Hidang mudah dan senang untuk si bujang buat sambil tunjukkan skil memasak pada keluarga! Sesekali nak jugak abang sado masuk dapur untuk sajian malam bersama orang tersayang. Tak cuba tak tahu… Jom masuk dapur!

NASI GORENG DAGING ALA MEGAT

Sedapnya! 2 Menu Mudah Untuk Orang Bujang Tunjuk Skil Masak!

BAHAN-BAHAN:

  • 1  mangkuk kecil nasi putih
  • 1 sudu makan  cili kisar
  • 2 sudu  makan sayur campur
  • 2 ulas bawang putih| titik
  • 1 sudu teh udang kering | kisar
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak

BAHAN DAGING GORENG:

  • 4-5 hirisan daging yang telah direbus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1/2  sudu teh serbuk lada sulah

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar.
  2. Setelah garing, masukkan udang kering dan sayur campur. Terus kacau.
  3. Masukkan pula nasi, kacau rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Setelah masak, tutup api.
  5. Untuk sediakan daging goreng.  Gaulkan daging dengan sos tiram bawang putih dan lada sulah.
  6. Panaskan minyak, goreng lebih kurang 2-3 minit.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi goreng.

 

INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.

………

MI GORENG DAGING ALA KOREA

Sedapnya! 2 Menu Mudah Untuk Orang Bujang Tunjuk Skil Masak!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi
  • 100gm daging batang pinang | dihiris nipis
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 5 batang sawi |dihiris
  • Sedikit kubis panjang |dihiris
  • 5 biji cili api | dihiris
  • 3 ulas bawang  putih |ditumbuk
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

UNTUK HIASAN:

  • 2 pokok daun bawang | dihiris
  • 1 biji bawang merah | dihiris

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata.
  2. Masukkan daging, kacau rata, masukkan hirisan cili padi dan terus kacau.
  3. Masukkan kicap pekat manis, sos tiram dan sedikit air.
  4. Masukkan mi, sawi dan kubis, gaul rata.
  5. Perasakan dengan  garam, gula dan perasa (jika perlu) secukupnya.
  6. Tutup api. Masukkan mi dalam pinggan dan hias dengan daun bawang dan hirisan cili.
  7. Mi sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika ingin mi lebih basah boleh tambah sedikit air.

………..

RESIPI OLEH:  MEGAT HAMIZAN BIN MEGAT SHARUL AMIR.   HS NADA SDN BHD, NO 2, WISMA NADA, JALAN 11, SELAYANG, 68100, BARU CAVES, SELANGOR, JALAN 11B, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI