Jom cuba resipi Kuetiau Sizzling perkongsian saudari Afy Al Habibi ni. Biasanya kita makan Sizzling Yee Mee kan? Kali ni boleh guna kuetiau pula.
Tak perlu ke medan selera untuk menikmati Sizzling yang enak dan sedap. Dengan adanya resipi ini, anda boleh masak sendiri. Nak makan dengan nasi pun boleh.
Bahan-bahannya tidak banyak malah boleh disediakan dalam kuantiti yang sedikit. Nak masak lebih pun taka da masalah. Gandakan sahaja sukatan bahannya. Jom cuba!
Kuetiau
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
3 hirisan halia
3 tangkai cili kering – rendam air panas seketika – beli online disini
Ayam – potong kecil
Secubit lada hitam kisar – beli online disini
Secubit lada sulah
Serbuk perasa secukupnya
1 ½ cawan air
Air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung + 1/4 gelas air)
Hirisan cendawan shitake – beli online disini
Telur
Pak choy – celur
Minyak masak secukupnya
Resipi Mi Champa versi Tahrunnisa Jali ni memang gerenti sedap, tengok rupa pun dah cukup membangkit selera.
.
Kata Tahrunnisa “Mi Champa pedas berasap ni boleh berpeluh satu badan, hari ni saya share resipi yang pasti meleleh air hidung”.
Tu dia berani sahut cabaran rasa dari Tahrunnisa ni. Jom follow resipi yang dikongsikan dalam FB nya
MI CHAMPA
.
BAHAN KUAH
CARA MEMASAK : 1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita .. 2. Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. 3. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya. Masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi, kali ini rebus sehingga daging empuk.Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
.
4. Sementara daging kita empuk , anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering,kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
.
5. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi.Masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. 6. Rebuslah dengan api perlahan, sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.
SAMBAL LADA
.
Bahan sambal lada :
CARA MEMASAKNYA : 1. Rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap
MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan minyak bawang putih : 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus 1 cawan minyak jagung
CARA MEMASAKNYA : 1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api .
BAHAN LAIN:
CARA HIDANGAN: 1. Masa nak makan tu kan bolehlah letak kicap, perah asam limau, letak sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.
Sedapnya Mee Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mee ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mee goreng daging simple perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni? Jom semak resipi di bawah.
CARA MASAK MEE GORENG DAGING SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk hingga wangi.
2.Masukkan cili kisar. Masak hingga garing dan masukkan daging.
3.Tambahkan sedikit air dan biarkan daging empuk.
4.Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub pati daging, gula dan sedikit sahaja garam. Biarkan mereneh sebentar.
5.Seterusnya masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, diikuti hirisan lobak merah dan juga sawi.
6.Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos.
7.Gaul rata dan masak hingga mee menjadi lembut.
8. Mee Goreng Daging siap dimasak dan bolehlah dihidang dengan taburan bawang goreng dan daun sup.
Raya tak lama lagi, masih mencari resipi biskut raya yang mudah dan sedap, boleh cuba buat Biskut Bangkit Cheese ni. Buat dengan anak-anak, sekejap je siap. Sedapnya aroma biskut yang baru dibakar dengan campuran keju parut dan teksturnya yang gebu dan cair di mulut. Sebotol makan pun tak perasan habis!