Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 

Asyik terkurung saja di rumah, boleh membuatkan otak kita tepu kerana tak dapat nak buat aktiviti kebiasaan sebelum ini.

Rindu nak makan bersama kawan, lepak di café sambil makan dan berborak. Namun tak apa. Kita bawa suasana café ke dalam rumah dengan membuat resipi Roti Gulung Ala Sushi, hasil ciptaan Keroroyz Royz ini.

Resipi ini boleh menghasilkan hidangan 8 hingga 10 roti gulung.

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 

BAHAN-BAHAN:

8-10 keping roti tawar | leperkan – beli online di sini
Minyak (untuk menggoreng)
2-3 keping seaweed | potong 4 – beli online di sini

BAHAN-BAHAN INTI:

2 ketul sosej | dicelur, potong sebesar mancis memanjang
4 ketul crab stick | dicelur, dihiris memanjang – beli online di sini
1/2 biji timun jepun | buang biji, hiris panjang
1/2 biji lobak merah | potong sebesar mancis 1/2cm memanjang dicelur – beli online  di sini 

BAHAN-BAHAN SAPUAN:

3 sudu makan mayonis
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu kecil susu pekat manis – beli online di sini

IKLAN

BAHAN-BAHAN PENCELUP:

1 biji telur | dipukul ringan
30g serbuk roti oren – beli online di sini
Sos (kacau rata)
50g mayonis – beli online di sini
1/2 sudu makan sos cili – beli online di sini
1/2 sudu makan sos tomato – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Campurkan bahan sapuan iaitu mayonis, jus limau dan susu pekat. Sejukkan di dalam peti sejuk.

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 
2. Ambil sekeping roti sapukan bahan sapuan.

IKLAN

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 
3. Lapiskan dengan seaweed. Letakkan bahan inti, gulung kemas dan lekatkan telur dihujungnya.

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 
4. Celupkan ke dalam telur, salutkan dengan serbuk roti.

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 
5. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan. Atau boleh juga menggunakan air fryer. Panaskan air fryer selama 2,3 minit pada suhu 160c. Kemudian, bakar selama 7 minit. Hidangkan bersama sos.

IKLAN

Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win! 

 

*inti boleh tukar dengan omelette, udang goreng dan lain-lain.

Kredit resipi & foto: Keroroyz Royz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:   

Resipi Tauhu Berlauk Berhantu. Sekali Makan, Memang Tak Berhenti 

Nikmatnya Dapat Makan Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus Ni

5 Resipi Ketam Yang Umpph! Pasti Menjilat Jari 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:   

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI