Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan ni memang sedap. Mudah je bahan-bahannya. Lagi istimewa, menu ini masak tanpa guna minyak masak langsung.
Minyak yang digunakan adalah 100% dari kulit ayam sendiri.
Bila dibakar, ayam tersebut dimasak dengan api perlahan sampai kulit ayam keluarkan minyak dan terbalikkan ayam hanya bila kulitnya masak garing. Guna cara ni hasilnya memang sangat sedap lebih lagi jika dimakan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Norhidayah Mohd Aripin. Dijamin puas hati.

RESIPI CHICKEN CHOP CRISPY & SOS CENDAWAN SEDAP

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
BAHAN-BAHAN:
Paha ayam – dibuang tulang
Serbuk lada hitam beli online disini
Serbuk lada sulah beli online disini
Garam secukup rasa
Serbuk bawang putih beli online disini
Sedikit garam
Ubi kentang beli online disini
BAHAN SOS:
Mentega
Bawang putih – cincang halus
Sedikit cooking cream
Cendawan butang – hiris
Air -jika perlu sahaja
Mushroom Seasoning secukupnya beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan tabur serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan sedikit garam.
2.Letak atas kuali, buka api perlahan dan bakar hingga ayam keluarkan minyaknya sendiri.
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak3.Bila sudah garing, terbalikkan. Masukkan kentang.
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak4. Jaga api dan kena sabar. Jangan balik balikkan ayam, biar je hingga betul- betul masak satu bahagian, baru balikkan sebelah bahagian lagi. Bila masak, angkat.
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak5.Minyak dan kerak kerak ayam jangan buang, terus masuk mentega dan bawang putih.
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak 6.Masukkan sedikit cooking cream, mushroom, air (jika perlu sahaja). Perasakan dengan mushroom seasoning dengan secukupnya.
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak7.Tuang sos pada ayam yang masih panas dan berkulit garing.
8.Chicken Chop sedia untuk dinikmati.

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin

 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni

Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI