
Kuih Lompang adalah antara kuih tradisional yang popular dan digemari ramai. Namun agak sukar untuk jumpa kuih ni yang sedap. Jadi, kalau anda cuba buat sendiri, resipi perkongsian dari FB saudari Jamal dan Asmahan ni antara yang terbaik dan nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KUIH LOMPANG BERLESUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
- 350gm gula merah
- 60gm gula pasir
- 450ml air
- 170gm tepung gandum
- 120gm tepung ubi
- 60gm tepung beras cap 3 gajah
- 900ml air
- 1/2 sudu teh kapur sireh
CARA MEMASAK:
- Satukan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk. Masak hingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
- Bila air gula dah sejuk, campurkan bahan-bahan lain. Adun hingga sebati.
- Tapis adunan bagi memastikan tiada ketulan dan bahan-bahan larut sempurna.
- Didihkan periuk kukusan dan panaskan acuan lompang terlebih dahulu. Panaskan anggaran 3-4 minit.
- Kemudian tuang adunan lompang tadi ke dalam acuan. Kukus selama 15 minit atau sehingga kuih masak.
- Angkat dan sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Tabur kelapa parut sebelum dinikmati.
INFO:
- Jika terdapat air bertakung diatas permukaan kuih, buang atau lap dengan tisu terlebih dahulu.
- Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dinikmati. Sebaiknya, jika buat malam, boleh makan esok pagi.
- Kelapa parut sebaiknya perlu dikukus terlebih dahulu untuk mengelakkannya cepat rosak.
- Kapur boleh guna yang jenis serbuk.
- Acuan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan. Bila acuan panas, maka akan terbentuk lesung pipit pada kuih.
Kredit resipi & foto: Jamal dan Asmahan
Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Masak Guna Pressure Cooker

Periuk tekanan atau ‘pressure cooker’ memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti rendang daging, sup tulang dan sebagainya. Namun kini, terdapat pelbagai lagi resipi lain yang boleh dimasak menggunakan periuk tekanan ni. Nak masak bihun goreng pun boleh. Anda ada periuk jenis ni di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Meh cuba resipi-resipi mudah perkongsian saudari Zainab Zainun, Izwany Abd Malek, Jay Anne Zaihan, Azie Zahra Al-Bakri, Nurul Syuhada Firhan dan Nina Diana ni. Memang mudah!
1. AYAM PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci halia | kisar
- 3 sudu jintan manis | kisar kering
- 3 sudu jintan putih | kisar kering
- 3 sudu sos tiram
- 4 sudu madu
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk cili
- Sedikit lada hitam | kisar kering
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 3-4 jam. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
- Masukkan ayam dan lebihan air perapan ke dalam inner pot.
- Set high pressure 8 minit dan tutup periuk.
- Setelah tamat masa, buka penutup terbalikkan ayam. Tutup penutup dan set lagi ‘high pressure’ selama 8 minit.
- Setelah siap, tukar mode ‘stir fry’ dan kacau sedikit ayam. Masak anggaran 5 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Zainab Zainun
2. PULUT KUNING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras pulut | rendam 1/2 jam bersama sedikit serbuk kunyit
- 3 cawan air
- 1 helai daun pandan’
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Tapis pulut yang telah direndam. Masukkan ke dalm periuk.
- Tambahkan garam, daun pandan dan air.
- Letak mood ‘high pressure’. set selama 6 minit.
- Setelah masak, keluarkan wap, masukkan santan dan ratakan.
- Tutup periuk dan tekan reheat/ warm selama 5 minit.
- Sedia untuk dinikmati.
Nota: Santan anggaran 1 – 1 1/2 cawan.
Kredit resipi & gambar: Izwany Abd Malek
3. KEK MARBLE
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 buku mentega
- 1 sudu esen vanilla
- 2 cawan tepung self raising flour
- 1/2 cawan serbuk koko
CARA MEMASAK:
- Pukul telur, gula, mentega dan esen vanilla hingga sebati.’
- Kemudian masukkan tepung. Adun rata.
- Bahagikan adunan kepadaq dua bahagian. Satu pada adunan asal dan satu bekas ditambah dengan serbuk koko.
- Tuang adunan berselang seli ke dalam acuan.
- Alas inner pot dengan redai besi. Letak acuan dan tutup periuk.
- Selaraskan tombol pressure, set ‘high pressure’ selama 60 minit.
- Buka periuk dan lihat kek. Jika permukaan kek nampak perang, tandanya kek telah masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.
Kredit resipi & gambar: Jay Anne Zaihan
4. SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 8 ekor ikan selayang | dibuang kepala dan ekor, bersihkan
- 1 cawan puri tomato
- 2 biji tomato cincang
- 1 biji bawang besar | hiris kasar
- 5 ulas bawang putih | cincang
- 1/3 cawan minyak
- 1 sudu halba campur | kalo tak suka boleh skip atau letak sikit je
- Sedikit air | jumlah agak-agak supaya tak kering dan melekat pada periuk
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih.
- Masukkan tomato cincang dan ikan.
- Masukkan puri tomato dan halba campur.
- Masak dengan api sangat perlahan. Saya guna periuk ajaib. Saya masak selama 8 jam sampai tulang lembut. Sambil-sambiltu check air supaya tak melekat ikan kat periuk. Boleh guna slow cooker.
