Semua orang boleh buat sambal ikan, tidak kira sambal itu sambal cili padi, sambal cili kering mahu pun menggunakan cili boh. Yang penting sambal kena tumis sampai masak, mesti ada asam, garam dan gula dan paling penting gunakan ikan yang segar, goreng minyak banyak supaya garing dan tidak lekat di kuali. Sambal Bawal Tiga Rasa ini boleh anda semua cuba, gerenti tak menyesal punya.
BAWALTIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersih, kelar-kelar dan gaul bersama sedikit garam kunyit
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1/2 sudu makan sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
BahanKisar:
- 2 biji cili merah
- 5 tangkai cili padi
- 2 biji bawang merah
- 1 batang serai | jika suka
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil jus limau kasturi
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH1: Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2: Keluarkan minyak tinggalkan sedikit dan tumis hirisan bawang besar tadi.
LANGKAH 3: Masukkan bahan kisar.
LANGKAH 4 : Kacau sebati hingga pecah minyak.
LANGKAH 5: Masukkan sos cili dan kacau rata lagi.
LANGKAH 6 : Perasakan dengan garam dan gula, kemudian tuangkan sos di atas ikan goreng tadi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Kurma Ayam Atau Daging Makin Lazat, Lepas Masak Kena Tuang Minyak Sapi
Bagi yang suka menyediakan hidangan kurma baik ayam atau daging, petua atau tip yang dikongsi oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail boleh dicuba bagi memastikan hasil lauk kurma yang dimasak lebih lazat dari biasa.
Tip yang dikongsi adalah dengan cara menuang minyak sapi selepas selesai memasak hidangan ini. Cara lengkap menyediakan hidangan ini turut dikongsi oleh beliau.
Cara dan petua khas untuk masak kurma sama ada ayam atau daging
1. Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing kekuningan.
2. Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging/ayam,kerisik, tomato, bawang putih/merah yang telah dikisar dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
3. Tutup periuk, masak dengan api kecil sehingga pecah minyak. Tutup periuk itu bertujuan supaya aromanya tak hilang dan daging/ayam akan cepat lembut. Tapi awas, jangan biarkan ramuan rempah hangit! Air pun kena pandai agak ya.
4. Bila daging/ayam dah hampir lembut, masukkan kentang, tunggu sehingga lembut. Kemudian masukkan santan, biarkan sehingga menggelegak.
5. Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam.
6. Petua penting agar masakan kurma lebih sedap ialah setelah selesai masak, tuang sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma. Inilah yang akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu. Ikut langkah ini,saya yakin lauk kurma akan sedap.
Selamat mencuba
Sumber: Syed Mohd Nazli Syed Ahmad
Cara Masak Nasi & Sambal Macam Dekat Gerai Nasi Kukus
Nasi kukus macam dekat gerai memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Siap kongsi resipi sambal belacan lagi. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI SEPERTI DI GERAI NASI KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- Beras – beli online disini
- Air
- Bekas ( seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
RESIPI SAMBAL:
- Cili merah
- Cili padi
- Air Asam Jawa – beli online disini
- Belacan – beli online disini
- Garam secukup rasa – beli online disini
- Perisa | jika suka
- Limau nipis @ limau kasturi
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Klik DISINI untuk resipi AYAM GORENG BEREMPAH
Kredit resipi & foto: Yatie Tie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan
Sapu Marjerin & Guna Api Kecil. Petua Masak Lempeng Tak Lekat Di Kuali
Goreng Guna Api Sederhana. Ini Rahsia Buat Karipap Kentang Sedap & Rangup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Menu Berbuka Versi Bajet Boleh Masak Guna RM20.
Ramadan bulan penuh rahmat dan keberkatan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan lebih banyak ibadah dan amal kebajikan.
Namun tahun ini agak berbeza. Penularan wabak Covid 19 di seluruh dunia, menyebabkan masyarakat terpaksa menjalani kehidupan diluar norma kebiasaan. Tidak boleh berkumpul, terpaksa mengehadkan jarak dan harus menjalani pemeriksaan yang ketat sebelum memasuki kedai dan pasar raya. Situasi ini menyebabkan ramai lebih gemar membeli bahan-bahan masakan dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa. Namun tindakan ini sebenarnya boleh menyebabkan pembaziran.
Faham dengan situasi semasa namun jangan risau kerana bekalan makanan pasti cukup terutamanya di musim perayaan ini. Malah dengan bahan masak yang terhad dan murah, anda masih boleh menyajikan sajian sedap, mudah dan berkhasiat buat keluarga. Tak perlu bermewah pun #JANJICUKUPMAKAN.
Seleksi resipi-resipi bajet menggunakan produk Knorr di bawah ini pastinya dapat memberi idea buat anda untuk berjimat. Siapa sangka dengan kos RM20 sahaja, sebenarnya banyak sajian enak boleh diolah menjadi hidangan yang luar biasa. Hebat kan? Paling penting, kena kreatif dan rajin.
