Kuih Cek Mek Molek kuih tradisi kegemaran orang pantai timur. Ramai yang tahu kuih Cek mek Molek ni kebiasaannya menggunakan keledek berwarna oren barulah naik berseri kuih Cek Mek Molek ni. Tapi tak ramai yang tahu macam mana nak dapatkan kuih Cek mek Molek yang jelita. Hari ni admin nak kongsikan rahsia kejelitaan kuih Cek Mek Molek yang mungkin ramai lagi yang tertanya-tanya dan masih gagal buat kuih Cek Mek Molek ni.
Ada beberapa tip yang boleh di cuba antaranya adalah:
Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.
(bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).
Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi kulit. Lepas tu, baru perlahankan api.
IKLAN
*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.
*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.
**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan buang sikit air gula sebab manis sangat
Ada tip lain untuk adunan pula yang pastikan jangan derhaka takut tak jadi jelita kuih Cek Mek Molek nanti:
*Bahagian ni susah bab nak bagi sukatan sebab bergantung pada ‘keadaan’ ubi. Ada ubi ok. Kadang-kadang nasib tak baik, terkena ubi lembik walaupun jenis sama.
Yang saya guna ni, ubi keledek yang kulit OREN KEMERAHAN (isi oren).
Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk – kasi kering air (jangan letak air banyak sangat).
IKLAN
Saya sejukkan depan kipas *pastikan kipas bersih tak bersawang
Lenyek ubi, saya lenyek dengan tapak gelas je (nak tumbuk pakai lesung pun boleh)
Uli bila ubi dah sejuk. Masukkan gandum sikit demi sedikit, uli sampai tepung tak lekat pada tangan. Pastikan jangan banyak tepung. Nanti keras.
Tepung ni nk bagi ubi keledek jadi doh je. Sikit je guna.
***Ada tips letak baking powder, ada yang letak marjerin. Untuk adunan saya guna ni, saya guna tepung gandum je. Garam dah letak masa rebus ubi. Tapi kalau rasa tak cukup masin, boleh tambah masa uli.
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Kuih orang dulu-dulu memang sedap sesangat. Tak pernah jemu dimakan. Apam gula merah adalah salah satu kuih legend yang ramai orang suka. Sesuailah dimasak kalau ada tetamu nak datang berziarah ke rumah. Mesti tetamu suka. Hidang pula dengan teh O panas-panas. Sesuai sungguh.
APAM GULA MERAH
Bahan A
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
Bahan B
11 gram yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 sudu teh gula halus
Bahan C
4 cawan tepung gandum
secubit garam
Cara memasak
1. Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak hingga gula larut.
2. Tapis dan sejukkan.
3. Dalam bekas lain satukan Bahan B dan kacau. Biarkan lima minit atau sehingga berbuih.
4. Seterusnya, satukan Bahan C ke dalam mangkuk besar. Masukkan sekali Bahan A yang telah disejukkan. Kacau gunakan whisk.
5. Setelah sebati, tutup dan perapkan selama 1 jam.
6. Sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian tuangkan adunan dalam acuan.
7. Kukus selama 20 minit.
8. Angkat dan sejukkan.
Karipap antara kuih yang digemari ramai rakyat Malaysia. Kalau anda dan ahli keluarga menggemarinya, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Intan Rosmina ini. Ia mudah dan hasilnya gerenti tidak menyesal buat. Tak boleh untuk klim tepinya boleh guna acuan yang ada dijual dipasaran, kerana yang pentingnya ialah kulit karipap rangup, inti sedap.
KARIPAP BAHAN-BAHAN: INTI: 1 biji bawang besar | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 1 inci halia | kisar 1 sudu makan perencah sup 2 sudu makan serbuk kari daging 1 sudu makan gula Garam secukup rasa 3-4 biji keledek/4-5 biji kentang | dadu kecil 1 seduk daging kisar Daun bawang/ sup | dihiris 4 sudu makan minyak masak KULIT: 1/2 kg tepung gandum 2 biji telur 2 sudu makan majerin 3 sudu makan minyak masak 1 sudu teh garam 1 cawan air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti: Panaskaan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan campuran rempah sup dan kari yang dibancuh dengan air (lebih kurang satu cawan), terus tumis atas api sederhana hingga pecah minyak.
Masukkan daging kisar, kacau lagi sehingga daging bertukar warna baru masukkan kentang atau keledek yang telah didadu.
Tambah sedikit air untuk melembutkan kentang atau keledek lembut.
Setelah lembut, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau inti hingga garing dan masukkan daun sup atau bawang.
Tutup api, dan gaul rata. Ketepikan dan biarkan sejuk.
Seterusnya buat pastrinya. Panaskn minyak dan majerin.
Tuangkan ke dalam tepung gaul dengan mesra sambil gembur-gemburkan tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
Masukkan pula telur dan gaul lagi.
Larutkan garam dengan air dan tuangkan ke dalam tepung sedikit demi sedidkit gaul dan uli hingga jadi doh.
Kemudian biar seketika beberapa minit.
Kemudian canaikan doh tadi ikut saiz yang disukai, masukkan inti dan klimkan jadikan bentuk karipap.
Panaskn minyak dengan api sederhana, apabila masukkan karipan ke dalamnya, kecilkan api dan sentiasa balik-balikkannya hingga garing.