihidangkan.
KEK CAWAN KEJU BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
- 2 biji putih telur
- 25gm gula kastor
BAHAN B
- 2 biji kuning telur
- 250gm keju krim
- 75gm gula kastor
- 3 sudu tepung kastard
- 1/2 cawan mayones
- 150gm coklat hitam | cairkan
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C (LAPISAN BAWAH)
- 200gm biskut coklat | hancurkan
- 20gm gula castor
- 75gm mentega cair
BAHAN CREAM CHEESE FROSTING
- 500gm krim keju
- 250gm mentega
- 1 3/4 gula aising
- 1/2 cawan krim putar | dipukul berasingan
CARA MEMASAK:
- Putar bahan A hingga gebu dan bertanduk. Ketepikan.
- Masukkan bahan C di dalam bekas kek cawan. Tekan supaya padat dan rata. Ketepikan bila siap.
- Putar keju dengan gula dan mayones hingga gebu. Masukkan telur satu persatu sambal terus memutar.
- Diikuti dengan esen vanilla, coklat hitam dan tepung kastard. Putar hingga sebati
- Masukkan bahan A dan gaul sebati.
- Tuang adunan ke atas biskut di dalam bekas kek cawan tadi. Ratakan
- Letakkan bekas berisi adunan di dalam ketuhar. Bakar pada suhu 200 C selama 20 – 30minit.
- Sementara itu sediakan krim keju. Kemudian masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
- Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
- Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
- Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
- Paip dengan cantik di atas kek cawan dan sedia dihidangkan.
KEK CAWAN PISANG KELAPA SARI
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 200gm mentega
- 200gm gula perang
- 300gm tepung gandum
- 3 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 20gm kelapa parut | sanggai hingga kuning
- 300gm pisang masak ranum
- 50ml susu segar
- 1sudu teh serbuk kulit kayu manis
BAHAN KRIM MENTEGA:
- 250gram shortening
- 125gram krimwell
- 125 gram gula aising
- Pewarna merah jambu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
- Ayak tepung dua kali bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ketepikan.
- Lecek pisang hingga hancur dan campurkan dengan susu. Kemudian gaul sebati dan ketepikan.
- Putar mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati.
- Masukkan tepung berselang seli dengan adunan pisang bermula dengan tepung dan diakhiri dengan tepung. Gaul sebati.
- Masukkan kelapa dan serbuk kulit kayu manis dan gaul sebati.
- Tuang adunan ke dalam bekas kek cawandan ratakan.
- Bakar di dalam ketuhar selama 20- 30 minit.
- Sementara itu sediakan krim mentega.
- Pukul shortening dan krim hingga putih dan kembang. Masukkan gula aising dan apewarna merah jambu ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan putih
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle
- . Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan hidangkan
KEK CAWAN KELAPA HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 2 biji kuning telur
- 250gm mentega
- 250gm gula kastor halus
- 150gm tepung naik sendiri
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 150gmm kelapa parut | sanggai hingga kuning
- 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
BAHAN KRIM MENTEGA
- 250gram shortening
- 125gram krimwell
- 125 gram gula aising
- Sedikit perasa strawberi
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.
- Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk penaik dua kali. Ketepikan.
- Putar mentega hingga lembut. Masukkan gula.
- Putar sehingga gebu dan Masukkan telur satu persatu.
- Apabila sebati, Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan kelapa. Gaul rata.
- Masukkan serbuk kulit kayu manis dan serbuk pala. Gaul sebati.
- Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan.
- Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
- Sementara itu sediakan krim mentega.
- Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang.
- Masukkan gula aising dan perasa strawberi ke dalam adunan.
- Putar sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
- Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi.
- Sedia dihidangkan.
KEK CAWAN MENTEGA BERKRIM OREO
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji kuning telur
- 4 biji putih telur
- 250gm mentega
- 225 gram gula kastor
BAHAN DIAYAK SEKALI:
- 250gm tepung naik sendiri
- 1sudu the serbuk penaik
- Secubit serbuk kulit kayu manis
- Secubit garam halus
BAHAN KRIM MENTEGA OREO
- 250gram shortening
- 125gram krimwell
- 125 gram gula aising
- 1 paket biskut oreng | lima keping dihancurkan, selebihnya untuk hiasan,
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 160 selama 15 minit sebelum membakar kek.
- Putar mentega sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan gula. Putar lagi sehingga halus.
- Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan sebati pada setiap kali telur dimasukkan.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
- Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
- Sementara itu sediakan krim mentega oren.
- Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang gebu.
- Masukkan gula aising ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan masukkan oreo yang dihancurkan tadi. Gaul rata
- Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda.
- Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan hias di atasnya dengan kepingan oreo.
KEK CAWAN COKLAT BELGIUM BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
- 120gm mentega
- 200gm gula
- 150gm gula perang
- 2 biji telur
- 250gm tepung naik sendiri
- 60gm serbuk koko
- 6gm soda bikarbonat
- 200gm air panas
- 110gm susu segar
BAHAN KRIM MENTEGA
- 250gm shortening
- 125gm krimwell
- 125gm gula aising
- Pewarna hijau, kuning, biru dan merah jambu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.
- Ayak dua kali campuran tepung , serbuk koko dan soda bikarbonat.
- Putarkan mentega gula dan gula perang sehingga gebu.
- Masukkan telur satu persatu.
- Masukkan tepung, dan putar lagi.
- Apabila sebati, masukkan air panas dan susu segar.
- 7.Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
- Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
- Sementara itu sediakan krim keju.
- 10.Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
- Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
- Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
- Warnakan krim kepada warna biru, hijau, merah jambu dan kuning
- Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.