Bagi penggemar sajian Ayam Pandan, pasti mengetahui keenakan hidangan ini. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Tapi resipi perkongsian saudari Elaine Tanni lagi mudah! Hanya guna Pes Bihun Goreng je, anda boleh hasilkan menu istimewa ini untuk keluarga tanpe perlu kisar rempah lain. Wow… Sesuai sangatlah masak ni bila kesuntukan masa. Jom cuba!
RESIPI AYAM PANDAN AIR FRYER, GUNA OVEN PUN BOLEH
BAHAN-BAHAN: 500gm dada ayam – dibersihkan 2 bungkus Perencah Bihun Goreng segera – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Daun pandan secukupnya Toothpick/lidi sate
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan potong kiub. Boleh dapat dalam 25 ketul asam.
2. Satukan ayam dengan Perencah Bihun Goreng dan juga minyak masak. Gaul sebati dan perap selama 3 jam.
Ads
3. Ambil daun pandan, bersihkan dan potong ikut saiz yang sesuai. 4. Ambil isi ayam dan gulung dengan daun pandan. 5. Cucuk dengan lidi supaya kemas dan daun pandan tidak terburai. Lakukan hingga habis isi ayam.
6. Susun Ayam Pandan dalam Air Fryer. Jika tiada, boleh guna ketuhar atau digoreng pun boleh.
7. Masak ayam selama 20 minit dengan suhu 180°C. 8. Selepas 10 minit, pusing ayam dan bakar lagi hingga habis masa supaya semua bahagian masak sempurna. 9. Ayam Pandan paling simple dan mudah sedia untuk dihidangkan.
Ada tetamu nak datang ke rumah, bolehlah jamu mi kari siam.Mi kari ni kena cukup ramuannya barulah enak rasa.Boleh letak ayam, fishball, fishcake , sotong di dalam kuah
ini. Nanti bila dihidangkan baru nampak meriah dalam pinggan.
Mi Kari Siam
Bahan-bahan:
5 biji bawang merah kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Lengkuas
Halia
2 batang serai
2 biji cili hijau besar
6 biji cili padi
10 tangkai cili kering
Belacan
Minyak secukupnya
1 pek serbuk kari ayam/daging
Ayam
fishball
Fishcake
Sotong
Daging
Akar ketumbar
Daun limau purut
1 kiub ayam
5 sudu makan sos ikan
2 sudu makan gula
1 kotak santan
Air secukupnya
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2.Masukkan serbuk kari ayam/ daging satu pek kecil.
3.Masukkan ayam. Terpulang pada anda nak letak fishcake fishball, sotong,
daging.
4.Letakkan akar ketumbar.
5.Masukkan daun limau purut.
6. Perasakan dengan stok ayam.
7. Letakkan sos ikan.
8. Jangan lupa letak santan.
9. Masukkan air jangan banyak dan jangan sikit sangat.
10. Akhir sekali masukkan sedikit gula baru seimbang rasa.
11. Siap dah kuah. Bolehlah dihidangkan dengan mi.
Suka makan ikan bakar tapi tak jumpa resipi pes perapan yang sedap? Saudari Erma Azizie ada kongsikan resipinya. Memang nikmat andai dapat menikmati sajian ikan bakar dan ulam-ulaman. Masak sendiri lebih puas hati. Maklumlah di zaman segala barang mahal begini, lebih baik berjimat. Lagipun resipinya mudah sahaja. Tak perlu guna arang pun. Bakar guna pemanggang ajaib je. Kalau nak guna ketuhar pun boleh. Sangat praktikal buat ibu-ibu yang sukakan cara memasak yang mudah.
CARA MASAK PES IKAN BAKAR MARVELLOUS
BAHAN-BAHAN: 3 ekor ikan pari saiz sedang – potong 2 2 biji bawang besar – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 10 tangkai cili kering – buang biji dan rebus – beli online disini 3 biji cili merah besar 4 biji cili padi Garam dan gula secukup rasa Serbuk perasa Asam keping – beli online disini Daun limau purut – mayang halus Daun kunyit – buang urat tengah & mayang halus Daun pisang secukupnya Aluminium foil secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih ikan pari dan toskan airnya. Ketepikan. 2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili merah besar dan cili padi hingga halus. 3. Ambil kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai garing. 4. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. 5. Masukkan juga hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Sebatikan. Siap.
6. Untuk membakar ikan, ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang. 7. Ambil sedikit sambal dan letak atas daun pisang. Letakkan ikan dan kemudian letak lagi sambal tadi.
8. Balut aluminium foil dengan kemas dan bakar ikan hingga masak menggunakan pemanggang.Boleh juga bakar menggunakan ketuhar atau Air Fryer.
Kalau dahulu masak kurma hanya boleh dinikmati ketika kenduri kahwin atau hari raya, kini ia boleh dimasak sendiri kalau sesekali rasa teringin. Lebih enak kalau diregukan dengan nasi minyak dan jelatah. Anak-anak juga pasti mengemarinya.
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | dihiris nipis
50 gm serbuk kurma
2 biji cili hijau | dibelah dua
2 kuntum bunga lawang
2 cawan santan
2 ulas bawang kecil | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 ulas bawang besar | dihiris
1 batang kulit kayu manis
Sedikit air
Minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
5. Gaul rata sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam.