Memang sedap dapat makan bubur jagung sempoi untuk minum petang.Campur sagu pun sedap ikut citarasa masing-masing. Kalau pecah-pecahkan biskut wheat cracker campur dengan bubur jagung ni pun lagi sedap.
Bubur Jagung
Bahan-bahan:
1 tin cream styled corn (jenama Hosen)
1 tin jagung manis (jenama Hosen)
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula perang
Cara memasak:
1.Dalam periuk masukkan kedua-dua jagung dalam tin.
Ads
2.Tuang susu cair. Letakkan daun pandan dan gula perang.
Sekaya Telur; antara kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan. Agak sukar untuk mendapatkan kuih ini di bulan-bulan biasa namun jika di bulan puasa, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Teringin nak makan? Jom cuba resipi Sekaya Telur perkongsian saudari Imah Rahman. Nampak mudah dan sedap!
RESIPI SEKAYA TELUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan santan bersama gula dan manisan. Kacau hingga larut. Manisan perlu dipotong kecil dan dikisar halus terlebih dahulu supaya ia senang larut.
2. Masukkan telur. Kacau perlahan ( jangan pukul) hingga sebati.
3. Tambahkan garam dan esen vanilla. Sebatikan.
4. Tapis campuran dan tuang ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 25-30 minit atau hingga masak. Cucuk guna lidi, jika tidak melekat ia menandakan kuih telah masak.
5. Simpan seketika Sekaya Telur dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Wow… Kalau buat Egg Muffin begini untuk suami dan anak-anak, dijamin licin tak sempat nak pandang! Menu ini sesuai dinikmati pada bila-bila tidak kira sarapan, tengahari, minum petang atau makan malam. Sangat mengenyangkan. Cubalah resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ni. Anda pasti puas hati.
RESIPI EGG MUFFIN SEDAP & MUDAH
BAHAN A: Daging cincang – jumlah ikut selera 1 biji bawang holland – cincang Cili benggala merah/hijau/kuning – dadu halus Cendawan butang secukupnya – dadu halus – beli online disini Minyak masak Keju Mozzarella
i
recipe
egg muffin
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak, ambil sedikit bahan-bahan sayuran cincang tadi (kecuali keju) dan tumis hingga separuh masak.
2. Masukkan daging cincang. Tumis hingga masak.
3. Perasakan dengan sedikit garam. Ketepikan.
NOTA: Separuh lagi bahan-bahan cincang dibiarkan sahaj. Nanti akan digunakan untuk tabur sebelum dibakar.
BAHAN B: 5 biji telur 1 sudu teh baking powder – beli online disini Mixed herbs secukupnya – beli online disini Sedikit garam 1 sudu makan minyak (satukan semua bahan dan blender hingga kembang. Ketepikan)
CARA MEMASAK: 1. Griskan dulang pembakar ngan majerin. 2.Masukan inti daging yang telah ditumis tadi.
3.Taburkan lebihan bawang holland dan cili benggala di atas muffin. 4. Seterusnya tabur juga keju mozzarella. Jumlahnya ikut selera.
5. Tuang bancuhan telur.
6. Bakar muffin pada suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak. 7. Bila sudah masak, biarkan muffin sejuk terlebih dahulu baru dikeluarkan dari acuan.
8. Beef Eggs Muffin sedia dihidangkan bersama sos pilihan.
Sedapnya Jala Mas ni. Ia adalah salah satu manisan tradisi orang Kelantan. Jika di Pahang, ia merupakan salah satu bahan wajib ada dalam pembuatan manisan Puding Raja. Dek kerana harganya yang agak mahal, ramai yang beranggapan ia sangat susah disediakan. Tapi pengasas perniagaan bakeri online Mr Creampuffs, saudara Adri Oppa bermurah hati nak kongsi cara mudah untuk menyediakan manisan ini. Jadi bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Memang sedap dan jimat.
RESIPI JALA EMAS HOMEMADE #MRCREAMPUFFS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN AIR GULA:
CARA MEMASAK:
1. Satukan kuning telur, esen vanilla dan tepung jagung. Kacau guna garpu hingga sebati.
2. Tapis campuran kuning telur tadi dan masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
3. Bagi menyediakan air gula, masak semua bahan seperti biasa dan gulanya larut.
4. Keluarkan daun pandan dan bolehla mula menjala. Pastikan api yang digunakan kecil sahaja.
5. Untuk menjala, potong sedikit hujung piping bag dan picit adunan telur ke dalam periuk berisi air gula.
6. Dengan menggunakan lidi, angkat jala mas dan letak dalam tapis.
7. Ulang hingga habis. Kemudian bolehlah digunakan untuk membuat Puding Raja.
Cucur Ayam Crispy yang rangup di luar dan juicy di dalam. Ikuti resipi mudah menggunakan bahan ringkas yang sesuai dijadikan kudapan, sarapan atau minum petang seisi keluarga.