

Sambal ini jika betul masak hingga pecah minyak mampu bertahan sehingga 2- 3 minggu suhu bilik. Resipi kali ini hanya menggunakan cili merah kalau hendak pedas boleh tambah cili padi.
SAMBAL TUMIS BERLADA
BAHAN-BAHAN:
- 2kg Cili Merah
- 1/2kg bawang merah (dihiris nipis)
- 6 cm halia (dihiris nipis)
- 2 Sudu gula
- Garam secukup rasa
- 1kg Santan (boleh guna santan kotak)
- Ikan Bilis (anggaran 2 cekak)
- Petai (kalau suka makan petai boleh letak)


CARA MEMASAK:
1. Cili merah di buang biji dan dihiris 3-4 bahagian. Kalau boeh potong bahagi 2 lagi untuk pendekkan. Didihkan air anggaran separuh cili tenggelam.

2. Didihkan sehingga cili lembut. Anggaran 1/3 air kering

3. Masukkan santan, bawang & halia yang dihiris nipis. Masa ini kalau hendak letak ikan bilis pun boleh.

4. Tunggu sehingga kering. Nampak seakan sayur lemak putih. Letakkan gula.

5. Nampaknya sudah kering. Masa ini boleh letakkan petai jika anda suka. Keringkan hingga pecah minyak.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mendelalu Pokju
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Sambal Belacan Goreng Blender Semua, Nampak Malas Tapi Sedap
Perghh Merecik! Bertambah-Tambah Selera Dengan Sambal Belacan Thai Legend
Sambal Bilis Nasi Lemak Bonda Masak 3-4 Jam Lamanya Untuk Rasa Lebih Padu
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Datin Hajar Abdul Rahman Kongsi 3 Sajian Autentik Johor Best Untuk Berbuka.

Masakan autentik Johor adalah kepakaran Ketua Wanita UMNO, Batu Pahat, Johor Datin Hajar Abdul Rahman. Beliau membuka rahsia dan petua amalan memasak yang diwarisi dari arwah bapanya kepada RASA. Sajian ni memang bestlah buat berbuka.

Menurut Datin Hajar dia mampu menyediakan tiga jenis lauk pauk dalam masa setengah jam. “Sebenarnya untuk menyedapkan sajian ada langkah urutan dan petuanya yang tertentu. Contohnya dalam masakan Asam Pedas Kerisik, kalau masak lauk ini saya akan memasukkan serbuk lada hitam dan kerisik setelah pes cili kering pecah minyak dan naik bau.
Bila nak masukkan daun kesum saya masukkan batangnya dahulu bersama isi bunga kantan dan setelah mendidih baru dimasukkan daun kesumnya. Batangnya lebih wangi dan masakan jadi lebih lazat. Bagi memekatkan kuah, saya letakkan juga buah keras,” ceritanya membuka petua yang diwarisi dari arwah ayahnya.
Masak Lemak Cendawan juga sungguh lazat. Cendawannya rangup dan kuahnya lemak manis terasa ikan bilisnya. Pesan beliau pilih cendawan hutan yang berkualiti, jika tersalah pilih ia boleh menyebabkan lauk menjadi tidak berapa sedap.
Sambal geledek pula menu ‘wajib’ yang perlu ada di meja hidangan keluarganya.
“Sambal geledek atau sambal ketuk ni sebenarnya boleh dijadikan rencah nasi goreng, jadi jika dibuat lebih pun elok untuk dibuat stok dan jadi rencah kepada lauk lain,” kongsinya lagi.
Jom semak 3 resipi istimewa air tangan Datin Hajar Abdul Rahman iaitu Asam Pedas Kerisik Ikan Merah, Sambal Belacan Geledek dan Masak Lemak Cendawan Hitam.

