Jika ada kentang di dapur, boleh olah menjadi Jejari dan Bebola Kentang. Resipi mudah dan ringkas 2-dalam-1, tak perlu banyak bahan, tapi sedap dan berbaloi.
Buat kudap-kudapan ataupun minum petang menggunakan kentang ini memang sedap. Ini yang memudahkan ibu-ibu dalam menyediakan kudapan untuk anak-anak.
Jom cuba resipi perkongsian daripada Shai Anne Ahemed dalam menghasilkan Jejari dan Bebola Kentang ini. Berbaloi buat sebab satu resipi boleh menghasilkan dua menu.
Resipi Kentang Parmesan Rangup perkongsian saudari Khadijah Jaafar ini sangat mudah disediakan. Ia sesuai dijadikan snek dan juga kudapan ringan pada bila-bila masa. Malah ia juga boleh dijadikan sajian sampingan untuk aneka hidangan panggang dan bergoreng seperti Ayam Panggang, Chicken Chop, Lamb Grill dan bermacam-macam lagi. Sangat mengenyangkan malah disukai kanak-kanak juga. Jom cuba! Pasti ramai yang sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT KENTANG PARMESAN RANGUP YANG SEDAP & MUDAH
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan kentang, kupas kulit dan potong dadu sederhana. 2. Gaulkan ubi kentang tadi bersama minyak zaitun dengan secukupnya. Pada masa yang sama panaskan ketuhar pada suhu 200C. 3. Masukkan keju parmesan, rosemary, parsli dan serbuk bawang putih dengan secukupnya ke dalam mangkuk berisi kentang tadi. Kuantiti mengikut citarasa sendiri. Gaul rata.
4. Lapikkan dulang pembakar dengan baking paper dan sapukan dengan minyak. Kalau nak mudah gunakan cooking spray boleh dapatkan di kedai bakeri. 5. Susun ubi kentang di atas dulang. Bakar di dalam ketuhar selama 40-45 minit.
6. Selepas 30 minit, balik-balikkan kentang supaya kedua-dua bahagian masak dan rangup sekata. 7. Kentang Parmesan Rangup siap disediakan dan boleh dihidangkan. Kentang tetap kekal rangup walaupun dah sejuk.
Bertih jagung karamel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan bertih jagung enak buat anak-anak. Bolehlah makan sambil menonton TV di hujung minggu. Pasti best!
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Lokching; snek jalanan berupa sate ikan yang dinikmati bersama sos. Memang popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti kelantan dan Terengganu. Kalau dulu, lokching ni harganya 10sen sahaja secucuk. Sekarang, 5 cucuk pun dah RM2. Suka makan lokching? Jom buat sendiri. Lagi puas hati dan boleh makan puas-puas.
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang / sardin
1/2 biji bawang besar
1 1/2 cawan tepung ubi
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
Sedikit ajinomoto ( jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Hiris dan ceraikan isi ikan dari tulang.
2. Kemudian tumbuk isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. Boleh juga kisar.
3. Setelah ikan lumat, campurkan dengan tepung ubi, garam, baking soda dan ajinomoto. Uli hingga sebati.
4. Cubit doh dan gentel jadi bentuk bulat kecil. Lakukan hingga adunan habis. Bagi mengelakkan doh melekat pada tangan, sapu sedikit minyak masak.
5. Panaskan minyak dan goreng doh ikan tadi hingga garing. Angkat, toskan minyak dan cucuk pada lidi.
BAHAN SOS:
3 ulas bawang putih – tumbuk halus
1 1/2 cawan air
4 sudu makan air
Garam dan sedikit MSG
2 sudu makan tepung ubi – bancuh dengan sedikit air
Sedikit pewarna merah
CARA-CARA:
Tumis bawang putih tanpa minyak hingga kekuningan.
Kemudian masukkan air, gula, garam, MSG ( jika suka), bancuhan tepung ubi dan pewarna.
Jika suka sos pedas, tumis 2-3 biji cili padi tumbuk.
Untuk menikmati lokching, bakar sate ikan tadi hingga sedikit hangus. Kemudian nikmati bersama sos.