Sambal mangga ikan bakar ini, kalau tengok pun dah terliur. Dapat bayangkan rasa masam dan pedas yang memikat selera. Tambah lagi kehadiran ikan sardin bakar yang ada rasa manis yang tersendiri.
Ha..sedap kan? Orang belah pantai timur ada yang menyebut mangga ini sebagai buah pauh atau mempelam. Kali ini, mangga yang digunakan adalah jenis ‘pauh ringan’ atau mangga epal (pelam epal). Memang sedap.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noryue Rania ini ye. Buat masa berbuka nanti, memang konfim bertambah makan. Makan time sahur pun boleh. Cerah mata makan sambal yang masam dan pedas ni.
Membuat Air Asam Kerisik untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa.
Air Asam sebenarnya, jika tidak ditambah kerisik sudah sedap. Tapi jika ditambah, lagi pekat dan berasa. Jom kita tengok resipi yang dikongsi saudari Animas Nurjana Abdul Halim ni. Nampak memang sedap sangat.
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap!
Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
BAHAN GULAI AYAM:
4 biji bawang bombay
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kerutub
Kacang panjang secukupnya – potong
Terung – potong kecil
Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
1 kerek manisan / gula melaka
2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.
AYAM GORENG HARUM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
2 sudu teh garam
2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
Angkat dan toskan minyaknya.
SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
2 inci belacan
1 biji bawang besar – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
Limau kasturi secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.