Masih tercari-cari menu yang boleh dihidangkan untuk minum petang nanti? Apakata buat menu yang diolah oleh Chef Abang Brian ni. Anak-anak kalau dengan keju pasti menyukainya. Anchor Cheese Slices ini boleh dijadikan sebagai satu bahan tambahan mudah dalam sesuatu masakan yang boleh digunakan pada bila-bila masa, yang akan menjadikan rasa masakan tu memang rasa sedap dan berkrim! Jomlah cuba buat.

BEBOLA SALMON KEJU ANCHOR

Snek Enak Guna Keju Ni Gerenti Jadi Rebutan Anak-Anak

Bahan-bahan:

Bahan A :

  • 2 cawan beras sushi
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar kecil gula kastor
  • 1 sudu kecil cuka putih

Bahan B :

  • 12 keping Anchor Cheese Slices
  • 2 sudu besar Anchor Butter (Unsalted)
  • 1/2 cawan bawang kuning, dicincang
  • 1/2 cawan lada benggala, dicincang
  • 2 helai daun bawang, dihiris nipis
  • 150g salmon, dibakar dan dicarik-carik
  • 6 kepingan seaweed

Untuk sos: 

  • 2 sudu besar mayo + 1 sudu besar wasabi

Untuk hiasan:

  • Daun bawang, bijan dan radish

Cara Memasak:

IKLAN
  1. Tanak bahan A seperti nasi biasa dalam periuk nasi elektrik. Biarkan menyejuk sebelum digunakan.
  2. Dalam kuali leper, tumiskan bahan B sehingga cukup lembut. Biarkan menyejuk.
  3. Dalam mangkuk besar gaulkan nasi bersama bahan tumis B, salmon dan seaweed yang dihancurkan.
  4. Gunakan 6 kepingan Anchor Cheese Slices untuk dijadikan bentuk bebola. Salutkan dengan campuran nasi dan ikan salmon. Padatkan dan bentukkan bebola besar.
  5. Letakkan bebola nasi atas loyang pembakar dan letakkan sekeping Anchor Cheese Slices atas setiap satu bebola. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C atau sehingga keju cair dan keperangan.
  6. Hidangkan dengan sos mayo wasabi dan hiaskan dengan daun bawang, bijan dan radish.

Snek Enak Guna Keju Ni Gerenti Jadi Rebutan Anak-AnakMAC AND CHEESE SAMBAL TEMPE

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm Anchor Cheese Slices
  • 200gm Anchor Cheese Slices | dihiris kasar
  • 2 ½ cawan Anchor Cooking Cream
  • 1 ½ cawan Anchor Susu UHT
  • ½ cawan Anchor Butter (Unsalted)
  • 450g pasta elbow, dimasak ikut arahan paket
  • ½ cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Lada hitam

Sambal Tempe

Bahan tumbuk:

  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 biji cili api
  • 1 paket tempeh, dipotong dadu dan digoreng garing
  • Gula dan garam secukup rasa

Untuk hiasan:

IKLAN
  • Cili merah, ketumbar 

CARA MEMASAK:

  1. Dalam kuali tumiskan bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sehingga lembut. Kisarkan dan gaulkan bersama tempeh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  2. Dalam periuk, cairkan Anchor Unsalted Butter. Masukkan tepung gandum sekali gus dan masak sambil mengacau sehingga bau tepung menghilang. Masukkan Anchor Susu UHT sambil mengacau. Masukkan Anchor Cooking Cream dan reneh sehingga memekat. Tutupkan api. Gaulkan bersama sambal tempeh yang disediakan di langkah 1 dan Anchor Cheese Slices yang dihiris kasar.
  3. Gaulkan bersama pasta yang telah dicelur. Tuangkan dalam loyang tahan haba. Susunkan Anchor Cheese Slices atas permukaan. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C untuk 15 minit atau sehingga keju cair dan mula menjadi keperangan.
  4. Taburkan cili merah dan daun ketumbar.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

IKLAN

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI