Hidang bubur ayam panas, diganding hebat dengan sayur kangkung goreng belacan dan sambal belacan. Walau nampak simple aje, tapi percayalah pasti makan bertambah-tambah. Sungguh menyelerakan.
BUBUR AYAM
Semangkuk beras
3 biji kentang
3 ketul ayam bahagian isi
bawang goreng
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
4 renjis minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras bersih. Selepas itu letakkan ayam di atas beras.
Ads
2. Isikan air 5 mangkuk yang sama sukat beras tadi. Masak sampai ayam empuk. Jangan gunakan api besar dan pastikan kacau setiap 5 minit untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
3. Keluarkan ayam bila sudah empuk. Isi ayam disiat-siat halus .
4. Masukkan isi ayam yang sudah disiat dalam periuk nasi tadi. Masukkan kentang, kiub ayam dan garam. Kacau hingga sebati.
5. Masak sampai kentang empuk. Akhir sekali tabur bawang goreng dan gaulkan sampai masak.
KANGKUNG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
*Cili padi
*Bawang putih
*Bawang merah
*Belacan
*Ikan bilis
Kangkung
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bahan-bahan bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu sos tiram 1 sudu dan secubit garam.
Ads
3. Masuk kangkung yang sudah dibasuh bersih dan kacau-kacau dalam 2 minit. Tutup Api (ingat tidak perlu tambah air)
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah
Cili merah
Cili padi
Belacan
CARA MEMASAK:
1. Gorengkan bahan-bahan sekejap.
Ads
2. Angkat dan tumbuk kasar.
3. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bahan yang ditumbuk tadi. Masuk satu sudu gula dan sedikit garam. Masakkan sehingga kering.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Siti Nur Sahida Ibrahim
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kali ini RASA kongsikan hidangan gaya orang Jawa. Try buat tau. Memang sedap dan mengenyangkan. Lontong kering memang agak rumit hendak dibuat sebab ada serondeng, ada sambal dan ada daging. Tapi percayalah, sangat berbaloi untuk dibuat sebab korang mesti puas makan.
LONTONG KERING DENGAN SERONDENG
.
SERONDENG KELAPA
50 tangkai cili kering
5 incI halia
15 batang serai
3 inci lengkuas
3 cawan udang kering
5 cawan ikan bilis
14 ulas bawang putih
25 ulas bawang merah
2 inc belacan
2 inc kunyit
Minyak masak untuk menumis
2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
CARA MEMBUAT SERONDENG KELAPA
1. Kisar semua bahan di atas kecuali kelapa, asam jawa dan gula.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula. Masaklah sehingga kuah pekat.
4. Setelah garing, masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering dan berderai.
BAHAN DAGING DENDENG
5 kg daging (hiris)
2 mangkuk kicap (untuk perap bersama daging)
Minyak masak secukupnya
15 ulas bawang putih (kisar)
20 ulas bawang merah (kisar)
5 inci halia (kisar)
2 inci lengkuas (kisar)
15 batang serai (kisar)
15 senduk besar lada (kisar)
10 senduk kicap lemak manis
CARA MEMBUAT DAGING DENDENG
1. Perap daging bersama kicap.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan daging. Kecilkan api. Biarkan sehingga masak. Kacau sekali-sekala supaya daging tidak hangus.
4. Masukkan kicap. Kacau lagi.
BAHAN SAMBAL KACANG TANAH DENGAN IKAN BILIS
Minyak masak untuk menumis
80 tangkai cili kering (kisar)
25 ulas bawang merah (kisar)
10 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
20 sudu kecil gula perang
1 kg kacang tanah (goreng)
1 kg ikan bilis (goreng)
CARA MEMBUAT SAMBAL KACANG TANAH DENGAN IKAN BILIS
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan serbuk pati ayam, garam dan gula perang.
3. Biarkan mendidih seketika dan biar mengering.
4. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis. Kacau sebati. Matikan api.
.
Selamat mencuba!
Sekali sekala jamu ahli keluarga dengan menghidangkan Nasi Kurma dengan Kari Ikan Jenahak memang terbaik. Kalau nak makan di luar memang mahal. Apa lagi di musin PKP yang mendesak ni, lebih baik kita buat sendiri lebih jimat dan terjamin rasa dan keselamatan anda dan keluarga. Jangan risau resipi ada di sini, ikut je.
