Sos caramel ni drizzle atas kopi memang memang sedap rasanya. Boleh tahan juga harganya kalau anda membeli. Apa kata buat sendiri, bila bila nak guna sos ini,ada di dapur.Dikongsikan cara membuat.Wangi bau sos caramel satu rumah bila anda membuatnya.
SOS CARAMEL HOMEMADE
Bahan-bahan:
200g gula
50g air
80g fresh krim
50g unsalted butter
Cara membuat:
1.Set api sederhana,panaskan 200g gula dan 50g air dalam periuk.
2.Biarkan air gula mendidih sehingga bertukar warna,tutup api.
3.Masukkan 80g fresh cream(masa ni akan menggelegak kuat,kacau)
4.Masukkan 50g unsalted butter,kacau hingga sebati dan siap.
(Boleh tambah garam dan vanilla jika suka)
5.Siap sos caramel.
Tapi ada beberapa tip yang korang kena alert masa buat caramel ni;
1. Peralatan diguna kena betul. Sebaiknya guna sudip masa masak sos. Senang nak scrap off caramel dari pot nanti.
Elakkan guna spatula besi nanti karamel jadi cepat berketul.
2. Jangan kacau air gula sebelum masuk bahan lain. Kalau risau gula cair tak sekata seeloknya goyang-goyangkan
saja kuali sampai gula jadi serata.
3. Sebaiknya guna unsalted butter, senang nak kawal amaun garam dalam caramel kita nanti, guna butter yang berkualiti
sebab semakin baik bahannya semakin sedap caramel tu nanti. Recommended guna pure butter.
4. Kalau ada gula yang jadi berketul selepas tutup api jangan risau,boleh buka semula api masa nak larutkan butter tu.
Masa ni pastikan sentiasa kacau ye.
5. Bersabar dan jangan tinggalkan masakan. Nak buat sos ni senang sangat, cuma kalau tak fokus boleh jadi cepat hangus
caramel tu.
Taburkan gelatin di dalam air sejuk. Biarkan kembang selama 10 minit. Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga cair.
Putar krim keju dan gula kastor menggunakan mesin pengadun sehingga adunan licin dan tidak berketul. Masukkan yogurt dan krim putar.
Masukkan mangga yang telah dipotong dadu dan kacau perlahan menggunakan spatula atau senduk. Tambahkan larutan gelatin dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.
Tuang puri mangga di atas puding sebagai hiasan dan penambah rasa.
Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.
PUDING AISKRIM OREO
BAHAN-BAHAN:
8gm serbuk agar-agar
100gm gula – boleh beli online di sini
500gm air
250gm krim putar
200gm susu segar
4 sudu makan aiskrim vanila
200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK:
Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
Selesai menikmati juadah utama, pasti anda terasa puas jika dapat menikmati pencuci mulut yang manis dan menyamankan rasa. Hari ni Min nak kongsi empat lagi sajian ‘dessert’ yang pasti memuaskan citarasa selera anda.
Tiga resipi berikut ini adalah dari Kinrara Resort, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan The Pearl Hotel KL. Bila lapang nanti bolehlah cuba…
1.ENGLISH TRIFFLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span vanila :
7 biji telur
100 ml susu penuh krim
350 gm gula halus
1 sudu makan esen vanila
40 gm ovallete
330 gm tepung naik sendiri
175 ml minyak masak
Bahan jeli :
25 gm serbuk jeli perisa strawberi
1 liter air panas
Bahan krim kastad :
500 ml susu penuh krim
30 gm tepung kastad
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK : Cara masak kek span vanila: 1. Pukul telur hingga kembang. 2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang. 3. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati. 4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak. Cara masak jeli : 1. Kacau air panas bersama serbuk jeli hingga larut. Cara masak krim kastad : 1. Masukkan susu dan gula sehingga mendidih. 2. Larutkan kuning telur dengan tepung kastad, kalau masih berketul masukkan sedikit air untuk melarutkan tepung kastad. 3. Setelah air susu mendidih masukkan larutan kastad tadi dan kacau hingga masak sehingga tiada ketulan. Cara membuat lapisan English Triffle : 1. Buang kulit luar kek span dan ukur ikut saiz cawan . Masukkan ke dalam cawan. 2. Potong hirisan buah ikut citarasa. 3. Tuang jeli yang masih panas tadi ke dalam cawan. 4. Setelah jeli sejuk, tuang kastad krim dan simpan dalam peti ais. 5. Setelah sejuk ia sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gabungan jeli dan kastad memberi rasa manis dan lemak berkrim. Pencuci mulut ini adalah menu tradisional dari Britain.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’ Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Gabungan kek, jeli dan kastad menjadikan ia ‘dessert’ yang digemari semua.
2. Tiramisu Cake
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek vanila span :
17 biji telur
100 gm susu penuh krim
350 gm gula
1 sudu makan esen vanila
40 gm ovallete
330 gm tepung naik sendiri
175 ml minyak masak
Bahan untuk krim mentega : Meringue:
100 ml putih telur
50 gm gula
Air gula :
70 ml air
125 gm gula
500 gm mentega
Bahan air sapuan perisa kopi:
300 ml air panas
200 gm gula
2 sudu makan kopi (nescafe)
* Campur semua dan kacau hingga sebati.
Bahan untuk krim tiramisu :
250 gm keju mascarpone
5 biji kuning telur
300 gm krim mentega (hasil dari resipi krim mentega)
150 ml krim masakan
CARA MEMASAK : Cara masak kek span vanila : 1.Pukul telur hingga kembang. 2.Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang. 3.Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati. 4.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak. Cara masak krim mentega (butter cream) : 1. Buat meringue, pukul telur putih dan gula hingga kembang. 2. Buat air gula, masak air dan gula sehingga gula menjadi pekat. 3. Pukul mentega sehingga lembut dan tiada biji. 4. Setelah mentega lembut masukkan adunan gula sedikit demi sedikit. 5. Akhir sekali masukkan adunan meringue sedikit demi sedikit, dan pukul 5 hingga 10 minit. Cara masak krim tiramisu : 1. Pukul mascarpone sehingga lembut dan gebu. 2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit. 3. Masukkan krim mentega dan kacau hingga sebati 4. Akhir sekali masukkan krim masakan sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra. Cara membuat kek tiramisu 1. Bersihkan kek span (buang kulit) dan potong ikut saiz cawan yang digunakan. 2. Sapukan merata air gula,air kopi di atas kek 3. Ulangi langkah tadi sekali lagi hingga lapisan terakhir. 4. Sejukkan dan ia sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tiramisu diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pilih saya. Ia adalah pencuci mulut berperisa kopi berasal dari negara Itali.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’ Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ia boleh dibuat sehari lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Rasa kopi akan lebih sebati dan mesra dalam tiramisu ini
3. PANNA COTTA JELLY KISMIS
BAHAN-BAHAN :
2 cawan susu segar
2 sudu kecil gelatin /dicampur bersama 3 sudu makan air panas.
1/4 cawan gula halus
1 sudu teh pati atau esen vanilla
Bahan untuk puri kismis :
1/2 cawan kismis /dikisar
1 atau 1/2 sudu teh gula/ jika tidak mahu manis kurangkan lagi
Sedikit air /cukup sekadar untuk dikisar
CARA MEMASAK : 1. Masukkan gelatin ke dalam air panas. 2. Kacau dan biarkan ia mengembang. 3. Ambil periuk lain dan masakkan susu dengan gula dengan api yang sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk. 4 .Tuangkan ke dalam bekas atau gelas yang sesua 5 .Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 45 minit. 6 .Sementara itu, sediakan puri kismis 7. Kisar kismis hingga halus, kemudian masukkan gula dan sedikit air 8. Kacau hingga sebati dan tuangkan keatas gelas berisi panna cotta tadi 9. Sejukkan semula dalam peti sejuk selama 5 minit 10. Sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 1 jam Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Manis dan enak berkrim
INFO CHEF: ‘Panna Cotta’ adalah puding lembut berasal dari Itali. Ia bermaksud krim yang dimasak. Selain puri kismis boleh digantikan dengan buah-buahn beri seperti strawberi.
Pau goreng inti kacang merah yang rangup dan sedap sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan. Buat doh pau lebih sikit boleh juga diisikan dengan inti lain atau juga goreng kosong.
Pau goreng macam ni memang sedap untuk dijadikan menu ketika sarapan mahupun minum petang. Pau goreng berinti kacang merah, inti sambal antara yang menjadi pilihan ramai. Rangup di luar lembut di dalam.
Makan dengan keluarga sambil minum kopi atau teh cukup menyelerakan. Makan pula panas-panas memang tak cukup satu. Bolehlah cuba nanti!
Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu
Bahan-bahan:
800 gram tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar planta
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil gula
½ gelas air suam
1 peket yis
Air sejuk secukupnya
Cara Memasak:
Masukkan gula, yis & air suam. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.
Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat & bancuhan yis.
Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air tu masukkan sedikit2 ye supaya doh tak terlebih air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Kemudian rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda.
Kemudian, tumbuk2 manja sikit doh gitu, supaya udara keluar.
Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah & bulat2kan. Buat sendiri letak inti meriah gitu.
Dalam dulang untuk susun pau tu, pastikan taburkan dengan tepung dulu. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.
Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana.
Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknye turun.