1. SUP AYAM CINA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong 8
- 1 ½ liter air sejuk
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat
- 20gm lada putih biji
- 1 batang daun bawang | simpul
- 10 biji cendawan butang
- 2 biji kentang | potong empat
- 2 biji bawang besar | potong empat
- 1 batang lobak merah | dadu besar
- 1 Kiub Pati Ayam Knorr
- Sedikit garam dan gula jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
3. Bila sup mendidih masukkan perasa seperti Kiub Pati Ayam Knorr, garam dan gula. Kacau rata.
4. Hidang sup bersama lada putih serbuk jika suka.
2. DALCA TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur puyuh | rebus & buang kulit
- 1 biji kentang | potong dadu kecil
- 1/2 batang lobak merah | potong dadu kecil
- 1 biji terung bulat | dadu kecil
- 2 biji kacang bendi | potong 2cm
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 1/2 batang kulit kayu manis
- 2 kumtum bunga lawang
- 3 ulas buah pelaga
- 1 Kiub Pati Ayam Knorr
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm hala
BAHAN KUAH DHAL:
- 1 /2 mangkuk dhal | rebus
- 3 sudu makan yourgt
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kuah dhal dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2. Campurkan bahan kuah dhal dengan bahan kisar dalam periuk. Jika pekat tambah air.
3. Renehkan atas dapur hingga mendidih.
4. Tambahkan ke dalamnya, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
5. Seterusnya masukkan kentang dan lobak merah.
6. Apabila kentang dan lobak merah empuk masukkan telur puyuh, terung dan kacang bendi.
7. Perasakan dengan Kiub Pati Ayam Knorr, garam dan gula secukup rasa.
8. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
3. SIAKAP MASAK KENGSOM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | potong empat
- Sedikit kangkung
- 1 biji limau nipis | ambil jus saja
- 2 batang serai | ketuk
- 1 Kiub Pati Ikan Bilis Knorr
- Gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 2 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 1/2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air secukupnya.
2. Renehkan hingga mendidih.
3. Masukkan serai serta ikan, renehkan hingga ikan masak.
4. Setelah ikan masak, perasakan dengan jus limau nipis, Kiub Pati Ikan Bilis Knorr dan gula secukup rasa.
5. Tutup api dan masukkan kangkong yang telah dibersihkan tadi.
4. STEW DAGING DAN SAYURAN
BAHAN-BAHAN
- 300gm daging batang pinang | hiris nipis
- 2 cm halia
- 2 ulas bawang putih | diketuk
- 1 biji ubi kentang | potong dadu
- 1 batang lobak merah | potong dadu
- 1 batang saderi | potong kecil
- 3 cawan air
- Sedikit Kiub Pati Lembu Knorr
- 5 biji lada putih | tumbuk
- Secubit serbuk lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit kicap manis
- Garam secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan daging dan masak sekejap. Kacau selalu.
2. Masukkan halia, bawang putih, ubi kentang, lobak merah dan saleri.
3. Masukkan air, Kiub Pati Lembu Knorr, lada putih dan lada hitam.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
5. Masukkan garam jika suka. Biarkan seketika dan matikan api.
5. ASAM PEDAS SARDIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin besar ikan sardin | asingkan isi ikan dari kuah
- 4 biji bendi
- 1 biji tomato | belah empat
- 1 kuntum bunga kantan | belah dua
- 3 pucuk daun kesum
- 1/2 cawan air asam Jawa
- Air secukupnya
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 Kiub Pati Ikan Bilis Knorr
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan sardin.
4. Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan, daun kesum .
5. Akhir sekali perasakan dengan Kiub Pati Ikan Bilis Knorr, garam dan gula secukupnya.
6. Biarkan mereneh seketika sehingga timbul minyak. Tutup api,
7. Sedia dihidangkan.
Ha…Mudah kan resipi-resipi diatas ni? Sangat membantu bagi anda yang mahukan sajian yang mudah, sedap namun dalam bajet yang terhad. Maklumlah, di musim gawat begini, semua kena berjimat.
Kalau nak tahu, Ramona Zamzam pun menyokong kempen #JANJICUKUPMAKAN dalam menyediakan sajian untuk keluarga beliau. Ramona akan berkongsi resipi menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah yang boleh dimasak hanya dengan kos RM20. Tak perlu pun setiap hari keluar membeli barang di pasar raya. Masak je guna apa bahan yang ada. Memang bijak!
JOM SERTAI PERADUAN #JANJICUKUPMAKAN
Nak menang DUIT RAYA RM500 & produk-produk Knorr? Jom sertai peraduan #JANJICUKUPMAKAN ni. Caranya mudah sahaja.
1. Muat naik gambar masakan anda bersama resipi lengkap yang dimasak menggunakan bajet RM20 dan letakkan #JANJICUKUPMAKAN.
2. Gambar mestilah dimuatnaik di Instagram. Pastikan akaun telah ditetapkan pada mood ‘PUBLIC’.
3. Jangan lupa tag akaun IG Knorr Malaysia & ERA.
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar masakan dan caption paling kreatif.
Selamat mencuba!
https://www.facebook.com/78711833738/videos/238342240922922/