Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
Kali ini RASA ingin berikan resipi membuat kuah rojak yang sangat sedap. Dimakan pula dengan sengkuang yang rangup. Aduhai, memang tak toleh kiri kananlah jawabnya.
Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea melalui Rasa Share Resipi. Jom sama-sama kita buat kuah rojak ni.
KUAH ROJAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
1 cawan air
1 ketul gula melaka
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 cawan kicap manis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1/2 ssudu kecil garam
1 sudu kecil belacan (dibakar)
2 sudu besar tepung ubi (dibancuh dengan sedikit air)
1 cawan kacang tanah (disangai dan dikisar kasar)
2 sudu besar bijan
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan air dan gula melaka.
2. Masak gunakan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya.
3. Masukkan gula, kicap manis, cili kisar, sos cili, garam dan juga belacan. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan air bancuhan tepung ubi dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau agar kuah tidak hangus.
5. Setelah kuah menjadi pekat, masukkan kacang tanah dan juga bijan. Kacau sebati dan biarkan kuah masak seketika.
6. Tutupkan api. Sejukkan seketika. Simpan kuah rojak di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Siap.
Wow!Letak kuah rojak atas sengkuang macam ni.Boleh juga, colek macam ni.
Sambal Kicap Mak Ros ni memang power. Kalau nak belajar buat Sambal Kicap yang sedap, inilah resipinya. Menerusi perkongsian FB saudari Zee Azean Widawati, Sambal Kicap ini adalah resipi rahsia ibunya iaitu Puan Rossilawati Bt Ya’aman dan memang disukai ramai. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Memang sedap kalau makan bersama Mi Sup, Tempe, Tauhu dan pisang goreng.
CARA BUAT SAMBAL KICAP MAK ROS
BAHAN-BAHAN:
50 biji cili padi
10 ulas bawang putih
3 sudu makan gula
Kicap secukupnya – bergantung pada kehitaman sambal yang anda nak
5 sudu makan sos cili
1 sudu makan serbuk cukup rasa
Air masak – jumlah ikut kepekatan yang dikehendaki
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan semua bahan dan kisar hingga halus.
2. Jika guna kicap manis, boleh tambah secubit haram. Jika guna kicap masin, tak perlu tambah garam.
3. Andai mahukan sambal kicap yang pekat likat, jangan letak banyak air. Seimbangkan kepekatannya.
4. Tuang sambal kicap dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan berbulan-bulan.
5. Enak dinikmati bersama aneka hidangan seperti sup, makanan bergoreng dan sebagainya.
Bagi penggemar sajian pasta, resipi Spicy Seafood Aglio Olioperkongsian saudari AyunawitaAida Ja’afar ni tentunya anda harus cuba. Mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan, juadah ini pastinya sangat sesuai dinikmati seisi keluarga tidak kira masa. Sangat mengenyangkan. Jom lah cuba masak hari ni. Pasti anda berselera.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan mentega bersama minyak zaitun. Kemudian tumis bawang putih, cili kering dan bawang holland hingga wangi. Jika suka pedas, boleh tambah emping cili (chilli flakes) dan serbuk lada hitam secukupnya.
2. Masukkan udang, sotong dan bebola ikan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil. Gaul hingga rata.
3. Bila bahan-bahan sudah masak, masukkan oregano, mix herbs dan parsli kering dengan secukupnya.
4. Masukkan spageti yang telah direbus. Gaul lagi hingga semua bahan bercampur rata.
5. Perasakan dengan garam dan tambahkan sedikit lagi oregano serta parsli.
6. Seafood Aglio Olio Spicy sedia untuk dinikmati.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...