- Boleh frozen kan. Masuk dalam pek kecil dan bekukan. Ambil satu setiap kali masak
Nota 1: saya tak letak garam atau gula ya. Boleh tambah jika suka
Nota 2 : Kalau guna noxxa, masak ‘high pressure’ dalam 90 minit.
Nota 3 : Air jangan banyak sangat. Sekadar untuk bagi ikan tak melekat pada periuk. Check air selalu. Kalau air banyak sangat ikan mudah hancur.
Kredit resipi & gambar: Azie Zahra Al-Bakri
5. AYAM PANGGANG RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping paha ayam
- 1 sudu makan kunyit serbuk
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk sedap rasa
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Gaul semua bahan dan lumur pada ayam.
- Alas inner pot dengan redai besi. Susun ayam, tutup penutup, selaraskan tombol steam.
- Setkan mod ’high pressure’ selama 20 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Jay Anne Zaihan
6. NASI DAGANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras wangi siam | bersihkan
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 4 biji bawang merah | dihiris
- 2cm halia | dihiris nipis
- Sedikit halba
- Garam dan gula secukupnya
- 500gm santan | santan ni kira sekali dalam 1pot yang digunakan untuk masak nasi yang awal.
CARA MEMASAK:
- Satukan beras, air dan 1 cawan santan. Gaul rata.
- Kemudian masukkan halia, bawang merah, halba dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
- Masak guna ‘high pressure’ selama 7 minit.
- Setelah amsak, masukkan baki santan dan gaul sebati.
- Siap untuk dihidangkan bersama gulai ikan dan acar.
Kredit resipi & gambar: Nurul Syuhada Firhan
7. PIZZA TANPA OVEN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.
- Jika tiada tepung self-raising, boleh sahaja guna tepung biasa secara keseluruhan.
- Gaul semua bahan hingga menjadi doh.
2.
- Topping paling mudah: sos tomato, sosej, tomato cherry, capsicum, mozarella.
- Masukkan ke dalam kuali non-stick. 5 minit pertama tutup permukaan kuali secara keseluruhan menggunakan penutup.
- 10 minit kedua, bukak penutup sedikit. Masak sampai cheese cair.
- Jika guna periuk noxxa, guna bahan dan topping yang sama. Cuma masukkan doh ke dalam periuk, letak inti dan setkan pada fungsi ‘steam’ dan masak selama 6 minit.
Kredit resipi & gambar: Nina Diana
Dekat rumah belum ada PRESSURE COOKER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi best guna PRESSURE COOKER? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Hanya 7 Minit Masak Nasi Lemak Penuh Rasa Dengan Menggunakan Pressure Cooker
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Coleslaw antara sajian sampingan yang sangat enak dimakan bersama Ayam Goreng dan juga kentang putar. Sayur kubis dan juga lobak merah yang dicincang halus dan kemudiannya digaul bersama mayones ini akan rasa lebih enak jika dimakan sejuk. Anda peminat Coleslaw? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mamapapa Rea ni. Persis sajian yang anda beli di restoran KFC. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI COLESLAW ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
1/4 biji kubis – buang bahagian keras dan cincang halus
1 batang lobak merah – sagat dan cincang halus
1/2 cawan susu segar
5 sudu makan mayones – beli online disini
1 sudu makan gula – beli online disini
1 sudu teh garam – beli online disini
CARA MEMASAK
1. Satukan cincangan kubis dan lobak merah. Gaul sebati.
2. Masukkan susu segar.
3. Kemudian masukkan mayones kegemaran. Boleh letak lebih mengikut cita rasa masing-masing.
4. Masukkan juga gula dan garam. Sebatikan.
5. Simpan Coleslaw dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati supaya campuran bersatu.
6. Coleslaw homemade boleh dimakan bersama ayam goreng ala kfc.
7. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Mamapapa Rea
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan
Bakar 10 Minit Je. Resipi Cupcake Sarang Semut Ni Memang Mudah & Sedap!
Resipi Kuih Serabai Kuah Durian & Petua Supaya Adunan Tak Melekat Di Acuan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Sambal Hitam Pahang Yang Mudah & Sedap

Sambal Hitam Pahang memang menjadi kegemaran ramai. Enak dimakan bersama nasi panas, ada lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk membuka selera. Bagi anda yang nak belajar cara-cara membuat Sambal Hitam Pahang yang sedap dan mudah, saudari Fazima Yahya ada kongsikan resipinya. Bolehlah dicuba nanti.
RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
Belimbing buluh secukupnya
Garam kasar
BAHAN TUMBUK @ KISAR KASAR:
Bawang merah – kisar
Cili padi – ikut kepedasan yang digemari
Ikan bilis (beli online disini)
(nisbah sukatan: 1 cawan buah belimbing : 2 cawan bilis : 1 cawan cili padi)
CARA MEMASAK:
1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit garam tanpa letak air. Masak guna api kecil hingga belimbing kecut dan bertukar warna gelap. Keringkan airnya.
2. Bila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk @ kisar kasar. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.
6. Bila Sambal Hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.
7. Toskan bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tahan lama.
Kredit resipi & foto: Fazima Yahya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Wool Roll Bread. Roti Homemade Viral Yang Sangat Sedap & Lembut
Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Rangup Tanpa Guna Air Kapur
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official