Siapa je yang tidak suka dengan aiskrim Malaysia? Pendek kata semua orang menyukainya. Terimbau zaman kanak-kanak dulu makan aiskrim Malaysia. Aiskrim Asam Boi antara yang mempunyai ramai peminat setianya. Rasanya yang masam-masam manis membuatkan aiskrim ini sentiasa menjadi buruan. Nah ini dikongsikan resipi Aiskrim  Asam Boi yang dikongsikan oleh Ummu Ashraf

RESIPI AISKRIM ASAM BOI

Aiskrim Asam Boi Lebih Sedap, Ais Pun Lebih Halus, Boleh Ikut Resipi Ini

BAHAN-BAHAN:

2 cawan gula (kurang sikit pun boleh) – beli online
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter itu) – beli online
3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
24-30 biji asam boi – beli online
4-5 biji limau kasturi – beli online

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula dan asam boi.  Tujuan campur tepung jagung ialah untuk haluskan ais, limau kasturi pula supaya aiskrim tambah lagi sedap.

Aiskrim Asam Boi Lebih Sedap, Ais Pun Lebih Halus, Boleh Ikut Resipi Ini

2. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.

3. Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam.

Aiskrim Asam Boi Lebih Sedap, Ais Pun Lebih Halus, Boleh Ikut Resipi Ini

4. Sejukkan. Perahkan jus dari 4 atau 5 biji limau kasturi. Kacau.

5. Tapiskan air. Ketepikan asam boi.

6. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Tuang air asam boi. Ikat. Bekukan semalaman. Siap! Semoga ada yang gunakan resepi ini untuk buat jualan bagi menambah pendapatan. Ais memang halus. Sukatan ini boleh dapat 24 aiskrim.

Sumber kredit: Ummu Ashraf

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Sedapnya Air Mangga Bersusu Ni! Nak Buat Pun Mudah Je

Resipi Kerabu Pucuk Paku Simple Yang Mudah & Sedap

Ini Tip Buat Kulit Popia Homemade Menjadi & Lembut, Guna 3 Bahan 

Resipi Telur Dadar Garing Ala Kedai Thai. Bancuh Telur Guna 3 Bahan Je

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI