Bila apam yang dimasak menjadi gebu tentulah terlagi-lagi nak membuatnya. Bersarang teruk la pula. Jangan tenung lama-lama. Mari membuatnya.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
Setengah cawan gula merah
Setengah cawan gula pasir(kalau suka manis masukkan 1 cawan gula)
Secubit garam
2 helai daun pandan
Sepeket yis Mauripan 11 gram
2 cawan air.
Kelapa parut
Cara memasak:
1.Masak gula merah dengan gula pasir dan garam tadi dengan dua cawan air hingga larut.
2. Masukkan dua helai daun pandan. Sejukkan.
3. Masukkan tepung bersama yis.Gaul rata.
3.Kemudian masukkan air gula yang telah sejuk tadi.Gaul hingga sebati.
4.Perap satu jam (kalau nak bersarang perap la lama sikit 2-3jam ) di dalam loyang atau bekas plastik yang disapu minyak.
5.Panaskan pengukus 15 minit sebelum mengukus.Apabila apam dah naik, boleh kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
6.Apabila masak, bolehlah digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Nota*Sekiranya adunan tak naik berkemungkinan yis rosak atau kurang air.Yis tak boleh mengembang sebab kurang air.
Cuba tambahkan air sedikit demi sedikit. Insyaallah kalau yis tak rosak, adunan akan mula mengembang.
Kredit : NiezaRosez
#mahn
https://www.rasa.my/kuih-lapis-guna-santan-asli-padu-rasa-lemaknya/
Buat Rempeyek Dengan Hanya Menggunakan Kulit Popia. Memang Mudah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Tepung Bungkus Sedap Untuk Minum Petang
Tepung Bungkus adalah salah satu kuih tradisional yang jadi kegemaran ramai tak kira tua atau muda. Ramai yang beranggapan, kuih ni susah nak dihasilkan. Mudah je sebenarnya. Boleh cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti anda kagum dengan hasilnya.
CARA BUAT KUIH TEPUNG BUNGKUS SEDAP
BAHAN TEPUNG BERAS (BADAN LUARNYA):
- 1 1/2 cawan tepung beras (beli online disini)
- 4 cawan santan
- Garam secukup rasa
- Daun pisang secukupnya – dilayur
BAHAN DOH TEPUNG PULUT:
- 1 1/2 cawan tepung pulut (beli online disini)
- Air secukupnya
BAHAN INTI:
- 3 cawan kelapa parut putih
- 1 cawan gula merah (beli online disini)
- 1/2 cawan gula pasir (beli online disini)
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air (beli online disini)
- 2 helai daun pandan – disimpul
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti, masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut. Kemudian tapiskan.
2. Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering. Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
3. Dengan api perlahan, kacau rata sehingga intinya lembab-lembap sedikit. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut, jadikan doh.
5. Ambil sedikit doh kemudian masukkan inti secukupnya. Bentukkan lonjong atau bulat-bulatkan doh inti. Buat sehingga habis. Ketepikan.
6. Dalam bekas berasingan, satukan tepung beras, santan dan garam. Sebatikan. Kemudian masak hingga pekat dan meruap. Padamkan api.
7. Sediakan daun pisang, ambil 1-2 sudu makan adunan tepung beras dan ratakan. Kemudian masukkan doh berisi inti tadi.
8. Bungkus dan kemaskan. Lakukan hingga habis adunan.
9. Kukus Tepung Bungkus selama 15 – 20 minit.
10. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Sukatan ini akan dapat dalam 30 biji kuih Tepung Bungkus.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Tercari-cari RICE COOKER baru yang berkualiti dengan harga berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Lima Kuih Tradisi Tanpa Telur. Sedap & Sesuai Untuk Yang Alergi
Bagi mereka yang mudah mendapat alergi , telur adalah satu ramuan makanan yang patut dielakkan. Terdapat banyak koleksi menu kuih muih tradisi yang tidak mengandungi telur. Jadi sesuai sangat bagi mereka yang alergi.