1. ASAM PEDAS KERISIK IKAN MERAH
BAHAN- BAHAN :
- 500 gm keping ikan merah (anggaran 2 keping)
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1.5 sm halia | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 1/2 sudu makan kunyit serbuk
- 1/2 sudu makan kerisik
- 1/2 tangkai bunga kantan | ambil isi dan kelopak dari sebelah hirisan yang dibelah dua
- 3-4 batang daun kesum
- Beberapa helai daun kesum
- 1/2 sudu makan asam jaya | dicampur suku cawan air
- 1 sudu teh buah keras
- 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
- 500 ml atau air secukupnya | bergantung kepada kepekatan yang anda suka
- 1 biji tomato | dibelah empat
- 4 batang bendi
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar.
- Tumis hingga naik bau, dan masukkan pes cili kering dan serbuk kunyit. Gunakan api sederhana, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan batang daun kesum dan air asam jawa.
- Kemudian masukkan serbuk lada hitam, kacau dan kemudian masukkan air.
- Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan.
- Masukkan buah keras untuk memekatkan kuah. Masukkan pula bendi dan tomato.
- Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Resepi asam pedas warisan dari generasi ‘lama’ Johor
Anggaran kos : RM30

- SAMBAL GELEDEK
BAHAN-BAHAN :
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar | dihiris kasar
- 6 biji cili merah
- 6 biji cili hijau
- 2 biji cili padi
- Dua genggam bilis
- Gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan goreng kesemua bawang, cili merah, cili hijau dan cili padi sampai kekuningan.
- Angkat dan toskan.
- Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan.
- Kemudian tumbuk bawang, cili padi dan hingga lumat, kemudian masukkan gula dan tumbuk sekali.
- Masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuk sampai ikan bilis hancur.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Boleh dijadikan rencah nasi goreng jika ada lebihan.
Anggaran kos : RM6

- MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 100 gm cendawan hitam | rendam bagi kembang
- 3 biji bawang kecil | dikisar
- Segenggam ikan bilis | digoreng dan ditumbuk
- 220 ml santan kotak
- 2 helai daun limau purut |dicarik
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai | dititik
- 1 sudu makan sambal geledek (atau apa apa sambal)
- 500 ml air
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan serai dan ikan bilis
- Masukkan satu sudu makan sambal geledek
- Masukkan santan, serbuk kunyit dan kemudian air.
- Bila mendidih masukkan cendawan.
- Akhir sekali masukkan limau purut dan perasakan dengan garam.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kuah berlemak dan masam serta cendawan hitam yang rangup
Anggaran kos : RM6

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lagi Pedas Lagi Power Sambal Hitam Pahang Cara Mudah & Cepat


Sambal pembuka selera yang terkenal di negeri Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
- Minyak masak
- Belimbing buluh yang sudah di rebus
- 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
- 1/2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
- 7 ulas bawang merah (5 ulas ditumbuk, 2 ulas dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih (3 ulas ditumbuk, 2 ulas dihiris nipis)
- 1/2 bawang besar dihiris nipis *jika perlu
- Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih di hiris nipis.


3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit
6. Masukkan bawang besar jika perlu. Bagi lembut/layu.
INFO: Sambal ini boleh disimpan lama tau. Boleh makan dengan roti dan nasi kosong pun boleh.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ain Nazirah Roslan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Stok Sambal Belacan Sedap Untuk Orang Diet.

Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cikgu Afy Al Habibi yang dihasilkan khas untuk individu yang sedang diet. Ia menggunakan lemon, gula merah dan garam bukit yang tentunya lebih sihat. Malah rasanya tetap sedap seperti sambal belacan biasa. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN DIET
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam cili padi merah
- 1 genggam cili padi hijau
- 3 biji cili merah
- 7 biji limau kasturi (buang biji)
- 1 biji lemon (untuk diperah)
- Sedikit air

BAHAN BAKAR:
- 1 ulas bawang merah
- 1/4 biji bawang Holland
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 1 1/2 inci belacan
( nak tambah lagi pun boleh untuk yang suka rasa belacan yang kuat)

BAHAN PERASA:
- 8 sudu makan Gula merah
- 1 sudu teh Perencah hilal/knorr
- 2 sudu teh Garam bukit

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing.

2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.

3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.

4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.

5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.


6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