NASI KURMA BAHAN-BAHAN: 3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit 3 sudu makan rempah kurma 2 kiub pati ayam 1 sudu makan mentega 3 sudu makan minyak masak 1 cawan susu cair 3 1/2 cawan air 2 helai daun pandan Sedikit daun ketumbar Sedikit daun pudina 1 biji tomato | potong dadu Garam secukup rasa REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 ulas buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih BAHAN HIRISAN: 1 biji bawang besar | hiris 3 ulas bawang putih | hiris 3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK: 1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis. 2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu. 3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. 4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa. 5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina. 6. Tutup semula periuk nasi. 7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
KARI IKAN JENAHAK BAHAN-BAHAN: 1kg ikan Jenahak 4 sudu makan rempah kari ikan 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu makan halba campur 1/2cawan air asam Jawa 250ml santan kotak 8 ulas bawang merah | hiris 5 ulas bawang putih | hiris 3cm halia muda | hiris memanjang 1 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya BAHAN ISIAN: 5 biji bendi 2 biji terung panjang 2 biji tomato 2 biji cili hijau 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
Sedapnya Nasi Kerabu Kuning perkongsian Dani J Thang ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal kelapa, tumis dan ayam percik. Biasanya kalau yang dijual di pasar malam, nasi kerabu yang nasinya berwarna biru. Kalau tiada bunga telang, boleh sahaja buat Nasi Kerabu Kuning ni. Sama sedapnya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat sesuai buat untuk hidangan keluarga pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI KERABU KUNING SEDAP & MUDAH
BAHAN NASI: Beras secukupnya Air – ikut jumlah beras yang digunakan Kunyit hidup atau serbuk – beli online disini 1 batang serai – diketuk Daun limau purut yang dibuang tulang tengahnya
CARA MEMASAK: Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi iaitu: 1. Rendam beras dalam air kunyit. 2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras & daun limau purut. 3. Pakai pewarna makanan sahaja. 4. Untuk memasak, tanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sampai masak.
BAHAN SAMBAL KELAPA: Ikan selayang / kembung – kalau ikan besar guna 2 ekor sudah cukup. Kalau kecil guna dalam 5-6 ekor 1 biji kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja 4-5 biji bawang merah kecil – beli online disini 3-4 ulas bawang putih – beli online disini Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Rebus ikan dengan sedikit garam. Bila sudah masak, asingkan tulangnya. 2. Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak dalam 10 minit lebih kurang. Jangan lama sangat untuk elak kelapa terlalu kering. Ketepikan. 3. Tumbuk isi ikan, kelapa parut dan bawang. Agak-agak pecah sahaja kecuali bawang perlu ditumbuk hingga lumat.
4. Masuk balik semua bahan yang ditumbuk ke dalam kuali. Perasakan dengan garam & gula secukupnya. 5. Buka api sederhana, kacau semua bahan hingga sebati anggaran dalam 5 min. Tutup api. Siap.
BAHAN KUAH TUMIS: 4 biji bawang merah besar 3-4 ulas bawang putih 1 biji bawang holland – beli online disini Cili kering sesuai kepedasan masing-masing – beli online disini 1 batang serai – diketuk 200ml santan – beli online disini Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa Budu
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan sehingga lumat 2. Ambil sedikit bahan kisar untuk perap ayam. 3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak (macam nak buat sambal) 4. Masukkan serai, santan & air secukupnya. Biar mendidih sambil dikacau sentiasa hingga santan masak cantik. 5. Semasa tambah air tadi, jangan banyak sangat. Kuah tumis ni nak kena sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Jika suka, boleh titiskan sedikit budu. Sesuaikan dengan selera. 7. Bila kuah tumis sudah masak cantik, padamkan api dan ketepikan.
BAHAN AYAM PERCIK SIMPLE:
Ayam Garam Bahan kisar yang asingkan sedikit tadi Kuah tumis
CARA MEMASAK:
1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang diasingkan sedikit tadi. 2. Bakar ayam. Bila hampir masak, ambik sedkit kuah tumis dan lumurkan pada ayam. Kemudian sambung bakar sampai masak. 3. Jika tiada arang, boleh masak cara ni. Sediakan kuali, letak sedikit minyak dan masukkan ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tidak melekat. 4. Bila agak ayam sudah separuh masak, masukkan sedikit kuah tumis tadi. 5. Masukkan juga sedikit air. Biarkan mendidih sehingga kedua sisi ayam masak. 6. Teruskan masak sampai kuah tadi menjadi pekat. Siap. 7. Hidangkan nasi kerabu bersama hirisan ulam, telur masin, keropok ikan, sesuai selera anda.
BAHAN SAMPIMGAN YANG LAIN: Hirisan ulam (bunga kantan, timun, serai, kacang panjang, daun serai kayu – boleh pelbagaikan ikut apa yang ada) Telur masin Keropok ikan