
Raya tak lama lagi, masih mencari resipi biskut raya yang mudah dan sedap, boleh cuba buat Biskut Bangkit Cheese ni. Buat dengan anak-anak, sekejap je siap. Sedapnya aroma biskut yang baru dibakar dengan campuran keju parut dan teksturnya yang gebu dan cair di mulut. Sebotol makan pun tak perasan habis!
Boleh cuba resipi Bangkit Cheese yang dikongsikan oleh Puan Elyani Khai ini.
“Bangkit Cheese gabungan cream cheese + cheese cheddar parut”
Bahan-Bahan:
Adunan A
150gm cream chesse Tantura (suhu bilik)
250gm buttercup (seketul)
1 cawan gula halus/100gm
2 biji kuning telur
▶Mixer gula dan butter sampai putih , masukkan cream chesse,telur sampai sebati )
3 cawan tepung ubi kayu (sangai)
2 1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
(**ayak semua)
1 sudu kecil esen vanilla
30gm Chesse Cheddar parut. (Timbang yang ketul, baru parut halus)

Cara Membuat:
1. Masukkn bahan-bahan ayak ni dalam adunan A. Kacau sebati dan uli sampai tak melekat di jari. Jika adunan lembik tambah sikit-sikit tepung ubi, masukkan chesse parut.

2. Dah uli, biarkan dalam bekas 30 minit. Terapkan dengan acuan yang anda suka.

3.Bakar suhu 170 api atas bawah selama 30 minit. Betul garing ye, baru sedap, bila gigit terasa cheese parut.
Siap!

Selamat Mencuba.
RASA: Sedapnya. Terasa lemak keju biskut bangkit cheese ni. Nak buat pun mudah, memang kena cuba di rumah nanti untuk hidangan raya nanti.
Anda mungkin berminat dengan
Sumber: Elyani Khai
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

