
Bagi penggemar hidangan kerabu, sajian Kerabu Kaki Ayam perkongsian saudari Ninie Zaini ni antara yang mudah dan boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan malah ia juga mempunyai rasa yang sedap. Cukup rasa pedas, manis, masam dan masinnya. Penambahan hirisan mangga muda dan suhun menjadikan sajian ini bertambah enak dan mengenyangkan. Berbaloi sangatlah untuk dicuba.
CARA MASAK KERABU KAKI AYAM SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
- Kaki ayam
- Suhun
BAHAN HIRIS HALUS:
3 biji tomato
1 biji bawang besar – beli online disini
3 batang serai
1 kuntum bunga kantan
Daun ketumbar
2-3 biji cili padi Vietnam
2-3 biji cili padi kampung
1 biji buah mangga
BAHAN SOS:
2 biji limau nipis – ambil jus
Sedikit garam halus – beli online disini
Sedikit gula – beli online disini
Sedikit perasa
Sedikit sos ikan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk dan lembut.
2. Asingkan kaki ayam dan buang bahagian tulang yang keras. Ketepikan.
3. Hiris halus semua bahan-bahan yang perlu dihiris. Anda juga boleh menambah aneka ulaman lain jika suka. Semua bergantung pada cita rasa masing-masing.
4. Dalam mangkuk berasingan, satukan jus limau nipis, sedikit garam, gula, perasa dan sos ikan. Sebatikan.
5. Masukkan kaki ayam yang dipotong kecil tadi dan juga bahan-bahan hiris. Gaul rata hingga semuanya sebati dan bergaul sempurna.
6. Kerabu Kaki Ayam yang sedap dan menyelerakan ini sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ninie Zaini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak
Resipi Bengkang Ubi Pandan. Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Tat Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakeri. Ini Cara Mudah Hanya Guna 6 Bahan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI