Musim cuti sekolah dah nak tiba, agak-agak jadi mak dekat rumah ni mesti runsing sikit nak fikir menu apa nak masak bila anak-anak ada dekat rumah. Anak-anak kalau dah dekat rumah memang kerjanya makan je kan musim cuti sekolah ni. Asyik nak order delivery je pun tak best juga. Jom cuba resipi Roti John Homemade yang sedap ni! Anak-anak pasti sukakan menu macam ni. Resipi ni telah dikongsikan oleh Salimah Olie di Facebook, jom cuba!
ROTI JOHN HOMEMADE
Nak masak resipi Roti John Homemade ni kena guna non stick pan baru mudah kerja kita. Boleh dapatkan Shogun 36cm IH Marble Non Stick Wok dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5DISINI!!
Petang ni teringin nak makan pai . Kadang beli tak memenuhi cita rasa. Boleh cuba buat sendiri dengan resipi yang dikongsi oleh Zaliha Mohamed. Sejenis pai yang “savoury” iaitu pai yang tidak manis. Savoury pie atau pai yang mengandungi sama ada daging atau ikan yang dicampur bersama sayur-sayuran. Ini bahan dan cara membuatnya.
PAI TUNA
Bahan Pastri:- 350gm tepung gandum 200gm butter – lembut 110gm yogurt 1 kuning telur 1 sudu kecil gula Secubit garam
Cara-caranya:-
Gaul kesemua bahan kecuali yogurt .dah agak sebati, masukkan yogurt. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Simpan dalam peti ais dalam 20 min. Sementara itu, boleh la buat intinya.
Inti Tuna Flakes:- 1 tin tuna flakes in water ayam brand 1/2 batang lobak merah- dadu kecil 1/2 biji lada benggala hijau/merah – dadu kecil 1/ 2 biji bawang besar (holland) – potong dadu 4 ulas bawang putih – cincang 1 batang sadery – hiris nipis 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil lada sulah 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air) 2 sudu besar minyak zaitun
Cara-caranya:- 1.Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga layu. 2.Masukkan sayur-sayuran kecuali lada benggala. 3.Masukkan “Tuna flakes in water Ayam Brands”.
4.Perisa kan dengan garam, serbuk lada hitam & lada sulah. 5.Masukkan lada benggala dan air tepung jagung. Dah nampak memekat, tutup api. Siap dan sejukkan. 6.Keluarkan doh. Canai dan letak doh yang di canai ke dalam acuan atau bekas yang hendak di gunakan.
7.Cucuk-cucuk dengan garfu. Loyang atau bekas pakai buang.
8.Isikan inti dan tutup dengan adunan si atasnya. Cucuk-cucuk dengan garfu.
9.Sapukan kuning telur dan bakar dalam oven dengan suhu 170°c atau sesuaikan dengan oven masing-masing selama 35 min atau sehingga masak kekuningan.
Sambal ikan goreng berapi ini memang nampak simple. Tapi sambal macam ini lah yang boleh buat kita makan nasi bertambah-tambah.
Memang simple tapi sangat membuka selera. Kalau makan dengan nasi putih panas-panas dah tak perlu lauk lain dah. Makan dengan sambal ini pun dah cukup.
Lebih-lebih lagi bagi yang jenis suka makan nasi kering-kering, tak perlu yang berkuah. Memang sambal ini pilihan tepat.
Ni dia kek pandan kukus lembut, gebu gabas yang enak dimakan masa berkumpul dengan keluarga.
Resipi perkongsian dari Rossita Omar ni tengok ramuannya pun dah tahu sedap. Kukus aje pasti lembab dan enak dinikmati bersama. Kaya dan wangi dengan aroma pandan.
KEK PANDAN KUKUS
BAHAN-BAHAN :
Bahan A: 1 cwn tepung gandum ( tokma guna tepung cap bunga ros) 1 sudu teh soda bikarbonat. ¹/2 sudu teh baking powder. Di ayak bersama.
Bahan B: ¹/4 cwn minyak masak ¹/4 cwn susu cair.
Bahan C : 3 biji telur gred A ¹/2 sudu teh garam 1 sudu mkn ovelet ¹/2 cwn gula pasir. 1 penutup vanilla 1 sudu mkn Pandan Emulco.
CARA MEMASAK : 1. Mix C hingga gebu. 2. Masukkan B. Mix hingga sebati. 3. Last masukkan C. Mix hingga sebati jgk. 4. Tuang dlm acuan yg tlh dioles minyak.
5. Kukus hingga masak. 6. Tokma kukus lbh kurang setengah jam guna api sederhana..
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...