Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis bukan sekadar campuran bahan dan sukatan biasa. Ia datang bersama kenangan, kasih sayang, dan air tangan seorang ibu yang tak mungkin dapat diganti. Begitulah kisah Seri Kaya Homemade Lemak Manis ini, resipi yang diwariskan oleh arwah ibu Encik Zainuddin Mohd Noh, dan kini kembali mencuri perhatian ramai kerana rasanya yang klasik, halus, dan wangi pandan semerbak persis kaya kampung zaman dahulu. Beliau kini turut menjadikan seri kaya ini sebagai produk jualan di bawah jenama Din Kaya miliknya.
Menurut Encik Zainuddin, setiap kali ibunya membuat kaya, aroma santan dan daun pandan yang merebak ke seluruh rumah menjadi tanda pagi hujung minggu sudah tiba. Waktu itu, tiada pembancuh elektrik, tiada dapur moden hanya senduk kayu, sabar, dan kasih sayang. Kaya dimasak perlahan di atas api kecil, dikacau hampir sejam agar tidak berketul, hingga warnanya bertukar perang keemasan dan baunya cukup menggamit selera.
Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis
Bahan-bahan:
10 biji telur
1 kg gula
600ml santan (kotak atau segar)
4 helai daun pandan
Sedikit garam
Bahan Air Gula Hangus:
1 cawan gula
¼ cawan air
Cara Penyediaan Air Gula Hangus:
Masukkan 1 cawan gula dan cairkan sehingga bertukar keperangan.
Kecilkan api dan masukkan ¼ cawan air perlahan-lahan.
Kacau sehingga gula hangus tadi larut dengan berhati-hati.
Ketepikan dan biarkan sejuk.
Rahsia Air Gula Hangus
Air gula hangus bukan sekadar pewarna ia adalah rahsia aroma bakar yang memberi rasa “kaya sebenar”. Gula dicairkan perlahan hingga perang keemasan, kemudian ditambah air sedikit demi sedikit agar tidak hangus. Campuran ini menjadikan warna Resipi Seri Kaya Homemade lebih natural dan tidak terlalu pucat seperti versi komersial.
Cara Penyediaan Seri Kaya:
Masukkan 10 biji telur dan 1 kg gula ke dalam mangkuk stainless steel.
Kacau adunan telur dan gula hingga sebati.
Masukkan santan dan garam lalu kacau hingga sekata.
Tuangkan 1 cawan air gula hangus ke dalam adunan dan kacau sebati.
Masukkan daun pandan dan sedia untuk dimasak secara double boil.
Masak secara double boil selama 45 minit hingga 1 jam sambil dikacau perlahan.
Apabila adunan mulai likat, angkat dari dapur. Tekstur akan lebih pekat selepas sejuk.
Tuang kaya panas ke dalam balang kaca dan tutup kedap (jika ingin disteril). Jika tidak, biarkan sejuk sebelum dituangkan ke dalam botol kaca.
Proses Sterilisasi:
Rebus botol kaca selama 10 minit.
Biarkan botol kering sendiri tanpa dilap.
Tuang Seri Kaya Homemade Lemak Manis panas ke dalam botol kaca yang telah disteril, isi sehingga ¾ penuh.
Tutup rapat semasa kaya masih panas bagi membentuk vacuum seal semula jadi.
Rebus semula botol kaca berisi kaya dalam air mendidih selama 30–45 minit.
Biar sejuk secara semula jadi sebelum diangkat.
Untuk kegunaan rumah atau jual kecil-kecilan, kaedah rebus balang ini cukup selamat asalkan disimpan dalam peti sejuk.
Dari Dapur Ibu ke Hati Semua
Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis ini bukan sekadar makanan ia adalah warisan. Ia membawa kita mengimbas kembali momen kecil di dapur waktu ibu berdiri lama mengacau periuk dengan penuh kasih, namun senyum tetap menghiasi wajah.
Ads
Bagi Encik Zainuddin, setiap kali kaya ini dimasak, seolah-olah arwah ibunya masih ada, menemani dari sisi dengan kasih sayang yang tak pernah hilang. Kini, resipi ini dikongsi bukan sekadar untuk dinikmati, tetapi untuk meneruskan legasi cinta dan rasa yang diwariskan dari generasi ke generasi.
Sukanya menikmati tat telur. Baunya saja sudah cukup buat anda terliur nak menikmatinya segera. Kalau dah suka boleh hadap semua sekali dalam satu masa. Pastri yang rangup, inti kurang manis dan tidak hanyir menjadikan tat ini sangat enak dinikmati pada bila-bila masa. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.
BAHAN-BAHAN:
Inti tat:
5 biji telur
250ml krim putar
175gm gula kastor
125ml susu segar
1 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
Kulit Tat:
150gm tepung gandum
6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
125ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula halus
CARA MEMASAK:
1. Bagi menyediakan kulit tat, panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pada masa yang sama, campurkan tepung gandum, garam dan gula ke dalam mangkuk besar.
3. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
4. Kepalkan menjadi bola dan bungkus dengan pembalut plastik. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
5. Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan doh ke dalam acuan. Cucuk- cucukkan pai dengan garfu supaya kulit pai masak sempurna.
