Empat Idea Bento Anak

Empat idea bento ini boleh dijadikan inspirasi untuk mak-mak yang sedang tercari-cari idea untuk membuat bento anak-anak ke sekolah.

Alamak. Macam susah je nak buat. Jangan risau. Kalau pun tak boleh ikut 100%, tapi boleh ambil serba sedikit idea yang dikongsikan ini kan? Semoga ia dapat menarik minat anak-anak untuk makan bekal yang dibawa.

 Empat Idea Bento Anak

 Bento Nasi Jepun Bersama Telur Tamagoyagi Dan Ayam Lemon

Empat Idea Bento Anak

 Bahan-Bahan Nasi Jepun:

750 gram beras Jepun

1 batang lobak merah    } Potong Dadu Kecil

6 biji cendawan butang  } Dibelah Dua

Sedikit marjerin untuk menumis

Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar (Nasi Jepun):

5 biji bawang merah

3 ulas bawang Putih – boleh beli online di sini

½ inci halia muda

Bahan Telur Tamagoyaki:

5 biji telur

30 gram gula kastor

15 gram serbuk Dashi

30ml Air Suam

Bahan Ayam Lemon:

4 ketul paha ayam

1 labu bawang besar – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

2 sudu makan Kordial Sunquick Oren

15ml jus lemon

30 gram Tepung Jagung

250ml air

Garam

Gula secukup rasa – boleh beli online di sini

Bahan Untuk Menghias:

Sedikit daun salad

Tomato ceri

Sedikit lobak merah } Direbus dahulu

Cara Memasak:

  1. Nasi Jepun: Basuh beras sehingga bersih dan tos.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga berbau harum.

3.Masukkan lobak merah dan cendawan butang.

4. Tambah air dan biarkan ia mendidih.

5.Campurkan semua bahan ke dalam periuk (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. Ketepikan.

  1. Untuk membuat Telur Tamagoyaki Gulung, campurkan semua bahan telur dan pukul sehingga kembang.
  2. Masak di dalam kuali tidak melekat menggunakan teknik seperti telur dadar.

8.Gulung dan ikat menggunakan Japanese Seaweed (Nori). Ketepikan.

IKLAN
  1. Untuk membuat Ayam Lemon, panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan kordial sunquick, jus lemon dan air biarkan mendidih.

12 .Pekatkan dengan tepung jagung dan perasa dengan garam serta gula secukup rasa.

13.Tuangkan sos ke atas paha ayam.

  1. Untuk menghias, lapikkan bekas makanan dengan daun salad.
  2. Susun paha ayam di bahagian belakang tambahkan potongan lobak merah yang direbus.

16.Letakkan Nasi Jepun (dibentuk menjadi seekor panda menggunakan kepingan Nori Jepun) di tengah-tengah hidangan.      

  1. Sandarkan Telur Tamagoyaki di sisi nasi tadi.

5.Hiaskan dengan cendawan butang dan juga tomato ceri.

Bento Mi Wantan Dua Budak Comel

Empat Idea Bento Anak

Bahan-Bahan Mi Wantan:

200 gram Mi Wantan  } Celur dan tos

50 gram Mi Wantan    } Dicelur dan digaulkan dengan kicap pekat untuk hiasan bebola ikan)

Sedikit air

Bahan Untuk Kuah:

Bahan A:

1 sudu makan minyak masak

3 biji bawang putih  } cincang – boleh beli online di sini

100 gram Kurma Cina

Bahan B:

1 Liter Air   

4  batang sawi Cina

2 ketul Bebola Ikan

100 gram Kek Ikan          } Hiris nipis

150 gram Sengkuang  } Potong Kasar

5 ekor Udang

Sedikit Gula boleh beli online di sini

 Garam

Lada Sulah

Cara Memasak:

  1. Untuk Mi Wantan: Masukkan air secukupnya ke dalam sebuah periuk, kemudian biar mendidih. Setelah itu celur Mi Wantan seketika. Bila masak, angkat dan tos. Ketepikan.
  2. Untuk Mi Wantan Hiasan: Celur Mi Wantan dan setelah masak, angkat dan tos. Kemudian gaul dengan kicap pekat. Ketepikan.
  3. Untuk memasak kuah: Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan hirisan kurma Cina.
  4. Setelah itu, masukkan air, diikuti oleh bebola ikan, kek ikan. Udang. Setelah hampir masak barulah masukkan sayur-sayuran seperti sengkuang dan Sawi Cina. Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh hingga benar-benar masak. Tutup api dan ketepikan.
  5. Untuk menghidang: Isikan Mi Wantan ke dalam bekas.Susunkan udang dan juga Sawi Cina.
  6. Gulung Mi Wantan yang digaulkan dengan kicap dengan penyucuk koktel dan cucukkan ke atas bebola ikan.
  7. Tuangkan kuah mi ke dalam mi.
  8. Taburkan hirisan jejari isi ketam di sekeliling mi. Sedia dihidangkan.

Bento Nasi Lemak Bersama Ikan Bilis

Empat Idea Bento Anak

IKLAN

Bahan-Bahan Untuk Nasi Lemak:

500 gram beras } Cuci Bersih dan tos

3cm halia      } hiris nipis – boleh beli online di sini

1 liter santan kelapa

1 liter air

3 helai daun pandan } simpul

1 sudu teh garam

Bahan Untuk Sambal Bilis:

500 gram ikan bilis  – Bahan untuk tumis dikisar  – boleh beli online di sini                              

8 biji bawang merah – Bahan untuk tumis dikisar – boleh beli online di sini 

3 ulas bawang putih  – Bahan untuk tumis dikisar – boleh beli online di sini

1 Labu bawang besar – Bahan untuk tumis dikisar

Sedikit belacan (pilihan) – Bahan untuk tumis dikisar

5 sudu besar cili giling

4 sudu makan air asam Jawa

4 sudu makan minyak masak

Bahan Untuk Hiasan:

60 gram ikan bilis

3 biji telur

1batang timun

Sedikit kacang tanah yang siap digoreng

Rumpai laut Jepun

Cara Memasak:

  1. Untuk nasi lemak: Satukan air, santan, beras yang telah dicuci, halia dan daun pandan di dalam periuk nasi. Perasa dengan garam secukupnya dan tanak nasi sehingga masak, anggaran selama 15 minit.Ketepikan.
  2. Untuk sambal tumis bilis: Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan tumis. Tumis sehingga tumisan naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Biarkan selama 12 minit dan tutup api. Ketepikan.
  5. Goreng ikan bilis untuk hiasan di dalam minyak yang panas sehingga garing dan rebus telur selama 10 minit hingga masak sepenuhnya. Ketepikan.
  6. Timun dibelah dia dan potong separuh bulat. Susun di bahagian bawah bekas makanan.
  7. Nasi dikepal menjadi bulat sebanyak tiga kepal. Gunakan Rumpai Laut Jepun untuk membuat mata dan mulut. Susun bebola nasi di atas timun.
  8. Kacang goreng diletakkan di antara bebola nasi (Sebelah Kiri). Ikan bilis goreng diletakkan di antara bebola nasi (Sebelah Kanan).
  9. Telur rebus dibelah enam dan disusun secara menegak di antara bebola nasi.
  10. Sebagai pelengkap, sambal ikan bilis dituang di atas bebola nasi.
  11. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.

Pulut Kuning Serunding Daging

Empat Idea Bento Anak

Bahan-Bahan Untuk Pulut Kuning:

300 gram beras pulut

IKLAN

500ml santan

1 sudu makan garam

Serbuk Kunyit

1 biji Ttelur puyuh

Bahan-Bahan Untuk Serunding Daging:

500 gram Daging   } Potong Nipis

500ml Santan

Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Menumis (kisar) :

10 biji bawang merah – boleh beli online di sini 

3 biji bawang putih – boleh beli online di sini

2cm halia – boleh beli online di sini

3 batang serai  

7 biji cili kering

1 sudu makan serbuk ketumbar

1 sudu makan jintan manis

Bahan Hiasan:

Daun salad

Kacang pis } rebus

Sedikit lobak merah } parut 

Rumpai laut secukupnya

Cara Memasak:

1.Untuk memasak pulut: Beras pulut dicuci dan direndam selama 15 minit. Masukkan serbuk kunyit untuk menjadikan pulut berwarna kuning.

  1. Toskan dan tanak beras pulut yang sudah direndam dengan kaedah mengukus selama lebih kurang 20 minit sehingga masak. Ketepikan.
  2. Untuk menyediakan Serunding: Masukkan daging ke dalam air dan reneh sehingga daging empuk. Setelah masak, tos daging dan biarkan ia sejuk. Ketepikan.
  3. Kemudian bahan tumis disatukan dan dikisar. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
  4. Daging yang telah disejukkan tadi dicarik halus. Masukkan daging yang dicarik ke dalam bahan tumisan dan masukkan santan. Perlahankan api dan kacau sehingga serunding menjadi kering. Setelah cukup kering, tutup api dan biar sejuk. Ketepikan.
  5. Setelah itu, rebus telur selama 7 minit hingga masak.
  6. Untuk menghidang: Pulut kuning dikepal menjadi bulat. Buat tiga kepalan nasi. Susun pulut tersebut di dalam bekas, menyerupai ulat bulu.
  7. Gunakan telur puyuh yang telah direbus sebagai kepala Ulat Bulu. Buat mata ulat bulu menggunakan sedikit Rumpai Laut Jepun. Sesungutnya menggunakan parutan lobak merah.
  8. Letakkan serunding daging di sekeliling pulut tersebut.
  9. Hiaskan dengan salad dan kacang pis. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Buat Nasi Lemak Letak Minyak Masak, Elok Kejadiannya Cantik Berkilat

Nasi Goreng Cina Lebih Enak Rasa Bila Letak Minyak Bijan

 

Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk Isi Ikan Goreng, Menu Imbau Kenangan Waktu Kecil

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

https://www.youtube.com/shorts/B3531IiLbg4

https://www.youtube.com/shorts/3OX4HgQyZ90

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI