Ayam kalau digoreng begitu sahaja pun sedap juga. Tapi lebih sedap kalau berkuah. Tidaklah kering sangat. Masak ayam nib oleh dipelbagaikan. Ada yang suka cara melayu , boleh buah ayam masak tomato. Kalau suka cara India, ayam vanggey pun tak kurang sedapnya. Masak ayam cara thai seperti ayam masam manis ala Thai ni pun ramai menyukainya. Korang gerenti makan tak cukup satu.
AYAM MASAM MANIS ALA THAI
Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam(gaul sedikit garam kunyit dan goreng.Jangan goreng terlalu garing)
Bahan kisar(jangan kisar sampai halus yer) 1 1/2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih Sedikit halia 10-15 biji cili padi(tak suka pedas boleh kurangkan) 2 batang serai(hiris 2) (kisar semua bahan ini jangan terlalu halus)
Bahan lain 3 sudu besar sos cili-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI 3-4 helai daun limau purut(carik-carik) 1 1/2 sudu besar gula Sedikit garam Sedikit bahan perasa 1 cawan air untuk kuah 2 senduk minyak untuk menumis 5-6 biji cili padi(hiris membulat)tak letak pun boleh 1 biji bawang besar(hiris membulat) Sedikit daun ketumbar(saya letak daun sup sebab tak ada stok)
Ads
Cara memasak: 1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar, 2.Masukkan gula,sedikit garam(jangan banyak)dan bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan agak garing. 3.Masukkan sos cili,sos ikan dan daun limau purut. 4.Masukkan ayam dan air. Gaul rata. 5.Bila dah mendidih dan kuah pekat,masukkan bawang besar dan cili potong. 6.Gaul rata,sesuaikan rasa. 7.Tabur daun ketumbar dan tutup api.
Siap untuk dihidang
Ads
Kredit : Mariana Zainal
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Pernah cuba makanMi Sua Tiram @ Taiwanese Oyster Mee Sua? Bagi yang pernah rasa pasti tahu keenakan hidangan ini. Ia merupakan salah satu sajian popular dari Taiwan. Saudara Hasbullah Ahmad ada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba masak sendiri. Terjamin halal dan lebih bersih. Pasti puas hati menikmatinya. Jom cuba!
CARA MASAK MI SUA TIRAM TAIWAN / TAIWANESE OYSTER MEE SUA
CARA MEMASAK: 1. Mula-mula sekali, sediakan bahan hiasan @ topping. Untuk membuat minyak / bawang goreng, goreng bawang merah yang dihiris nipis dgn sedikit minyak. 2. Bila sudah garing, toskan bawang untuk hiasan. Minyak boleh disimpan untuk dituang atas sup setelah masak. 3. Tiram dibersihkan dengan air dan sedikit garam. Setelah bersih, celup dalam bancuhan air dan tepung kanji. Tujuannya adalah supaya tiram tak kecut & sedikit berjus ) 4. Rebus tiram sekejap sehingga masak dan ketepikan. 5. Minyak cili ikut citarasa sendiri. Boleh hasilkan dengan menggunakan serbuk cili api, bawang putih, halia, bijan dan sedikit minyak. Yang penting ia tidak hangit & ada aroma pedas-pedas cili. Nak senang lagi, beli minyak cili atau sambal udang kering di pasaraya. 6. Untuk kuah dan mi, rebus sotong kering dan kepingan bonito (katsuoboshi/ikan tuna salai), bersama dgn air atau stok ayam, kicap masin, sedikit gula, hirisan halia, bawang putih, sedikit serbuk ketumbar dan lada putih. 7. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan dalam 6-7 minit sebelum bahan campuran tadi ditapis keluar. 8. Buka kembali api dan masukkan bawang goreng. Bila mendidih. 9. Masukkan mi sua dan rebus sehingga mi masak dan lembut.
10. Mi boleh dipotong dengan gunting supaya lebih pendek.
11. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan sesuaikan rasa mengikut selera.
12. Masukkan minyak bawang yang disediakan sewaktu goreng bawang di awal tadi. 13. Hias dengan bahan-bahan hiasan/topping. Mi Sua Tiram sedia untuk dinikmati.
Bagi para peminat laksa Aeon pasti ada yang pernah rasa sajian yang dijual di pasar raya terkemuka tu kan? Bila lalu depan kiosk, semerbak bau harum kuah laksanya. Pekat, masam, masin memang lengkap. Terasa nak cuba masak menu ni untuk keluarga? Resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK LAKSA ALA AEON YANG SEDAP & SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, belacan, pes asam pedas dan sardin hingga halus. 2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan juga asam gelugur, bunga kantan, daun kesum dan air secukupnya.
3. Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Tambahkan juga fishball.
4. Kacau sebati dan didihkan seketika. Padamkan api. 5. Untuk menikmatinya, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tambahkan bahan-bahan hiasan.
Bulan puasa ni wanita berkerjaya memang perlu buat persiapan awal untuk memasak, kalau surirumah pun elok juga jika buat begini. Homemade pes asam pedas, pes masak sambal, pes nasi goreng kampung, sambal tumis & lada siap dikisar ni memang banyak membantu menyenangkan kerja memasak di dapur. Balik kerja terus masak, mudahkan.
BAHAN-BAHAN:
* Kisar semua bahan
BAHAN-BAHAN:
* Kisar semua bahan
BAHAN-BAHAN:
*Kisar atau tumbuk untuk lebih sedap
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Kisar semua dan tumis hingga kering air dan pecah minyak.
Sejukkan masuk dlm bekas2 kecil untuk sekali masak dan simpan dalam freezer sejuk beku.