
Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis bukan sekadar campuran bahan dan sukatan biasa. Ia datang bersama kenangan, kasih sayang, dan air tangan seorang ibu yang tak mungkin dapat diganti. Begitulah kisah Seri Kaya Homemade Lemak Manis ini, resipi yang diwariskan oleh arwah ibu Encik Zainuddin Mohd Noh, dan kini kembali mencuri perhatian ramai kerana rasanya yang klasik, halus, dan wangi pandan semerbak persis kaya kampung zaman dahulu. Beliau kini turut menjadikan seri kaya ini sebagai produk jualan di bawah jenama Din Kaya miliknya.
Menurut Encik Zainuddin, setiap kali ibunya membuat kaya, aroma santan dan daun pandan yang merebak ke seluruh rumah menjadi tanda pagi hujung minggu sudah tiba. Waktu itu, tiada pembancuh elektrik, tiada dapur moden hanya senduk kayu, sabar, dan kasih sayang. Kaya dimasak perlahan di atas api kecil, dikacau hampir sejam agar tidak berketul, hingga warnanya bertukar perang keemasan dan baunya cukup menggamit selera.

Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis
Bahan-bahan:
- 10 biji telur
- 1 kg gula
- 600ml santan (kotak atau segar)
- 4 helai daun pandan
- Sedikit garam
Bahan Air Gula Hangus:
- 1 cawan gula
- ¼ cawan air

Cara Penyediaan Air Gula Hangus:
- Masukkan 1 cawan gula dan cairkan sehingga bertukar keperangan.
- Kecilkan api dan masukkan ¼ cawan air perlahan-lahan.
- Kacau sehingga gula hangus tadi larut dengan berhati-hati.
- Ketepikan dan biarkan sejuk.
Rahsia Air Gula Hangus
Air gula hangus bukan sekadar pewarna ia adalah rahsia aroma bakar yang memberi rasa “kaya sebenar”. Gula dicairkan perlahan hingga perang keemasan, kemudian ditambah air sedikit demi sedikit agar tidak hangus. Campuran ini menjadikan warna Resipi Seri Kaya Homemade lebih natural dan tidak terlalu pucat seperti versi komersial.

Cara Penyediaan Seri Kaya:
- Masukkan 10 biji telur dan 1 kg gula ke dalam mangkuk stainless steel.
- Kacau adunan telur dan gula hingga sebati.
- Masukkan santan dan garam lalu kacau hingga sekata.
- Tuangkan 1 cawan air gula hangus ke dalam adunan dan kacau sebati.
- Masukkan daun pandan dan sedia untuk dimasak secara double boil.
- Masak secara double boil selama 45 minit hingga 1 jam sambil dikacau perlahan.
- Apabila adunan mulai likat, angkat dari dapur. Tekstur akan lebih pekat selepas sejuk.
- Tuang kaya panas ke dalam balang kaca dan tutup kedap (jika ingin disteril). Jika tidak, biarkan sejuk sebelum dituangkan ke dalam botol kaca.

Proses Sterilisasi:
- Rebus botol kaca selama 10 minit.
- Biarkan botol kering sendiri tanpa dilap.
- Tuang Seri Kaya Homemade Lemak Manis panas ke dalam botol kaca yang telah disteril, isi sehingga ¾ penuh.
- Tutup rapat semasa kaya masih panas bagi membentuk vacuum seal semula jadi.
- Rebus semula botol kaca berisi kaya dalam air mendidih selama 30–45 minit.
- Biar sejuk secara semula jadi sebelum diangkat.
Untuk kegunaan rumah atau jual kecil-kecilan, kaedah rebus balang ini cukup selamat asalkan disimpan dalam peti sejuk.

Dari Dapur Ibu ke Hati Semua
Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis ini bukan sekadar makanan ia adalah warisan. Ia membawa kita mengimbas kembali momen kecil di dapur waktu ibu berdiri lama mengacau periuk dengan penuh kasih, namun senyum tetap menghiasi wajah.
Bagi Encik Zainuddin, setiap kali kaya ini dimasak, seolah-olah arwah ibunya masih ada, menemani dari sisi dengan kasih sayang yang tak pernah hilang. Kini, resipi ini dikongsi bukan sekadar untuk dinikmati, tetapi untuk meneruskan legasi cinta dan rasa yang diwariskan dari generasi ke generasi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
 sekarang!
sekarang!

 


