1. Buang biji rambutan dan isinya kita siat kecil-kecil. Boleh buang biji dengan kupas isinya dengan jari atau guna pisau kalau isi dia jenis tak lekang dari biji.
2. Potong cili seperti di dalam gambar. Bawang merah dan bawang putih tak payah potong. Kita nak tumis dia besar-besar begini. Oh ya, saya menggunakan penggesek cili cobek.
4. Cuci bersih dan keringkan ikan bilis. Kemudian, digoreng sampai garing dan rangup. Selepas itu, campak sekali dalam kuali dengan cili.
5. Bila bilis dah garing dan bahan lain tu dah lembut. Angkat dan toskan lebihan minyak. Rehatkan bahan ni. Biarkan ikan bilis tadi sejuk sedikit dan menjadi rangup. 6. Sekarang kita boleh gesek bahan-bahan ni guna cobek (tempat menggiling lada). Bilis tu akan berbunyi keriuk-keriuk bila digesek. Cili dan bawang akan dilenyek dengan mudah.
7. Jadilah macam ni! Kalau makan macam ni pun dah mengancam sebenarnya, tapi hero kita adalah rambutan. Jadi harap bersabar!
Ads
8. Satukan rambutan dan sambal gesek bilis tadi. Gaul semuanya sampai sebati. Saya cuba sedikit apa yang kurang. Bilis saya tak masin, jadi kena tambah garam.
9. Letak sedikit garam. Nak letak belacan pun boleh. Cencaluk atau budu pun boleh je. Itu semua sumber kaya dengan umami (rasa sedap yang nikmat). Baru sedap!
10. Akhir sekali, untuk seimbangkan rasa masin, manis, dan pedas tu, saya perahkan sebiji limau kasturi. Kalau tak cukup pedas, boleh tambah cili padi lagi.
11. Siap! Benda ni, kalau ratah macam tu sahaja pun boleh. Manis dan pedas. Ada rasa lemak dari bawang putih yang kita goreng tadi, dan gurih ikan bilis. Makan dengan nasi pun sangat sedap!
Apabila berbicara soal sup, sup di negara Thailand adalah salah satu lokasi yang mempunyai cita rasa sup yang sedap. Dipanggil sebagai Sup Siam, rasanya memang sedap apatah lagi dihirup ketika panas.
RASA kongsikan resipi Sup Siap daripada empunya restoran makanan Siam di Putrajaya, Syeedap Thai Food, Liza Idris.
Jom kita lihat resipinya.
SUP SIAM
BAHAN-BAHAN
1/2 kilo tulang rusuk lembu
Minyak masak untuk menumis
3 biji limau kasturi
1/2 biji bawang holand
2 batang sederi
2 biji tomato
3 biji cili padi (diketuk)
Daun ketumbar
BAHAN TUMIS
1/2 biji bawang holand (dihiris)
4 biji bawang putih (diketuk)
3 batang serai (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)
4 helai daun limau purut
Akar ketumbar
1 peket sup tulang bunjut
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, rebus tulang dan daging sampai lembut.
2. Gunakan kuali, panaskan minyak masak dan tumis BAHAN TUMIS. Tumis sampai kekuningan.
3. Selepas daging empuk, masukkan BAHAN TUMIS dalam periuk daging.
4. Perah buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon.
5. Kemudian masukkan bawang holand, saderi, tomato dan cili padi.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali, tabur daun ketumbar.
Teringin nak makan sesuatu yang manis dan lazat. Ni dia dua kudapan hasil idea Chef Mohd Zamri Idris, pensyarah di Taylor’s University.
Chocolate Custard Churrosnya bukan sembarangan ada koko tepung kastad pada sosnya dan tiramisu pula kaya dengan rasa keju. Sekali makan pasti nak lagi, jom cuba resipi ni.