6. Bakar selama 15 minit sehingga kulit tat kelihatan separuh masak. Sejukkan seketika sebelum diisi dengan inti.
7. Untuk menghasilkan inti tat, satukan kesemua bahan dan pukul hingga sebati. Tapis dan tuang ke dalam kulit pai yang telah dimasak tadi.
8. Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar sehingga tat masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tercari-cari hidangan yang sesuai disajikan buat anak-anak di waktu petang begini? Resipi Roti Gulung Sosej ni boleh dicuba. Mudah untuk dibuat malah mengenyangkan! Anak-anak pasti suka.
BAHAN-BAHAN:
12 biji sosej koktel
6 keping roti putih
200gm serbuk roti
1 biji telur ayam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Saban hari, pasti ramai yang mengalami masalah yang sama, terfikir apakah hidangan yang hendak dimasak sebagai sarapan untuk sekeluarga. Tidak kira sama ada suri rumah tangga, mahu pun ibu bekerja. Inilah dilema yang sering dihadapi.
Berikut adalah resipi sarapan yang mudah disediakan.
Di dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).
Kemudian masukkan cincangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
Sediakan loyang/bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut.
Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga telur masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. BUBUR NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras wangi
1 keping dada ayam | dadu kecil
½ batang lobak merah | dadu kecil
2cm halia muda |mayang halus
Air secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur.
Dada ayam dan lobak merah didadu kecil dan masukkan ke dalam bubur ayam. Masukkan hirisan halia. Gaul sekata.
Didihkan bubur ayam beberapa minit lagi hingga semua bahan masak sepenuhnya. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tutup api dan angkat.
Tabur cincangan daun bawang ketika menghidang.
3. NASI GORENG PEDAS SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 batang sosej | bulat nipis
2 sudu makan cincangan daun bawang
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi
2cm belacan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
4. BURITOS CHICKEN AND MUSHROOMS
BAHAN-BAHAN:
2 keping tortilla
2 keping dada ayam
10 biji cendawan butang |hiris nipis
150gm1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning
2 sudu makan mayones
1 sudu teh oregano kering
Daun salad secukupnya
Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan oregano kering pada kepingan ayam lalu dipanggang dengan sedikit minyak zaitun hingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.
Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dalam kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Tortilla dipanaskan sedikit di dalam kuali leper. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pada tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.
Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi. Gulung tortilla rapi dan hidangkan.
5. EGG PRATA ROLL
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan
1 labu bawang besar | cincang halus
3 biji telur
1 sudu makan cincangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali leper.
Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian hingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dalam kuali. Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
Letak telur ke dalam prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.
6. ROTI GULUNG BERINTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti
3 biji telur |pukul sedikit dengan garpu
1 cawan tuna flakes (dalam tin) | toskan
1 labu bawang besar |cincang halus
1 biji cili merah |cincang halus
1 biji cili hijau | cincang halus
1 sudu teh paprika
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
Roti dibuang tepinya dan dileperkan.
Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yang telah dileperkan. Sapu sekeliling roti dengan sedikit telur. Gulung dan kemaskan.
Celup roti ke dalam bancuhan telur.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng gulungan roti hingga keperang-perangan. Toskan dan sedia hidangkan.
7. PANKEK MINI GULA MERAH KELAPA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
280ml susu segar
30gm gula halus
50gm kelapa parut | putihnya sahaja
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Air gula merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
Panaskan kuali leper (non stick). Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
Hidangkan pankek bersama air gula merah dan lebihan kelapa parut.
8. LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI
BAHAN-BAHAN A:
1 cawan tepung gandum
¾ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
15 biji cili padi hijau
4 biji cili hijau
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar | potong bulat
100gm ikan tahai | bersihkan
3cm belacan
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka boleh dikisar supaya bancuhan tidak berketul.
Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Untuk membuat sambal; cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yang telah dibersihkan dan didihkan hingga beberapa minit.
Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.
Info chef:Jika tiada ikan tahai, boleh ganti dengan ikan tamban atau ikan bilis.
9. WESTERN EGG SKILLET
BAHAN-BAHAN:
½ cawan susu segar + krim masakan
¼ cawan air
2 sudu makan minyak zaitun
2-3 biji telur
3 batang sosej |hiris nipis
4 keping roti (sourdough bread) |potong dadu
1 labu bawang besar | mayang halus
1 biji cili benggala |hiris nipis
10 bij tomato ceri |belah dua
2 sudu makan cincangan parsli
¼ sudu teh serbuk cayenne
¼ sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Tuang minyak zaitun dalam kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dalam ketuhar.
Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato. Masak dalam ketuhar selama 5-6 minit atau hingga semua bahan lembut.
Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati. Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dari ketuhar.
Lubangkan 2-3 bahagian roti dalam kuali tadi dan pecahkan telur di dalamnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dalam kuali. Masukkan kembali dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.
10. NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu makan mentega
2 biji telur
10 ekor udang segar |bersihkan
2-3 ulas bawang putih |cincang halus
Sedikit cincangan daun bawang |hiasan
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.