Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Ada yang teringin nak makan nasi daging utara? Tak perlu lauk banyak, cukup dipadankan dengan air asam padu yang memang ummpphh, sedap!

Resipi daripada orang utara sendiri, Rozie Rahman memang senang dan cepat. Lain orang lain style, lain citarasa, tapi hasilnya akan lebih kurang je. Jom kita cuba!

NASI DAGING UTARA

BAHAN-BAHAN:

3 mangkuk beras – beli online di sini
1 ½ kg daging
2 inci halia | dipotong besar
4 sudu besar pes rempah kurma
3 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
3 inci halia
4 sekawan
6 sudu besar mentega – beli online di sini
6 sudu besar pes rempah kurma – beli online di sini
2 batang serai – beli online di sini
5 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
3 senduk air rebusan daging
¾ tin susu cair – beli online di sini

LANGKAH BUAT :

1. Daging dibasuh dan direbus. Saya letak beberapa tangkai agar-agar tali nak bagi daging cepat lembut. Tambah halia dan pes rempah kurma. Rebus sehingga empuk.

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan dengan mentega. Kacau rata. Kemudian masukkan pes rempah kurma (yang ni saya dah kisar khas resepi warisan), tapi kalau tak ada macam ni, bancuh je pes rempah serbuk, kisar dengan bawang dan halia bagi pekat).

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha
3. Kemudian, masukkan serai dan daun kari. Masakkan sampai rempah pecah minyak. (Tambah sikit garam kalau tak gunakan pes warisan seperti saya).

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha
4. Beras dibasuh dan ditos. Kemudian, masukkan ke dalam periuk bersama daun pandan. Tuang semua tumisan (langkah 2) ke atas beras. Masukkan air rebusan daging serta beberapa ketul daging kalau ada banyak (tak letak daging pun ok je).

IKLAN

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

5. Biarkan masak separuh, kemudian buka periuk, tambah susu cair. Kalau nak masukkan kismis, campak je masuk waktu ni. Biarkan terus masak. Kalau mentah, mungkin sukatan tadi ada masalah atau nasi penuh periuk. Tapi jangan risau, boleh kukus sekejap, selesai.

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

IKLAN

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

 

BAHAN AIR ASAM PADU:

 

20 biji cili padi hijau – beli online di sini
5 biji cili besar – beli online di sini
3 inci belacan – beli online di sini
*kisar semua bahan di atas
10 biji cili padi hijau | dihiris halus
5 biji cili besar merah | dihiris halus
2 biji bawang besar | dihiris halus
4 biji tomato (saiz sederhana besar) | dihiris halus
2 biji limau nipis – beli online di sini

1 biji lemon
Ais asam jawa (jangan cair sangat) – beli online di sini
Limau kasturi (optional) – beli online di sini
2 senduk air rebusan daging
5 sudu besar kerisik – beli online di sini
Hirisan daging

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

IKLAN

LANGKAH BUAT:

1. Kisar cili padi, cili besar dan belacan guna air rebusan daging tapi jangan banyak sangat airnya. Bagi pekat. Jangan kisar halus sangat. Sedang-sedang saja. Dah siap, tuang dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan cili padi, cili merah, bawang besar dan tomato ke dalam bahan kisar tadi. Tambah masuk limau nipis/ lemon berserta air asam jawa (jangan cair sangat).

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha
3. Kalau ada limau kasturi, masukkan juga bagi meriah. Tak perlu picit.
4. Gaulkan semua. Masukkan air rebusan daging dan kerisik. Boleh terus masukkan hirisan daging, gaul sekali. Kalau suka ajinomoto, bubuh sikit. Siap.

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Resipi Lengkap Nasi Daging Utara Sempena Raya Aidiladha

Kredit resipi: Rozie Rahman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Suka Makan Tempoyak? Ini Cara Nak Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama

Sangat Mudah & Jimat Minyak, Daging Bakar Harimau Menangis Guna Air Fryer

Gulai Kawah & Nasi Kebuli Hidangan Raya Korban, Cukup Ramuan Gerenti Bertambah Nanti

Bulgogi Cendawan Shiitake. Resipi Daging Ala Korea Paling Mudah & Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI