Kuih muih tradisi yang sudah zaman berzaman memang sedap. Kosnya pun murah berbanding kuih moden. Bahannya pun ringkas sahaja
Kuih bait, antara kuih lama yang susah nak jumpa. Menerusi perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli, rasanya sedap kenyal-kenyal dengan inti kacang hijau.
1. Masak nisse dengan santan, air dan daun pandan. Biar cair kesemuanya. Ketepikan. 2. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum, gaul sebati. Masukkan air nisse tadi.
3. Uli sampai jadi doh dan tidak melekat di jari. Rehatkan doh dalam 1 jam paling kurang.
1. Rebus kacang. Apabila sudah empuk, masukkan nisse, santan dan gula. 2. Apabila hampir kering dan pekat, masukkan bawang yang ditumis tadi. Masak sampai kacang jadi kering dan pekat.
Ads
3. Apabila bahan semua dah siap, layur daun pisang dan kemudian sapukan sedikit minyak. Ambil doh bentukkan bulat, masukkan inti kacang, bulatkan kembali. 4. Kemudian buat kelongsong atau kon dari daun pisang. Kukus selama 20 ke 25 minit. Siap untuk dimakan.
Menghirup kuah sup adalah salah satu kelegaan apatah lagi jika tekak sedang tak sedap makan. Sup daging sedap dimakan pada waktu makan tengah hari dan juga cuaca sejuk. Kiranya memang sesuai pada apa-apa keadaan pun. Apa kata kali ni kita cuba buat sup ala Siam. Daging bercampur kentang sudah semestinya sedap dimakan bersama nasi putih ataupun dihirup begitu sahaja.
SUP SIAM
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg tulang
• Minyak masak untuk menumis
• 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 1/2 inci halia (ditumbuk)
• 1 peket rempah sup bunjut atau sup tulang
• 1 sudu besar rempah sup serbuk (dikacau bersama sedikit air)
• 1 sudu besar sos ikan
• 2 biji ubi kentang (dipotong 2)
• 4 biji cili padi (diketuk)
• 1/2 biji bawang holand (hiris bulat-bulat)
• 1 biji tomato (dibelah 4)
• 1/2 batang saderi (dihiris)
• 1 biji perahan air limau nipis
• Sedikit garam dan gula
• Sedikit bawang goreng
• Sedikit daun sup
• Sedikit daun bawang
CARA MEMBUAT
1. Rebuskan tulang sejam atau sehingga empuk. Pastikan air menenggelamkan semua tulang. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan rempah sup serbuk, sos ikan dan air rebusan dan tulang tadi.
4. Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5. Kemudian masukkan cili padi, hirisan bawang holand, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6. Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul dan sesuaikan rasa.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Kuih muih melayu memang sukar nak jumpa yang sedap dan memuaskan hati. Jadi boleh cuba buat kuih lejen ni, tepung gomak inti kelapa manis.Ikut cara ini boleh dapat dalam 20 biji kuih. Hidang untuk minum petang memang layan.
KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS
Inti: ½ biji kelapa parut muda 3 sudu makan gula merah / gula melaka 3 sudu makan gula pasir 2-3 helai daun pandan disimpul 1 cawan air 1-2 sudu makan tepung gandum (Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)
Cara memasak: 1. Didihkan air bersama daun pandan. 2. Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah dan gula pasir. Renehkan seketika. 3. Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering. 4. Masukkan tepung gandum / sebarang tepung dan masak seketika. Gaul rata, sejukkan. 5. Bulat-bulatkan besar ikut suka.
Cara membuat: 1. Larutkan garam bersama air. 2. Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas. 3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas. 4. Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras. 5. Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan. 6. Didihkan air dalam periuk. 7. Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.
Bahan salut: Kacang hijau Cara membuat: 1. Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan. 2. Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang. 3. Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak dan kisar lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung. 4. Sangai tepung kacang hijau sekali lagi. 5. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CARA PALING MUDAH: Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis ROASTED ye. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual. Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas. Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih kole kacang, batang buruk dan putu kacang. Kredit: Marlia Lia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Terdapat pelbagai biskut moden yang telah di ubah suai. Pelbagai bahan telah ditambah ke dalam biskut untuk menyedapkan lagi biskut seperti oat, susu, Horlicks dan sebagainya. Jadi, anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih biskut yang anda sukai. Jom cuba 10 jenis biskut ini.
1. PUTU KACANG BERSUSU
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung kacang hijau
150gm susu tepung
100gm gula ising
50gm gula ising untuk hiasan
Sedikit air untuk lembapkan adunan
CARA MEMASAK:
Gaul semua bahan di atas kecuali air. Kemudian barulah direnjis sedikit air ke dalam adunan. Jangan terlalu basah.
