Resipi sedap dan mudah untuk gulai ikan baung bersama daun kesom. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini pun senang je didapati di kedai. Jom kita cuba!
GULAI IKAN BAUNG BERSAMA DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg ikan baung | dicuci bersih bersama air asam jawa atau air tepung jagung untuk hilangkan hanyirnya 2 sudu besar kerisik – beli online di sini 3 sudu besar cili kisar /ciliboh – beli online di sini ½ peket besar rempah kari ikan (saya guna Adabi) – beli online di sini 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 ikat daun kesum 1 sudu besar asam jawa | dibancuh dengan sedikit air, ambil airnya sahaja (asam jwa ni boleh agak-agak, jangan terlebih nanti masam)
1. Dalam satu bekas besar masukkan bahan kisar, rempah kari ikan, cili kisar, cili serbuk dan kacau semua ni sebati jadikan seperti pes. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan pes tadi dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan kerisik, kacau sebati.
Aiskrim Vanillani sangat mudah disediakan. Rasanya yang lembut, wangi dan bertekstur halus bila dimakan. Persis aiskrim yang dibeli di kedai. Adanya resipi ni, anda sendiri boleh hasilkan Aiskrim Vanilla yang sedap untuk anak-anak. Hanya guna 4 bahan yang sangat mudah dan murah. Semua orang boleh mencuba dan dijamin menjadi. Jom lihat resipi perkongsian saudari Cik Puan Lily. Bolehlah anda semua cuba nanti.
RESIPI AISKRIM VANILLA HOMEMADE YANG MUDAH & SEDAP
CARA MEMBUAT: 1. Satukan semua bahan dalam bekas. 2. Kisar @ pukul bahan-bahan tadi selama 5-10 minit sehingga kembang adunannya. Jika tiada mesin pengadun (mixer), boleh guna blender sahaja.
3. Tuang adunan tadi ke dalam bekas yang bersesuaian.
4. Tutup bekas dan bekukan aiskrim dalam peti sejuk beku.
NOTA:
Empunya resipi buat guna 2 tin susu cair. Dapat 2 bekas aiskrim. Jika nak buat lebih banyak, gandakan bahan-bahannya sahaja.
Resipi ini adalah asas untuk aiskrim vanilla. Jika suka atau ingin buat aiskrim berperisa lain, boleh masukkan apa sahaja perisa yang digemari seperti coklat, oreo, jagung dan bermacam-macam lagi.
Anda ke pasaraya besar, pasti anda pernah terlihat paket-paket mi yang tertulis tulisan UDON. Rupanya seakan laksa yang telah direbus. Kalau nak tahu, Udon adalah sejenis mi yang diperbuat daripada tepung gandum dan berbentuk tebal dan lebar. Ia sangat popular di Jepun. Jika di Malaysia, anda boleh nikmati sajian ini di restoran-restoran yang menjual hidangan dari negara matahari terbit ini.
Nak cuba masak Udon secara homemade? Ini resipi mudah yang boleh anda cuba.
NABEYAKI UDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mi udon | boleh didapati di pasaraya
100gm aneka kek dan bebola ikan | dicelur
1 kiub pati ayam
1 batang daun bawang
3 biji cendawan shitake
BAHAN SUP:
500ml air
3 sudu makan kicap jepun ( souyu)
2 sudu teh gula
10 ekor ikan bilis putih
BAHAN HIASAN:
Hirisan rumpai laut
CARA MEMASAK:
Masukkan air, cendawan shitake dan ikan bilis ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 5 minit. Keluarkan cendawan dan ikan bilis.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, daun bawang, kicap jepun dan gula. Sebatikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
Angkat dan hidangkan bersama mi udon dan aneka kek ikan yang telah dicelur. Hiaskan dengan hirisan rumpai laut.
Info chef: Untuk lebih enak, boleh ditambah hirisan ayam dan juga telur.
Hujung minggu ni sedap makan tart depan tv ni, Ditemani anak-anak dan suami mau sebalang habis. Apa taknya sudahlah sedap, rapuh dan sedap aje cair di mulut.
Ni min kongsikan langkah membuat kulit @cangkerang tart langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh Eny Abdullah dari laman webnya www.enyabdullah.com
Ini pula untuk versi kulit pastri untuk tart. Resepi nya lain sikit dan ada campuran gula didalamnya. Sesuai untuk buat mini tart seperti tart cheese, tart telur atau tart buah.
KULIT TART
Bahan-bahan kulit tart :
170gm marjerin atau butter | mestilah lembut sedikit sebab resepi ni perlu mengunakan mixer
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:
Pukul marjerin/mentega dan gula sehingga sebati. Sebati je, bukan sampai kembang putih macam nak buat kek . Lepas tu masukkan telur dan esen vanila. kacau rata
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan hujung senduk kayu sehingga adunan nampak berketul dan boleh dibentuk
Kemudian guna tangan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat. Cucuk dengan garfu dasarnya sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
Kulit @ cengkerang tart dah ada jom buat tartnya.
1. NUTELLA CHEESETART
BAHAN-BAHAN:
KRIM CHEESE:
1kg Cream Cheese
1/3 tin susu pekat manis
1 cawan whipped cream
Sedikit esen vanilla
Topping :
Nutella
CARA MEMBUAT: 1 .Pukul mentega dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula atau masukkan dalam mixer (Jangan putar lama sangat). 2. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut. 4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. 5. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak. 6. Keluarkan cream cheese 20 -30 minit sebelum digunakan. 7. Putar cream cheese dan susu serta whipped cream hingga kental dan masukkan dalam piping bag. 8. Paipkan Nutella dalam cengkerang tart, kemudian picitkan cream cheese dan hias atasnya dengan nutella. 9. Bakar suhu 170C selama 18 minit. 10. Tart sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara jika belum sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda sebenarnya boleh sediakan cengkerang tart lebih awal dan simpannya dalam bekas kedap udara. ……… Saiz hidangan: 8 orang. Waktu memasak: 30 minit. Jenis masakan : Pastri Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa oreonya.
Resipi tart : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM . FB / IG:fadzilmdsalleh.