Dahlah sedap kosnya pula sangat menjimatkan. Boleh jamu famili sampai puas dan kenyang. Jom semak resipi dari Chef Fame Taufiq Fakarudin dari UOW Malaysia KDU University College
1. PULUT DAKAP @ PULUT PISANG
BAHAN-BAHAN :
- 400gm beras pulut | direndam selama sejam bersama beberapa titik pewarna
- 250gm santan pekat
- 50gm gula
- 15gm garam
- 5 biji pisang raja @ secukupnya
- Daun pisang secukupnya | dilayur
- Beberapa helai tali untuk mengikat
- Beberapa titik pewarna jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air didalam periuk kukus
2. Keringkan beras pulut yang telah direndam.
3. Letakkan di atas dulang yang dilapik daun pisang dan kukus pulut selama 25-35 minit, separuh atau 3/4 masak
4. Keluarkan pulut yang dikukus dan gaulkan santan, gula dan garam sebati
5. Layukan daun pisang untuk dibuat pembalut
6. Kupas kulit buah pisang dan belah 2 pisang secara melintang/memanjang
7. Letak sebanyak 120gm pulut tadi ditengak daun pisang secara melintang,ratakan.
8. Letakkan buah pisang yang dipotong di tengah tengah pulut.
9. Lipat 2 daun pisang tapi pastikan pulut membalut buah pisang
10. Gulungkan daun pisang, pastikan pulut dan buah pisang berada ditengah
11. Lipatkan kiri dan kanan daun pisang tadi dan pastikan balutan tadi kemas dan padat
12. Ambil 2 biji kuih yang telah dibalut tadi dan satukan kuih tadi, atas dan bawah
13. Ikat keliling 2 kuih dengan tali untuk dijadikan satu,pastikan ikatan kuat dan kemas
14. Letakkan di atas dulang dan kukuskan selama 10-15 minit
15. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang
Saiz Hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Gandingan rasa lemak pulut dan pisang yang manis
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Elok pilih pisang raja sebab tak mudah lembik macam jenis pisang lain.
2. KACANG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Bahan inti kacang hijau:
- 250gm kacang hijau | direbus empuk
- 150gm kelapa parut
- 180gm gula
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
Bahan bancuhan tepung:
- 200gm tepung gandum
- 100gm tepung beras
- 5gm garam
- 5gm gula
- 2gm serbuk kunyit
- 50ml air kapur
- 300ml air
CARA MEMASAK:
Cara masak inti :
1. Gaulkan kacan hijau bersama kelapa parut, gula dan garam sehingga sebati
2. Kepalkan adunan tadi sebesar bola gof dan tekan setebal 10mm
Cara memasak kuih kasturi:
1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam balang pengisar, kisar sehingga sebati.
2. Panaskan minyak di dalam kuali
3. Celupkan kepalan kacang hijau tadi ke dalam adunan tepung
4. Goreng sehingga kuning keemasan
5. Sedia dihidangkan
Saiz Hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Gandingan rasa lemak pulut dan pisang yang manis
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Ada yang panggil kuih kasturi, kuih kacang hijau atau kuih rengas tapi cara memasaknya sama sahaja. Rasa inti kacang hijau berkrim dan bancuhan tepung diluar merangupkan kuih ini.
3. APAM ENO BERAS
BAHAN-BAHAN
Bahan Apam:
- 400gm tepung beras
- 200gm nasi sejuk
- 500ml air
- 10gm yis kering
- 60gm gula
- Garam secukup rasa
- 1 paket ENO
- Beberapa titik pewarna
Bahan kelapa parut :
- 2 biji kelapa parut | ambil yang putih sahaja
- Garam secukup rasa
*Gaulkan
CARA MEMASAK:
1. Campurkan nasi, gula, air dan yis ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus
2. Tuangkan ke dalam bekas tepung beras dan gaul sehingga sebati
3. Perap adunan tadi selama 2-3 jam di dalam bekas yang tertutup.
4. Campurkann ENO kedalam adunan dan bahagikan kepada dua adunan
5. Campurkan satu adunan pewarna merah
6. Masukkan adunan merah kedalam acuan yang disapukan sedikit minyak dan paipkan adunan putih keatas/ke dalam adunan merah
7. Kukus selama 10-15minit
8. Sedia untuk dihidangkan dan taburkan kelapa parut pada apam yang telah dimasak
Saiz Hidangan : 12 orang
Waktu memasak : 5 jam 20 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Eno dan tapai menjadikan tekstur apam gebu dan lembut lagi enak
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Kukus sekejap kelapa parut agar tahan lama dan tak cepat basi.
4. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN :
Bahan Inti :
- 200gm daging | dikisar
- 60gm serbuk kari
- 60ml air
- 50gm bawang putih | dicincang
- 120gm bawang besar | dipotong dadu kecil
- 20ml minyak masak
- Garam dan lada sulah secukupnya
- 5gm gula
Bahan hiasan :
- 100gm cili Merah
- 50gm bawang goreng
- 50gm daun bawang
- 50gm daun sup
Bahan adunan kuih cara :
- 200gm tepung gandum
- 450ml santan cair
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak inti:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga kekuningan
2. Masukkan rempah kari yang dicampurkan air dan masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kacau sehingga air kering
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara masak kuih :
1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam balang pengisar, kisar sehingga sebati.