Taburkan sedikit gula ising ke dalam acuan. Kemudian tekan kuat adunan ke dalam acuan. Keluarkan dari acuan. Ulangi langkah hingga selesai.
Bakar menggunakan suhu 150C selama 10 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut selera masing-masing.
2. BATANG BURUK BERSUSU HORLICKS
BAHAN-BAHAN:
20 keping kulit popia
Minyak masak secukupnya
UNTUK SALUTAN:
200gm serbuk kacang hijau
150gm Horlick
100gm susu tepung
100gm gula ising
CARA MEMASAK:
Kulit popia dipotong mengikut cita rasa. Panaskan minyakdan goreng kulit popia. Angkat dan toskan.
Campurkan kesemua bahan untuk salutan dan kemudian gaulkan dengan kulit popia yang telah digoreng.
Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa kacang hijau beri kelainan
Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
3. JEJARI SUSU BEROAT
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung gandum
100gm susu pekat
100gm oat
100gm gula halus
150gm marjerin
1 biji telur
10gm soda bikarbonat
10gm baking powder
HIASAN:
Sedikit kuning telur
Oat
CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan susu, oat, baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh. Terap adunan tadi beralaskan plastik.
Potong memanjang kemudian sapukan kuning telur dan sedikit oat sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Tekstur oat dapat dirasa ketika digigit
INFO CHEF: Agak menyihatkan kerana mengandungi oat.
4. BEBOLA SUSU
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung gandum
100gm susu pekat
100gm gula halus
150gm marjerin
1 biji telur
10gm soda bikarbonat
10gm serbuk penaik
CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan susu pekat, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Gaul hingga sebati.
Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh.
Bentukkan adunan seperti bebola.
Bakar sehingga masak pada suhu 150C selama 10 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak susu
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
5. BISKUT BUNGA HORLICKS
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung gandum
100gm susu pekat
100gm gula halus
150gm marjerin
100gm Horlicks
1biji telur
10gm soda bikartbonat
10gm serbuk penaik
Cip Coklat untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama marjerin dan gula hingga kembang.
Masukkan pula susu, Horlick, soda bikarbonat, baking powder. Gaul sebati.
Masukkan tepung kemudian uli hingga membentuk doh.
Bentukkan adunan menjadi bunga. Letakkan cip coklat sebagaihiasan.
Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak Horlicks
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
6. BISKUT SUSU BERTAKTHA
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung jagung
200gm susu pekat
250gm marjerin
Ceri merah secukupnya |hiasan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Sekiranya adunan agak lembik, boleh tambah tepung jagung sedikit demi sedikit.
Bentukkanm adunan tadi bulat-bulat dan leperkan sedikit. Letakkan ceri merah di atasnya. Letak di dalam dulang pembakar.
Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa susu yang sedap
INFO CHEF: Boleh juga hiaskan dengan manik warna-warni untuk lebih menarik.
7. BISKUT RERAMA
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung jagung
200gm susu pekat
250gm marjerin
Coklat masakan secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.Sekiranya adunan agak lembik,boleh tambah tepung jagung sedikit demi sedikit. Bentukkan menjadi doh.
Uli dan tekap menjadi bentuk rama-rama. Paipkan coklat masakan yang dicairkan untuk membentuk rama-rama.
Masukkan di dalam loyang pembakar. Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Bentuk yang unik
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
8. BISKUT NESTUM
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung gandum
100gm marjerin
100gm gula ising
100gm soda bikarbonat
100gm serbuk penaik
80gm Nestum
20gm Horlicks
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan tepung bersama soda bikarbonat, serbuk penaik, horlicks dan Nestum. Kacau sebati.
Uli hingga menjadi doh dan bentukkan mengikut cita rasa masing-masing.
Letakkan di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Sangat mudah dibuat dan sedap.
9. BISKUT JEJARI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
200gm susu pekat
250gm marjerin
Coklat masakan | hiasan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Uli adunan dan bentukkan memanjang. Masukkan di dalam loyang pembakar.
Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
Dengan menggunakan ‘piping’, hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan sedikit ceri warna-warni di atasnya.
Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Coklat masakan dicairkan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
10. BISKUT BURGER COKLAT
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung jagung
200gm susu pekat
250gm marjerin
Coklat masakan secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan, gaul sebati.
Setelah itu, bentukkan adunan bulat leper. Letakkan coklat masakan yang telah dicairkan di atas sekeping biskut dan lapiskan dengan sekeping lagi. Bentukkan seperti burger.
Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak susu
INFO CHEF: Boleh letakkan manik warna-warni atau lukiskan corak di permukaan atas biskut untuk lebih menarik.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.