Tart nanas adalah sejenis kuih yang semestinya akan ada ketika kita menyambut Aidilfitri. Membuat tart nanas yang sedap dan tak jemu dimakan adalah skill yang perlu ada bagi pembuat tart nanas.
Tart yang sedap pasti akan jadi kegemaran dan dibeli walau berapa harganya. Bagi peminat tart, walau mahal sekalipun, pastinya berbaloi kerana cita rasa tart yang sedap, susah untuk diperoleh.
Walau muncul banyak jenis tart yang dimodenkan, tart nanas tetap ramai penggemarnya. Jom kita lihat resipi tart nanas premium yang dikongsikan ini.
TART NANAS PREMIUM
Ads
BAHAN A
500 gram mentega tulen
3/4 cawan susu pekat manis
3 sudu besar minyak sapi tulen
1 sudu besar esen vanilla
BAHAN B
2 biji kuning telur ayam
BAHAN C (diayak)
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1/4 cawan susu tepung
2 sudu kecil emplex
7 cawan tepung gandum
BAHAN LAIN
Inti tart nanas premium
Egg wash
Acuan tart nanas
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan semua BAHAN A. Kacau sebati.
2. Kemudian, masukkan BAHAN B. Adun rata.
3. Selepas adunan sebati, masukkan BAHAN C kecuali tepung gandum. Gaul sebati. Selepas adunan sebati, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau lagi sehingga sebati.
4. Tepung gandum tidak perlu dihabiskan semua jika adunan sudah tidak melekat di jari. Kena pandai agak. Uli sehingga menjadi doh.
5. Setelah adunan siap, masukkan doh ke dalam acuan tart. Tekan dan gulung bersama inti nanas yang digentel kecil membujur.
6. Susun di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
7. Sapukan egg wash pada bahagian atas tart nanas.
8. Ulang proses sehingga selesai.
9. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
Sedapnya Kuih Lopes. Jika anda tercari-cari resipi yang paling mudah, ni ada resipi yang paling senang yang boleh dicuba. Jika guna cara ni, tak payah gulung dalam daun pisang dah. Boleh siap dalam masa yang singkat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hidayah Jamaludin. Anda pasti puas hati.
RESIPI KUIH LOPES PALING MUDAH & CEPAT
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras pulut
4 ½ cawan air kisaran daun pandan – tapis
Sedikit garam
Pewarna hijau secukupnya
BAHAN AIR GULA MELAKA:
1 keping gula kabung
1 ½ cawam gula merah
1/2 cawan gula putih
Sedikit air – ikut kepekatan yang dikehendaki
Daun pandan secukupnya
BAHAN KELAPA:
Kelapa parut secukupnya
Garam halus secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Basuh beras pulut, masukkan air daun pandan yang ditapis, sedikit pewarna dan garam. Gaul sebati dan masak dalam periuk nasi elektrik ( rice cooker) macam masak nasi biasa. 2. Bila telah masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik. Tekan hingga padat. 3. Tekap pulut menggunakan cawan atau boleh dipotong ikut cita rasa masing-masing. 4. Ambil kelapa parut dan gaulkan dengan sedikit garam. Kukus seketika. 5. Untuk menyediakan gula melaka, satukan semua bahan dan masak hingga gula larut dan pekat. 6. Ambil pulut, salutkan dengan kelapa dan nikmati bersama air gula melaka. Sedia untuk dinikmati. .
Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cwn air (atau secukupnya)
1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Bentukkan doh sebesar nugget
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...