2. Panaskan loyang dan sapu sedikit minyak, tuang adunan ke dalam acuan
3. Sudukan inti ke atas adunan tadi, kemudian taburkan bahan hiasan di atas inti
4. Tutup Loyang dengan penutup
5. Masak selama 4-5minit diatas api yang perlahan
6. Cungkilkan kuih cara yang telah masak dan hidangkan apabila sejuk
Saiz Hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Inti daging menjadikan ia kuih yang mengenyangkan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Boleh juga menggantikan daging dengan ayam atau tuna. Tapi daging pilihan yang paling sedap.
5. KUIH JONGKONG
BAHAN-BAHAN :
Bahan hijau manis :
- 200gm tepung beras
- 600gm santan cair
- 25gm gula
- 30gm garam
- 10 helai daun pandan
- 150gm gula kabung/Melaka, dihiris halus
Bahan putih pekat :
- 200gm santan pekat
- 30gm tepung jagung
- Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membalut | potong sebesar 2 inci
CARA MEMASAK :
1. Kisarkan santan cair bersama daun pandan, tapis
2. Di dalam pengisar yang sama, kiraskan tepung beras, gula, garam dan santan pandan sehingga sebati
3. Tuang kedalam periuk
4. Kacau dan masak adunan tadi di atas api yang sederhana sehingga pekat
5. Di dalam periuk yang berasingan, kacau dan masak santan pekat bersama tepung jagung dan garam diatas api yang sederhana sehinggan pekat.
6. Potong daun pisang dan layurkan di atas api
7. Letak 1 1/2 sudu besar adunan pekat yang berwarna hijau di tengah tengah daun pisang
8. Taburkan hirisan halus gula Melaka ditengah adunan hijau tadi, sudukan 1 sudu besar adunan hijau untuk menutupi gula Melaka tadi
9. Sudukan pula satu sudu besar adunan pekat putih ke atas adunan hijau tadi
10. Lipatkan daun pisang keatas, pastikan adunan tadi berada di tengah-tengah daun pisang
11. Sekarang lipat bahagian tepi kiri dan kanan daun pisang ke tengah, kemaskan lipat tersebut
12. Dengan mengunakan pencungkil gigi atau lidi buluh yang dipotong pendek, cucuk daun pisang tadi dibahagian atas daun pisang supaya tidak terbuka
13. Panaskan air di dalam periuk kukus
14. Kukus selama 10-15 minit
15. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang
Saiz Hidangan : 12 orang
Waktu memasak : Sejam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih tradisional lama yang lemak manis
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Anda boleh juga mencampurkan sedikit tepung ubi kayu ke dalam adunan kuih.
RESIPI : CHEF FAME TAUFIQ FAKARUDIN
TERIMA KASIH: UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie
Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shan Alam, Selangor
Kaswi Pandan Viral. Senang Dan Mudah
Kaswi pandan viral ini senang dan mudah je nak membuatnya. Taklah sepayah yang disangkakan.
Selalu masak memang pakai loyang. Tapi, lambat nk tunggu sejuk baru boleh potong. So, bila buat macam ni, lagi mudah dan cepat dimakan.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari ini akan dapat 34 biji kuih kaswi pandan ni. Sedap? Dijamin sedap! Selamat mencuba!
Kaswi Pandan Viral
Bahan-bahan Kaswi Pandan Viral:
1 1/2cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1/2 cawan tepung ubi – boleh beli online di sini
1 sudu kecil air kapur (jernih)
Secawan gula – boleh beli online di sini
2 cawan air dikisar dengan daun pandan 7-8 helai )ambil airnya)
1cawan santan cair/ air biasa
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
Sedikit minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Lain:
Kelapa muda parut
Sedikit garam – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Semua bahan di atas dikisar atau kacau guna guna whisk. Kemudian tapis.
Setelah itu, tuangkan ke dalam acuan yang dioles minyak. Kemudian bolehlah dikukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.
Selepas masak, angkat.
Bila kuih dah suam-suam sikit, keluarkan kuih dengan lidi sate.
Bila nak makan, bubuh sedikit kelapa parut yang dikukus dengan sedikit garam. Pehh!! Ke langit perginya.
Selamat mencuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official