Sambal tumbuk memang sinonim dengan selera Melayu. Jika tekak Melayu, tak ada sambal memang tak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal tumbuk yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba.
1. Sambal Belimbing Buluh
Bahan-Bahan:
Segenggam ikan bilis
8 biji belimbing buluh
9 biji cili padi merah – boleh ubah jumlah ikut tahan kepedasan masing-masing
3 biji bawang merah
Minyak masak secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan belimbing buluh, cili padi, bawang merah dan ikan bilis.
2. Goreng semua bahan hingga lembut dan wangi. Angkat dan toskan minyak.
3. Tumbuk semua bahan hingga hancur.
4. Tambahkan gula, garam dan perasa ikut citarasa. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Kak Yah
2. Sambal Bilis Tumbuk
Bahan-Bahan:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Cuci ikan bilis dan toskan.
2. Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3. Keluarkan dari lesung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Ads
4. Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5. Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6. Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
3. Sambal Terasi
Bahan-Bahan:
3-4 biji tomato
1cm belacan
3 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang diingini
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng tomato, bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi hingga layu.
2. Angkat dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga semua bahan lumat.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Ads
4. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Ruhaidini Abd Kadir
4. Sambal Gesek Negeri Sembilan
Bahan-Bahan:
15 tangkai cili api
Sejemput ikan bilis
2 biji perahan limau kasturi
Garam jika perlu
Cara Memasak:
1. Goreng garing ikan bilis. Angkat dan tos minyak.
2. Tumbuk cili api dan masukkan ikan bilis yang telah digorengkan tadi.
4. Sedia dinikmati bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
INFO CHEF: Boleh juga guna ikan bilis mentah tanpa digoreng terlebih dahulu.
Kredit resipi & foto: Azimah Abdul Malik
Ads
5. Sambal Cili Api Berapi
Bahan-Bahan:
4 genggam cili api (merah & hijau)
1 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar – dibelah 4
5 biji bawang kecil – dibelah 2
7 ulas bawang putih
3 biji tomato – dibelah 4
1 inci belacan – nak bakar atau tidak, terpulang
Sedikit asam jawa/cuka
Garam dan gula
Cara Memasak:
1. Goreng ikan bilis separuh garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato.
3. Kisar kasar semua bahan-bahan goreng tadi bersama belacan. Tambah sedikit minyak menggoreng tadi.
4. Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam, gula dan asam jawa. Masak sampai pecah minyak.
5. Bila sambal dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.
INFO CHEF: Jika nak bagi sambal tahan lama, jangan masukkan air semasa mengisar.
Kredit resipi & foto: Imah Rahman
Jika anda penggemar sambal tumbuk, koleksi ini memang wajib dicuba kerana semuanya mudah disediakan. Dengan teknik yang betul, rasa setiap variasi sambal tetap mantap dan membuka selera.
Tak lengkap hidangan Melayu tanpa sambal. Kalau nak tahu, Sambal Kelantan ini memang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia sesuai dimakan untuk semua jenis nasi. Kalau pernah rasa kenduri di Kelantan, ha…inilah sambalnya. Sekali buat dalam jumlah yang banyak kerana sambal ini boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama disimpan lagi sedap. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan rasanya.
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
6-7 biji cili merah
1 genggam cili api ( hijau & merah)
6 biji limau kasturi (kisar sekali dengan kulit)
1 biji bawang besar bakar
6-7 ulas bawang putih bakar
1/2 cawan cuka
1 keping manisan kampung
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga hancur.
2. Bila siap kisar, simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk supaya sambal tahan lama.
INFO: Sambal Kelantan tidak menggunakan belacan dan tidak perlu letak air masa kisar.
Nasi daging dimasak dengan bahan tumis yang membangkitkan aroma dan menggunakan air rebusan daging itu. Tidak lengkap nasi daging tanpa air asam. Paduan keduanya memberi rasa yang mantap.
Bahan-bahan:
Daging (potong basuh dan rebus sampai lembut. Nak senang kalau tak ada pressure cooker rebus dalam periuk nasi . Sejam setengah dah lembut)
3 cawan beras basmathi (basuh rendam setengah jam dan toss. Kalau beras biasa tak perlu rendam. Basuh dan tos sahaja.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
(3 bahan ini dimayang halus)
1 biji tomato -dadukan
daun pandan- simpulkan
2 sudu rempah kurma
1 sudu rempah kari daging
(bancuh kedua-dua rempah itu jadikan pes)
1 cawan susu cair
4 sekawan
2 sudu besar minyak sapi /mentega
Cara memasak:
1.Panaskan minyak sapi@mentega. Tumis 4 sekawan diikuti bawang-bawang, daun pandan, halia dan tomato.Biar kekuningan.
2.Masukkn pes rempah tadi. Kacau agar tak hangit.Biar sampai pecah minyak.
3.Masukkan beras dan gaul sebati dengan bahan-bahan tumis.
4.Masukkan air rebusan daging bersama daging. Pastikan paras air lebih 1 inci dari paras beras.
5.Masukkan susu cair, garam dan bahan perasa. Gaul sebati. Tutup periuk dan masak nasi macam biasa.
6.Siap untuk dihidang.
Air asam kerisek Bahan-bahan:
Segenggam cili api
2 biji cili besar merah
2 inci belacan
Separuh labu bawang besar
Separuh buah tomato
Cara buat:
1.Kisar semua bahan tadi.
2.Gaul bahan kisar bersama. (tomato ,bawang besar , cili api yang diracik halus. 3.Campur 2 sudu kerisek.
4.Letak Air asam (ikut citarasa nak cair atau pekat)
5.Masukkn garam dan gula. Sesuaikn rasa.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.