CHOCOLATE CUSTARD CHURROS
BAHAN-BAHAN :
Bahan churros :
125gm tepung serbaguna
3 biji telur
110gm mentega
240ml air
½ sudu teh garam
Bahan sos kastad coklat :
100ml susu segar
50gm gula
20gm tepung kastad
100gm coklat ‘coin’
Bahan campuran gula dan serbuk kayu manis:
50gm gula
10gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK: Cara membuat churros:
1. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan
2. Panaskan air, masukkan gula dan mentega sehingga mendidih.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan terus mengacau adunan.
5. Pastikan adunan tidak berketul dan tidak melekat pada periuk.
6. Biarkan adunan sejuk seketika
7. Selepas itu bolehlah di masukkan telur dan kacau hingga sebati
8. Masukkan telur satu persatu dan kacau lagi hingga sebati
9. Panaskan minyak dan goreng churros sehingga keperangan.
10. Setelah siap taburkan dengan gula yang dicampurkan dengan serbuk kulit kayu manis
11. Hidangkan untuk minum petang.
Cara membuat sos kastad:
1. Didihkan susu dan masukkan tepung kastad yang telah dicampur air.
2. Masukkan gula dan coklat coin sehingga cair dan pekat
3. Siap untuk dihidangkan bersama churros
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 40 minit
Cara memasak : Didih dan goreng
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Sajian minum petang dan snek yang manis dengan gabungan sos coklat
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Api ketika menggoreng hendaklah perlahan atau sederhana supaya churros dapat masak dengan betul dan tidak kembang.
Bahan krim keju :
250gm krim keju
3 biji kuning telur | dipukul kembang
45gm gula
3 biji putih telur | dipukul kembang
30gm gula
¼ sudu teh garam
5gm ekstrak vanila
CARA MEMASAK: Cara membuat kek span:
1.Ayak tepung. Ketepikan
2.Pukul telur dan gula sehingga kembang dan masukkan tepung ke dalam adunan.
3.Kacau adunan hingga sebati.
4. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kacau rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar
6. Bakar adunan selama 30-40 minit dengan suhu 180°C
7. Sejukkan selepas dimasak.
Cara membuat krim keju:
1. Kuning telur dicampur bersama 45gm gula dan dipukul sehingga kembang dan likat.
2. Masak secara water bath di ata, di bawahnya beralas bekas berisi air.
3. Selepas itu masukkan krim keju yang telah dipukul lembut.
4. Kacau hingga sebati menggunakan mixer tangan.
5. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur, garam dan gula sehingga menjadi kembang
6. Masukkan ke dalam adunan kuning telur dan krim keju, kacau rata
7. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam
8. Kek span dipotong, disapu ekstrak kopi dan diletakkan di dalam bekas
9. Letakkan lapisan pertama krim keju dan diulang sekali lagi.
10. Sejukkan, sebelum dihidang dihias dengan serbuk koko.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 40 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian pencuci mulut barat
Keistimewaan : Sajian pencuci mulut manis sedap dimakan bersama capuccino
Anggaran kos : RM 16
INFO CHEF : Sejukkan dan disimpan semalaman supaya rasa kopi dan krim keju akan sebati, tiramisu akan berasa lebih enak.
RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
Sajian ikan temenung goreng masak asam. walaupun dimasak dengan cara yang cukup ringkas tapi rasanya cukup lazat.
Sesuai untuk orang yang hilang selera makan kerana kuah ikan masam, manis dan pedas boleh menambat selera makan. Ikan temenung goreng masak masam ni sungguh mudah dimasak.
Jom semak resipinya…
IKAN TERMENUNG GORENG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan temenung (cuci, kelar dan goreng)
CARA MEMASAK:
Jika suka goreng sehingga garing atau suku masak pun boleh, ikut selera.
BAHAN TUMIS:
4 biji cabai hidup dihiris nipis-nipis (banyak lagi sedap)
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
4 biji cabai melaka (boleh lebihkan jika suka pedas)
2cm halia
1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Tumis hingga layu semua bahan di atas.
Masukkn ikan dan alih-alihkan ikan hingga bahan tumis mesra.
Selepas itu masukkan air asam cair dlm 1/2 cawan.
Masukkan air 1½cawan. Perasakan dengan garam, gula secubit, serbuk perasa. Biarkan reneh seketika.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!