Resipi yang ringkas, rasa lemak manis labu yang terserlah dengan campuran kelapa dan minyak sapi. Kuih yang lembut dan gebu amat sesuai sebagai sarapan atau minum petang.
KUIH LABU BAKAR GULA MERAH
BAHAN-BAHAN :
Ads
1 cawan labu lenyek (stim atau rebus)
½ cawan gula merah (kalau nak manis lagi boleh tambah 1-2 cawan Gula Merah)
1 kotak kecil santan kelapa
½ cawan air masak / air mineral.
1 sudu besar Minyak Sapi
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen Vanilla
1 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan-bahan kecuali labu lenyek. Kacau sehingga sebati. Tapis untuk dapat adunan yang halus.
2. Selepas tapis baru masukkan labu lenyek. Kacau lagi hingga sebati.
Ads
4. Masukkan dalam pembakar dan biarkan sehingga masak.
Ads
Info: Jika suka boleh taburkan bijan di atas adunan.
Kuih lopes merupakan antara hidangan minum petang yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Tak kira golongan tua ataupun muda, ramai yang menggemarinya.
Manakan tidak, gabungan pulut beraroma daun pandan yang disaluti kelapa parut. Disertai pula dengan curahan air gula Melaka pastinya membangkitkan rasa untuk menikmatinya. Jom kita cuba resipi mudah ini.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dicuci bersih. Kemudian, rendam dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama satu hingga dua jam. Jika menggunakan beras pulut susu, cukup direndam selama setengah jam.
2. Kisar daun pandan bersama setengah cawan air. Kemudian, tapis dan ketepikan dahulu.
3. Selepas itu, toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam loyang.
4. Masukkan santan, air daun pandan dan garam. Gaulkan sebati.
5. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus hingga air masak atau 3/4 masak.
6. Apabila santan telah kering, kacau rata agar pulut tersebut masak dengan sekata. Kukus sekali lagi dan kemudian angkat. Sejukkan seketika pulut tersebut.
7. Apabila pulut selesai masak, anda boleh memilih sama ada ingin dimasukkan ke dalam loyang yang kemudiannya akan dipotong segi tiga.
Ataupun masukkan ke dalam daun pisang, dibentuk bulat lalu diikat seperti lontong.
8. Bagi yang tidak memiliki daun pisang, boleh juga guna kaedah seperti ini. Masukkan pulut ke dalam plastik jernih (plastik lauk) dan dibentukkan bulat menggunakan sushi mat.
9. Selesai dipotong segi tiga ataupun bulat, bolehlah digaulkan dengan kelapa parut yang telah diletakkan sedikit garam dan dikukus seketika.
AIR GULA MELAKA
Untuk membuat air gula Melaka, masak hingga likat kesemua bahan di atas. Sesudah itu, bolehlah dicurahkan di atas kuih yang telah dipotong tadi untuk dinikmati.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daripada Ruzanna Abd Rahman. Wanita ini membuat kuih Puteri Ayu yang cantik kejadiannya.
Kuih ini sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan. Boleh juga dihidangkan sebagai juadah minum petang.
Kuih orang lama, namun tetap diminati hingga kini. Jom kita cuba!
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete
100 ml santan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil emulco pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Satukan telur ayam, gula dan ovellete. Gunakan mixer dan kisar sehingga gebu serta ringan.
2. Masukkan santan. Kisar lagi sehingga ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kisar lagi.
4. Masukkan emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau lagi.
5. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Dah puas makan rendang dan nasi impit sepanjang raya ni. Tekak teringin pula kuih muih yang manis dan rasa lembut di tekak. Sape suka donut ? Kadang-kadang beli rasanya tidak seperti yang diharapkan. Keras kejung. Ni min kongsi resipi cara membuat donut gebu gebas.
DONUT Bahan-bahan:
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pkt
2 sudu besar gula halus
Cara memasak:
1.Gaul bg sebati pkai sudu je..
2.Dah sebati masuk tepung 3cawan stgh n mauripan, 3sudu kecik.gaul sebti.. Terus tuang air suam..air suam ni agak2 je.uli samp jdi doh.doh
JGN keras sgt ye…dh siap doh..perap stgh jam..ttup…
3.Slpas stgh jam.pastikan adunan naik 1x ganda ye.pastu bLh Lah uLi doh samp Licin.baru Lah dicanaikan n boleh lah terap dgn acuan donut..nak Canaikan jgn Nipis sgt Ye..biar tggi sikit…baru donut nampak montoks gitew..Pastikn sblm susun dont tabur tepung ye kt dulang..nnt nk angkt melekt plk
4.Biar 5mnt ke 8mnt..atau tgk die dh kmbg sikit..blh lh goreng..api slow…dh siap goreng tabur gula..